Langkau ke kandungan utama

Rasanya hidup ini teramat singkat untuk dihabiskan dengan berangan-angan


Kepala berpinar-pinar. Rasanya kehidupan ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan berfantasi yang tidak-tidak.


Malam tadi. Seperti malam-malam yang selalu-selalu. Merasa sedikit kebosanan. Usai menonton tv sambil berangan-angan memeluk Mr.Caine yang kacak itu(*tersenyum sendirian*), aku keluar ke balkoni mengintai langit, mengira bintang lagi. Berharap kalau-kalau ada satu yang jauh di pangkuan. Bisa aku pinjam sinarnya, kuusap ke wajah. Mana tahu untung-untung kembali menjadi muda remaja ahaks! (*berfantasi lagi*). Tiba-tiba aku terfikir alangkah baik kalau dapat bercuti dan berehat ketika ini.(Entah bila masa pulak aku bekerja).


Maksud aku, jika dapat lari buat seketika dari rumah kuartes sempit dan sesak lagi sunyi ini alangkah baiknya. Keinginan aku untuk bercuti di tepi pantai atau daerah pergunungan yang dingin amat tinggi.


Aku kepingin sekali menyusuri pantai sambil mengutip cengkerang siput, menyaksikan matahari terbit dan terbenam, menguis pasir di gigi pantai atau melorek lukis sesuatu di atasnya dan menulis sesuatu di atas kertas dan memasukkannya ke dalam botol; dan mengirimkan pesanan untuk seseorang melalui air laut yang masin. (*menaip entri sambil mengutuk diri “Ah..kuat berangan lagi kau makcik! “*) :P

(*Ini cerita dalam kehidupan lain, jika ada. Memang tiada kan? Huh!*)


Mungkin suatu hari nanti, aku ditemui seseorang dan dia berkata, "Aku akan menemani kau menyusuri pantai untuk seumur hidup ini. Kita akan bersama menyusuri pantai sambil mengutip cengkerang siput, menyaksikan matahari terbit dan terbenam, menguis pasir di gigi pantai atau melorek lukis sesuatu di atas pasir dan menulis sesuatu di atas kertas dan memasukkannya ke dalam botol; dan mengirimkan pesanan untuk seseorang melalui air laut yang masin.”

Pada masa itu aku menangis dan aku hanya akan menjawab, "Ya, aku setuju!."


*Wink* Gila betul entri aku tulis hari ini. Mungkin kesan sampingan secawan caffien, sebiji baclofen, dua biji ponstan dan dua biji diazepam.

*Winkkkkkkkkkkkkk!*

Kepala berpinar-pinar. Rasanya kehidupan ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan berfantasi yang tidak-tidak.


6.44pm
26/3/09
Bangi
ps: ketika kepala berpinar-pinar.

Ulasan

SHIMI berkata…
Adakalanya dan sesekali berfantasi yang tidak-tidak itu membuat hati kita lebih gembira seketika.
Melupakan duku yang sekian lama tertanggung.

Sesekali berfantasi yang tidak-tidak membuatkan bibir kembali mengukir senyum
Nizam.Ariff berkata…
Kadang-kadang, hanya minda yang mampu menjarah alam sana yang begitu ideal, yang begitu misteri. Jadi, biarkanlah ia bebas pergi. Kita yang di alam sebelah sini cukuplah sekadar berkongsi debar dan gembira. Aku rasa itu tidak salah.
Tanpa Nama berkata…
akak lily teww.. dah lamerr akak lily tidak komen blog me yg itteww.. biler akak lily komen tadiks dan me jengah blog akak lily inih, me raserr terharu jugerr.. memang takdok nama me kat blogroll sebelah kanan blog akak lily nih.. dan akak lily sudi jugerr jenguk2 singgah2 komen2 blog me.. thanx very much.. moga2 kiter leh jadik rakan siber yg baik2 ghitewww.. salamms dr me dikejauhannns
ckLah @xiiinam berkata…
Berfantasi kekadang menjadi terapi........


Maaf MAr, network ckLah ada masalah sehari dua ni..
mugiwara berkata…
yg buang2 botol tu...
angan2 saja tak apa lah...
jgn buat btol2...sian bumi...
ceeewah!
Nafastari berkata…
Tak mengapalah, berangan kan percuma!
addyaholix berkata…
Mungkin suatu hari nanti, aku ditemui seseorang dan dia berkata, "Aku akan menemani kau menyusuri pantai untuk seumur hidup ini. Kita akan bersama menyusuri pantai sambil mengutip cengkerang siput, menyaksikan matahari terbit dan terbenam, menguis pasir di gigi pantai atau melorek lukis sesuatu di atas pasir dan menulis sesuatu di atas kertas dan memasukkannya ke dalam botol; dan mengirimkan pesanan untuk seseorang melalui air laut yang masin.”

boleh saya jadi orang itu? akan ku pimpin tanganmu hingga kau rasa seolah kau memeluk erat dunia =)
a.b geldofg berkata…
hdup sgkat tkpa...jgn kain yg sgkat hehehehe bhaya o
iYda Juhar berkata…
jom la sis. kite g jenjalan makan angin. hhuhuhuhuhu.

