Kepala berpinar-pinar. Rasanya kehidupan ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan berfantasi yang tidak-tidak.
Malam tadi. Seperti malam-malam yang selalu-selalu. Merasa sedikit kebosanan. Usai menonton tv sambil berangan-angan memeluk Mr.Caine yang kacak itu(*tersenyum sendirian*), aku keluar ke balkoni mengintai langit, mengira bintang lagi. Berharap kalau-kalau ada satu yang jauh di pangkuan. Bisa aku pinjam sinarnya, kuusap ke wajah. Mana tahu untung-untung kembali menjadi muda remaja ahaks! (*berfantasi lagi*). Tiba-tiba aku terfikir alangkah baik kalau dapat bercuti dan berehat ketika ini.(Entah bila masa pulak aku bekerja).
Maksud aku, jika dapat lari buat seketika dari rumah kuartes sempit dan sesak lagi sunyi ini alangkah baiknya. Keinginan aku untuk bercuti di tepi pantai atau daerah pergunungan yang dingin amat tinggi.
Aku kepingin sekali menyusuri pantai sambil mengutip cengkerang siput, menyaksikan matahari terbit dan terbenam, menguis pasir di gigi pantai atau melorek lukis sesuatu di atasnya dan menulis sesuatu di atas kertas dan memasukkannya ke dalam botol; dan mengirimkan pesanan untuk seseorang melalui air laut yang masin. (*menaip entri sambil mengutuk diri “Ah..kuat berangan lagi kau makcik! “*) :P
(*Ini cerita dalam kehidupan lain, jika ada. Memang tiada kan? Huh!*)
Mungkin suatu hari nanti, aku ditemui seseorang dan dia berkata, "Aku akan menemani kau menyusuri pantai untuk seumur hidup ini. Kita akan bersama menyusuri pantai sambil mengutip cengkerang siput, menyaksikan matahari terbit dan terbenam, menguis pasir di gigi pantai atau melorek lukis sesuatu di atas pasir dan menulis sesuatu di atas kertas dan memasukkannya ke dalam botol; dan mengirimkan pesanan untuk seseorang melalui air laut yang masin.”
Pada masa itu aku menangis dan aku hanya akan menjawab, "Ya, aku setuju!."
*Wink* Gila betul entri aku tulis hari ini. Mungkin kesan sampingan secawan caffien, sebiji baclofen, dua biji ponstan dan dua biji diazepam.
*Winkkkkkkkkkkkkk!*
Kepala berpinar-pinar. Rasanya kehidupan ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan berfantasi yang tidak-tidak.
6.44pm
26/3/09
Bangi
ps: ketika kepala berpinar-pinar.
26/3/09
Bangi
ps: ketika kepala berpinar-pinar.
Ulasan
Melupakan duku yang sekian lama tertanggung.
Sesekali berfantasi yang tidak-tidak membuatkan bibir kembali mengukir senyum
Maaf MAr, network ckLah ada masalah sehari dua ni..
angan2 saja tak apa lah...
jgn buat btol2...sian bumi...
ceeewah!
boleh saya jadi orang itu? akan ku pimpin tanganmu hingga kau rasa seolah kau memeluk erat dunia =)
(;
heh.
lahirnya manusia disambut dengan azan..
matinya diiringi dengan solat.. antara azan & solat..
alangkah singkat hidup ini....
have a lovely weekend!
esok kalau masuk neraka, kau masuk dulu tau! hehehehe...
.
Ya,singkat sekali. Happy weekend too :)
Aie,
Begitu bila minda orang muda terperangkap dalam tubuh yang separa uzur cheewah hahaha!
Kapten,
I can see you ahaks!
YIda,
Kurang 'sen' bebe haha!
ab,
Hidup yang singkat harus dimanafaatkan. Setelah sekian lama,aku tak pasti di mana harus bermula semula. Ko tak faham,tidak mengapa. Jangan cuba untuk memahami. :)
Addy,
Dalam kelahiran lain jika ada. Aku sudi saja hahaha!
Ahmad,
Waktu yang Tuhan beri tidak juga percuma :)ada sesuatu yg patut dibuat,tapi itulah...
Mugi,
Akak pun pencinta alam oke haha!
Kak Lah,
Oh..patut la tak komen,ingat dah nak merajuk ni..ngeee..ngeee(stetmen mengada-ngada )hahaha!
Me,
Engko ni kannss,memang tau!Kalau takde link kat tepi tu,akak tetap pergi blog ko ikut blog Addy ke, Tasik ke. Nanti ler,akak pasang linknya oke kansss(ish...terikut bahasa ko yang kena reject kalau tulis report tuh ahaks)
Nizam,
Ya,kadang kala hanya minda sahaja yang mampu pergi ke alam penuh ideal tu. Jasad yang sakit tetaplah terlantar di sini.
Shimi,
Terima kasih. Kamu memahami walau mungkin tidak sepenuhnya. :)
Tasik,
Betul ke ko ni sangat inesen hahaha! KG no ko sapa? keijei ke muhidin yasin atau najip rajak? hahaha!
Chik,
Ya..ya..aku faham. :)
ps: pasal ko tak layan tag eh?
Segalanya bermula dengan angan-angan. Tanpa angan-angan kita tidak mampu berfikir. Berfikir itu nur ilmu. Di hujung ilmu ada kurnia Illahi.
Selamat berhujung minggu :)
yahuuu
haha
kebetulan plak kan
nanty nak tgkap gambo sni
beze skit ngn mesia
hehe
amboih...dah ada KG no?...ha ha ha
Dreams are free! Walaupun masa itu singkat, tak salah utk berangan sekejap, tapi biarlah sesuatu yang baik yang sangat diingini. Kemudian datangnya usaha dan doa, insyaAllah tercapai! :)