Langkau ke kandungan utama

Blouse berwarna oren


“Kak, kalau ada kelahiran semula kau mahu jadi apa? “Tanya Saerah.
“Erra?” Aku memulangkan soalan itu kembali. Seperti selalu-selalu.
“Aku mahu jadi bidadari kak.”
(Pause!)
“..tapi bukan di atas kerusi ini.”

“Hello, engkau memang bidadari dik!” Aku kata. Dia tersenyum.

Malam tadi, aku mimpikan dia. Mimpikan Saerah. Kemesraan kami yang dulu. Selepas mengemaskan pakaian lama, aku temui blouse berwarna oren pemberian Saerah. Sudah tidak muat lagi pada tubuh.

Saerah, aku tidak pernah melupakan budi baikmu; adat persahabatan kadang kala terconteng luka tanpa sengaja.

Aku rindu pada Saerah. Sama seperti aku rindu memakai blouse oren pemberiannya. Sama seperti aku merindui tubuh kurus empat puluh dua kilogram. Empat tahun yang lalu. Hari pertama, aku berjabat salam dan mengenali Saerah. Hari itu juga, aku mengenali Encik Suami.

Ulasan

S.YanaZ berkata…
Siapalah yg dapat membunuh kenangan...
Hmmm.
Kay berkata…
biar jauh di mata namun dekat di hati....

have a lovely day!
(^_^)
kad0k. berkata…
baju oren itu juga lambang persahabatan kamu..simpan ia elok2 ok...:)
iYda Juhar berkata…
kenangan memang suke untuk dikenang. kan??
Nizam.Ariff berkata…
aku juga berminat menjadi blouse oren untuk wanita, secara part time.

hadiah yang sentiasa dikenang...
DeeN berkata…
Kenangan tak bisa dilupakan...!
Cantik baju oren tu, kak!
Apex House of Kaler berkata…
kak, kem salam kat saerah. hee.
Tak paham.
Cerpen sadis lain mcm kt bawah ni ade??

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...