Langkau ke kandungan utama

Pabila bersedih,harus saya ucapkan terima kasih.


Al Qur'an dan payung kertas hadiah dari Kay. Tapi Kay meminta saya tidak paparkan wajahnya.




Pabila bersedih-sedih atau bersusah hati, kebiasaanya saya tidak bercakap dengan siapa-siapa. Saya pergi ke hamparan sejadah, tapi ada waktu duka itu tidak mahu nyah pergi. Degil sungguh ia!

Saya bermonolog “Oh! Tidak boleh berputus asa”. Nanti hati boleh binasa kerana selalu mengikut rasa.

Saya pujuk-pujuk diri, lantaran tiada siapa mau memujuk saya. “Oh! Saya kuat dan tabah” Sambil mengelap air mata (dan air hingus juga hahaha!)

Lalu, saya buka almari melihat mug-mug yang saya kumpul dan hadiah dari teman-teman yang sentiasa saya hargai. Sekarang, keadaan ekonomi gawat. Saya sudah tidak mampu mengumpul apa-apa termasuk buku-buku atau mug kerana tidak bekerja. Jika ada pun,ia pasti hadiah dari teman-teman. Di Masakra lalu, saya mendapat hadiah dari Taf Teh dan Alina.

Minggu lalu, saya bertemu dengan seorang teman blogger dan dia menghadiahkan saya sesuatu kerana entri ini. Terima kasih Kay. Terima kasih kerana membuatkan saya teringat tentang kedatangan kita dan kembalinya kita kepadaNya melalui pemberian yang cukup bermakna ini. Semoga kamu diberkati dan dimurahkan rezeki. Ameen!

Terima kasih juga untuk Satri, Iza dan Atiqah. Saya tahu, Iza tidak mahu saya publishkan. Tapi saya perlu, melakarkan ucap terima kasih untuk teman-teman yang mengembirakan saya. Saya rasa, saya perlu bersyukur. Malah wajib!

Dunia maya dengan identiti Water lily menjadikan saya tahu, ada kenangan manis yang harus dikekalkan dalam ingatan. Ada episod duka yang harus dilupakan sejenak. Saya tahu, saya tidak semalang yang saya sangkakan. Dan seharusnya saya berbaik sangka dengan semua makhluk Tuhan.

Terima kasih untuk persabahatan tanpa wajah dan kerana membaca repekan saya yang kadang kala entah apa-apa!

Saya hargai!

Ps: Blog ini tidak akan dikemaskini sekerap dulu. Jika rindukan saya, baca saja yang sebelah terang.

Ulasan

tasekM berkata…
tikar belang2 tu lawa la kak.






sekian.



nanti aku komen hok cara matang sikit. nk ke rumah kamu hok satu lagi. he he.


.
Lily Abdullah berkata…
Err..sofa baru aku ko tak nak puji ke hahahaha! :D
erisya nor berkata…
wahhh cantiknya hadiah!
Pa'chik berkata…
taleh tunjuk gambor kei... tunjuk la gambor jei... :P
Lily Abdullah berkata…
Erisya,
Cantik dan sangat bermakna.

Pakcik,
Kay ni pemalu macam bro BP kita tu la. Tak boleh tunjuk cik. Aku amanah weh!

Kei jei..dalam tv dan surat kabar banyak doh gambo dia. Tak yah la tunjuk,muka dia dah bersepah-sepah hahaha.

ps: Aku teringin tengok gambo ko la cik. :)
the loco's berkata…
payung kertas..
make me think someone...
azie berkata…
owh. gonna miss u, kak.


jgn tak update langsung ya:-)
A t i Q a h berkata…
Atiqah itu sayakah? Haha.

Teringin nak menjenguk rumah betul akak di Bangi itu. :|
ckLah @xiiinam berkata…
Laa Tahzan...Jangan bersedih...Don't be sad....
13may berkata…
payung tuh...menarik sgt :)
Kay berkata…
salam WL,
u looking for me due to this....
hahahaaa... dah published nih.
kalau boleh biar tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahuinya...
well, apa apa pun WL terlalu istimewa buat kay... rindu sama kamu!
take very good care.
mOEha Aziz berkata…
salam kak...

kalau akak sedih.... adik akak ni pun akan turut trasa tempias nye.... tapi suka puisi puisi akak... :)
Anonymous berkata…
tidak harus!

ruang puisi dan ruang mencurah rasa hati harus sama-sama iring mengiringi.

kerana dari rasa terbitnya puisi.

jika rasa disekat, manis puisi akan menjadi kelat.
Pa'chik berkata…
Saya sudah tidak mampu mengumpul apa-apa termasuk buku-buku atau mug kerana tidak bekerja. Jika ada Di Masakra lalu, saya mendapat hadiah dari Taf Teh dan Alina.