(;
Kapten Luffy berkata…
wink wink... aku sedang bermandi manda di pantai ;p
AieSha berkata…
wah. akak punya fantasi, ngalahkan orang yang bujang mcm saya.

heh.
Kay berkata…
WL,
lahirnya manusia disambut dengan azan..
matinya diiringi dengan solat.. antara azan & solat..
alangkah singkat hidup ini....

have a lovely weekend!
Pa'chik berkata…
hidup akan jadi panjang masa tengah bulann... kikiki... :P
tasekM berkata…
kak, aku belum pernah lagi berangan-angan memeluk lelaki. dan. setelah membaca n3 ini aku akan belajar utk berangan-angan tentang itu. mungkin memeluk KG no 1 itu. hahahaha...

esok kalau masuk neraka, kau masuk dulu tau! hehehehe...


.
Lily Abdullah berkata…
Kay,
Ya,singkat sekali. Happy weekend too :)

Aie,
Begitu bila minda orang muda terperangkap dalam tubuh yang separa uzur cheewah hahaha!

Kapten,
I can see you ahaks!

YIda,
Kurang 'sen' bebe haha!

ab,
Hidup yang singkat harus dimanafaatkan. Setelah sekian lama,aku tak pasti di mana harus bermula semula. Ko tak faham,tidak mengapa. Jangan cuba untuk memahami. :)

Addy,
Dalam kelahiran lain jika ada. Aku sudi saja hahaha!

Ahmad,
Waktu yang Tuhan beri tidak juga percuma :)ada sesuatu yg patut dibuat,tapi itulah...

Mugi,
Akak pun pencinta alam oke haha!

Kak Lah,
Oh..patut la tak komen,ingat dah nak merajuk ni..ngeee..ngeee(stetmen mengada-ngada )hahaha!

Me,
Engko ni kannss,memang tau!Kalau takde link kat tepi tu,akak tetap pergi blog ko ikut blog Addy ke, Tasik ke. Nanti ler,akak pasang linknya oke kansss(ish...terikut bahasa ko yang kena reject kalau tulis report tuh ahaks)

Nizam,
Ya,kadang kala hanya minda sahaja yang mampu pergi ke alam penuh ideal tu. Jasad yang sakit tetaplah terlantar di sini.

Shimi,
Terima kasih. Kamu memahami walau mungkin tidak sepenuhnya. :)
Lily Abdullah berkata…
Alah ko dan pakcik mencelah masa aku jawab komen hahaha!

Tasik,
Betul ke ko ni sangat inesen hahaha! KG no ko sapa? keijei ke muhidin yasin atau najip rajak? hahaha!

Chik,
Ya..ya..aku faham. :)

ps: pasal ko tak layan tag eh?
Bunga Rampai berkata…
Salam WL,

Segalanya bermula dengan angan-angan. Tanpa angan-angan kita tidak mampu berfikir. Berfikir itu nur ilmu. Di hujung ilmu ada kurnia Illahi.

Selamat berhujung minggu :)
joegrimjow berkata…
esok nak p pantai
yahuuu
haha
kebetulan plak kan
nanty nak tgkap gambo sni
beze skit ngn mesia
hehe
Cikgooden berkata…
mana mana air laut semua masin, kak. Dan cukup tak sedap jika tertelan!

amboih...dah ada KG no?...ha ha ha
Ydiana berkata…
Waterlily

Dreams are free! Walaupun masa itu singkat, tak salah utk berangan sekejap, tapi biarlah sesuatu yang baik yang sangat diingini. Kemudian datangnya usaha dan doa, insyaAllah tercapai! :)
Aloy Paradoks berkata…
hidup terlalu singkat, angan2 itu perlu, tapi jgn terlalu.
kad0k. berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kad0k. berkata…
kak..kadang2 dengan berfantasi bole buat hati duka kita gumbira..tapi jangan berfantasi yang liar2 ya...hahahahahhaha
ubilepih berkata…
salam..sis terima kasih kerna kau follow blog wa...panggung yang tak seperti mana tu..panggung zaman 70an pakai projector lagi..ha..ha..angan2 tak kena tax..apa salah layan cuma jgn lagha da....kamu cari movie indon lama lakunan chritine hakim Pantai Kasih Berbisik...itu pantai yg cantik..cari metaforanya..ha..ha

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam