Langkau ke kandungan utama

Entri flip flop dengan pelbagai emosi


Hari Jumaat nanti si pari-pari akan menghadiri satu temuduga. Katanya jawatan ditawarkan pegawai memasarkan sesuatu. Entah! mungkin lilin berbentuk hati berwarna hitam ,merah dan jingga. Hohoho...entah-entah jurujual. Misalnya jual organ-organ ogre yang sudah dicerai-ceraikan. Oh! Dia tidak boleh memilih, apa sahaja asal halal, asal ada peluang harus pergi mencuba.

Pari-pari patah sayap, pilhannya cukup terhad.

Si pari-pari sedang berkira-kira dengan bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya?

Misalnya, siapakah nama perdana menteri negera Hibiscus?

Dan si pari-pari pun sudah bersedia dengan dua jawapan!
“Jika saya berjaya menjawab, adakah saya akan menggantikan tempat pm di dalam kabinet atau ada jawatan untuk saya dalam kabinet Hibiscus ?" Atau begini mungkin
– Negara Hibiscus sekarang diperintah oleh seorang wanita beb! Hek’eleh itu pun tak tau ka?”

Tasik, aku nak pinjam handbag boleh? Kalau ada bulu mata palsu sila pinjamkan sekali ya...oh! lagi satu,cermin mata Sarah Pailin * soalan untuk bergaya*

Nota kaki: Semua jawapan untuk temuduga terpaksa dijawab dalam bahasa PPSMI. Bahasa ini, membolehkan sesiapa pun kelihatan ‘bijak’. Selalunya akan ditanya dalam bahasa tersebut, si pari-pari terpaksa juga buat-buat ‘pandai’

Sungguh poyo! haih!

Ulasan

SHIMI berkata…
poyo memang poyo

pasal apa ni akak, emo semacam jer.
sori eekk lama tak meninggalkan jejak disini
Pa'chik berkata…
diperintah wanita tukang sihir... kikiki...
Aloy Paradoks berkata…
pari itu sama dengan tukor..
tasekM berkata…
pari2, handbag...? bulih... bulih... warna apa kamu mahu? warna hitam ada... coklat ada... yang warna putih pun ada... tetapi telah dipolkadot oleh MC dengan water color merah! ha ha.

cermin mata sarah pailin aku tak ada. tapi cermin mata haram tak bergaya yang aku pakai ni adalah... tapi. kalau kamu pinjam aku jadi buta, pari2!

hahaha....



;)


kamu ingin bertemuduga? good luck ya kakak! :)
Cikgooden berkata…
pari2 yang kepatahan sayap..moga berjaya...

interview apa kak?..
Nizam.Ariff berkata…
Kita kongsi debaran hari sabtu ni...
Semoga berjaya.
A t i Q a h berkata…
Sementara tunggu students masuk Julai ni, saya duduk di bhgn pemasaran. Duk bertebeng tepi telefon je.

"Hello assalamualaikum. Saya Atiqah dari Kolej Teknologi Darulnaim. Macam ni ye cik......bla bla bla."

Sampai mimpi2 lah. :P
Tanpa Nama berkata…
poyo kanns..
S.YanaZ berkata…
gud luck.
Sewaktu interview, Si Pari2 tiupkan shj hembusan azimat.
Biar terkesima semuanya.

:]
Lily Abdullah berkata…
Joe,
Well dear, i look stupid when i speak in Malay(ayat artis yang sorang tu)hehe..

Yanaz,
Tiupan azimat tak menjadi rasanya :)

Me,
A'ah..poyo!

Tiqah,
Akak dah agak itulah kerjanya. hehe..mau tak mimpi,skema aje.

Nizam,
Moga berjaya untuk kamu juga

Cikgu,
Tak tau jawatan. Tapi yang dia kata akan cari yang sesuai untuk akak. Hehe..entah. Dah berpuluh kali,dengar ayat skema cam tuh!

Tasik,
Yang pergi interview tadi semua cun,lawa,muda. Aku je yang makcik-makcik weh hahaha!

Aloy,
Tukor tu amende lak eh..fisrt time gua dengar nih.

Pakcik,
Syhhhhhhhh..kang kena sihir dengan ISA kang haha!

Shimi,
Hehe..emo giler akan kan.

PS: bila kamu berangkat ye?

T/kasih.
addyaholix berkata…
sebut pari-pari, saya ingat kunang-kunang. ada persamaankah?
Nizam.Ariff berkata…
Amacam kak?
Kena buli tak?
Lily Abdullah berkata…
Kunang-kunang tu kelip-kelip;sejenis serangga yang ada lmapu di perut dia addy.Pari2 hari dongengan konon sejenis jin /bunian. Rujuk wikipedea indonesia :)

Nampaknya pemeduga kali ni lebih sopan dan lemah lembut. Baik budi bahasa. Tengok resume akak ja,dia kata"eh,juga blogger ya" hehe..

harap2 ada rezeki akak zam!
13may berkata…
pari pari ngan pari tak sama kan?

hehhe heheh

good luck :)
Lily Abdullah berkata…
Amboi lama hilang May. Cuti kawin ka hehe..t/kasih ingat lagi kat akak heh.

pst..ikan pari buat asam pedas sedap weh haha!
abuyusof berkata…
tak tau pasal pari-pari tapi ikan pari bakar cicah air asam terangkat..
Lily Abdullah berkata…
Encik Abuyusuf,
Saya lapar,jangan sebut pasal ikan pari bakar hehehe..

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...