======
weh kalili... kat ner tu? ekekekek... :P
WL,
kadang-kadang dalam pahitnya kesedihan itu akan datang rasa manis tanpa kita duga.
Tenangkan hatimu....pasti kesedihan akan berlalu.
Oh ya, cantik sekali gambar payung kertas itu.
addyaholix berkata…
entah kenapa saya tiba-tiba teringatkan mak.
tiada kaitan dengan entri akak, tapi bila baca saya teringat mak. entah kenapa entahlah.
AieSha berkata…
bila nak buat makan2 kat umah akak ni... huh.. ;P
Tanpa Nama berkata…
terima kasih kerana terus menulis...walau mungkin tak sekerap dulu, tapi harap, ia akan lebih kerap.hehe.
Fizz berkata…
salam pkenalan... kesedihan tak harus di ratapi.. ia hanya cebisan hati yang terluka... pulihkan lah ia dgn menginagati NYa.. nescaya...kita peroleh ketenangan jiwa sampai bila2..
Bunga Rampai berkata…
Salam WL,

KasihNya kepada yang bersedih lalu mengingatiNya.

Persahabatan mampu memberi jawapan kepada soalan, "Siapa aku?"

Jangan sedih ... jom nyanyi lagu katak lompat! :D
Ungku Nor berkata…
oo..awak suka mug..baru tau..;D
DeeN berkata…
Kak, hak kotak tiga segi kaler kuning tulisan merah tu, mende ek? (gilo punye soklan aku neh) Hahahahaaaa...!!

Kak, aku bersyukur dapat kenal dgn hang kak! Sungguh!
kad0k. berkata…
wahhh..dah jumpa kay ye? dunia siber sangat pelik kan kak?..:)
Lily Abdullah berkata…
Kadok,
Ye.ye...pelik dan ajaib. Dah lama tak melawat rumah maya kamu :)

Deen,
Itu benda jangan ditanya. sudah abih ditelan oleh abg Razak si hantu coklat. hehehe..

Gembira juga dapat kenal kamu :)

Kak Ungku,
Ye..ye..kasi ler kat ai satu :D

B Rampai,
Oohh..tak sedih dah. hehehe!

Sireh Junjung,
Salam kenal juga. Nanti2lah saya melawat link kamu. Sekarang sangat bz heheheh!

Amirah,
Sekarang kalau ada lebih dari 10 kemen baru boleh update. Akak baik kan?Takde demand macam itu Enche Naga kan?:D

Aie,
Kat umah akak takde pau-pau rokok ye hehehe. Kamu datang dan tolong akak masak ok!

Addy,
Aiseh...teringat mak pulak. Selalulah balik jengok mak.

Aishah,
Begitulah hidup..bukan dunia namanya,jika selalu-selalu indah.

Cik,
Engkau kalau,tak mengenakan aku memang tak sah ye cik hahah!

Apsal blog ko tu?Nak komen tak boleh.Ko sabotaj aku ek? :D

Po,
komen kamu dah macam puisi ni hahahah!

Adik Botak,
Don't be sad. hahaha!

Kay,
T/kasih. Gembiranya dapat berkongsi cerita dengan kamu :)

May,
Sofa kak lawa dak?hahahah!

Kak Lah,
ok..ok..i'm not sad anymore(weh..betul ayat english saya ni kak Lah hehe)

Atiqah yang kak lily kenal cuma kamu sorang ja hahaha!

cik Tapak seleman,
ai dah update...takut kena sihir ngan kat TM. Dia kan sekutu bok miah hahaha.(jangan marah ye Tasik).

Capulett,
Mesti dia dah pergi dari hidup kamu kan? Payung itu,mengundang sebegitu banyak kenangan.

Mungkin antara yang hidup dengan si mati.

T/kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam