Langkau ke kandungan utama

Selamat malam Ayako!


Ayako yang baik budi!
Di malam-malam kedinginan begini aku sentiasa akan mengenang kamu.

Oh! Pokok ros yang aku tanam telah berkembang kuntumnya. Agak besar dan aku tidak begitu suka melihat warnanya yang merah kehitaman; seakan darah. Aku lebih sukakan yang ada di balkoni sempitmu; yang kuntumnya lebat dan kecil-kecil. Berwarna merah terang dan kuning

Sekuntum cuma!
Cuma sekuntum!
Ros itu cuma sekuntum kembangnya.

You should gardening!” Pada suatu malam kau sarankan padaku sambil tersenyum manis. Bertambah manis dengan lesung pipitmu. Sambil-sambil mulutmu mengunyah Oshizushi dan aku hanya menjadi pemerhati.

“Aku tiada masa.” Alasan tipikal yang selalu aku beri padamu.

Engaku memang baik budi dan memahami. Engkau keluarkan semua pinggan cawan baru dan belikan aku sepasang kuali baru semata-mata menghormati agamaku. Memahami aku sebagai Muslim, aku tidak boleh menggunakannya kecuali barangan tersebut kecuali disamak.

The dirties one?” Engkau ingin tahu tentang khinzir lebih lanjut.

Limitasi bahasa adalah keterbatasan untuk aku menerangkan padamu bahawa anjing dan khinzir adalah makhluk paling besar kotornya. Najis Muqhalazah’ dalam hukum Fiqh Islam. Namun keduanya, juga makhluk Tuhan yang perlu dijaga hak-haknya. Tidak boleh dibunuh dan didera sesuka hati; seenak nafsu kebinatangan manusia.

Indahnya agama syumul ini Ayako!

Jika hatimu terbuka untuknya. Malangnya, keindahan itu dirosak robek oleh pengikutnya sendiri. Bersama-sama tafsiran mengikut hawa nafsu, matlamat sentiasa mereka halalkan cara. Buta hati mereka; jumud fikiran mereka. Mereka fikir, kerana asal keturunan mereka Muslim maka mereka hanya perlu menjerit “Allahuakbar! Allahuakbar!” di mana-mana dan kemudian senang enak-enak semudah membaca a,b,c mereka bisa masuk syurga. Kerana nila yang setitik itu, rosak keindahan agama Tuhan yang syumul ini. Lalu, kami yang tiada kena mengena turut dimomokkan dengan prajudis yang pelbagai rupa.

Selamat malam Ayako!

Pokok ros yang aku tanam telah berkembang kuntumnya. Agak besar dan aku tidak begitu suka melihat warnanya yang merah kehitaman; seakan darah. Aku lebih sukakan yang ada di balkoni sempitmu; yang kuntumnya lebat dan kecil-kecil. Berwarna merah terang dan kuning

Sekuntum cuma!
Cuma sekuntum!
Ros itu cuma sekuntum kembangnya.

Aku menanamnya supaya aku bisa rasa selalu dekat padamu!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kan..kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga..sukar agaknya hendak melumpuhkan sifat nila yg senang merebak warnanya
Nizam.Ariff berkata…
ros cantik, bau wangi tapi berduri...tengok dari jauh je la...
K.H berkata…
Moga ingatan ini sampai juga kepada Ayako. Moga-moga bersama-sama juga sebentuk petunjuk.
DeeN berkata…
kak,
Selamat berkebun!
Apa kata akak tanam pokok orkid plak. :D
mugiwara berkata…
ooo~ teringat org jauh...
Lily Abdullah berkata…
Mugi,
Orang dekat pun teringat juga :)

Deen,
Orkid?hohoo..tak moh le. susah nak jaga haih! Lagi pulak nak gantung kat mana?Kang jatuh atas kepala orang bawh,tak pasal masuk lokap hehee..

Indra,
Moga-moga. doa-doakan!

Nizam,
Sebab cantik maka berduri,supaya tangan-tangan rakus tidak memetik sembarangan.:)

Bro Pyan,
:D. Ke Maskara malam ni bang?

Encik HE,
Itulah sifat semulajadi nila,mencacatkan susu sebelanga.
Cantik sungguh perbahasa Melayu kan?

T/kasih.
AieSha berkata…
akak,
saya suka bunga kemboja.
nanti akak tanam bunga kemboja plak k. supaya kita rasa dekat selalu. heh.

kem salam abg razak. ;)
addyaholix berkata…
dalam hati saya punya taman. malah berbunga mekar. tapi sayang seribu kali sayang, dahannya seringkali patah.
jOnOs berkata…
Kak Lily,

Terima kasih sebab menyapa di Maskara.

He he he.
hegira berkata…
rindu pula dekat akak. pertemuan hanya sekejap.

dan ya. entah kenapa saya amat suka melukis ros.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...