Langkau ke kandungan utama

Maskara dan teman-teman yang 'hip'

Dewi yang selamatkan kami semasa sesat dekat Muzium Negara(sorry akak lupa namanya lagi)


Cikgooden


Atiqah dan Cik Anon(sapa ni..mulanya saya ingatkan Cik Azie hahaha!)


Alina dan Nida


Aie Akaike - sape nama penuh ko dik?





Tiada apa-apa yang ingin saya tulis tentang Maskara kecuali cerita tentang teman-teman yang ‘hip’.

Acara-acaranya bagus termasuk makan-makan dan sebenarnya badan saya kurang enak malam itu. Hampir-hampir saya tertumpahkan air di atas kamera mahal Aie. Namun dek kerana janji, dengan Cikgooden dan kepingin berkenal muka dengan Tasik, Atiqah, Aie dan Alina saya gagahkan juga.

Seronok bertemu kembali dengan Cik Puan Daun dan Encik Awaknya. Terima kasih untuk Nida kerana membawakan buku-buku dari Taf Teh untuk saya. Terima kasih untuk “ Dendang Cinta “ hadiah dari si manis Alina.

Terima kasih untuk Jenderal dan para soljah. Saya kepingin sungguh berjumpa Tok R. Malangnya beliau sibuk menjaga parking. Oh! Kesian. Sungguh tidak ‘hip’ Tok R ditugaskan menjaga parking.

Terima kasih untuk Cikgooden yang sudi belanja kami makan-makan,minum-minum dan sesat-sesat ha!ha!ha!. Nasib baik Tuhan kirimkan kami seorang dewi penyelamat keadaan.

Sesat yang membawa hikmah juga, kerana saya berpeluang bertemu kenalan lama Hafiz dari JFKL. Seperti selalu dia, akan bersalaman dengan saya. Saya pun terpaksa melayan, sambil teringat kata-kata Tasik “Neraka tidak berhawa dingin” Dia, walau muda berganda dari saya, haram tidak pernah dipanggilnya saya kakak. Dia panggil saya “Bawang Merah atau si pari-pari”. Watak yang saya pegang sewaktu mementaskan teater tanpa dialog tahun 2006 di KLPAC.

Oh ya! Persembahan di Maskara saya bagi empat bintang. Cukup menghiburkan!
“Aku mahu jadi PM” kata Jonos. Sila panjangkan sedikit sebutan huruf “M’.

Disertakan bersama foto-foto teman-teman yang ‘hip’ itu. Dan ada sekeping yang terpaksa saya tidak saya publishkan di atas permintaan tuannya. Saya lurus lagi amanah ehem! Jonos ada kau bertemu orang yang dicari itu hahaha!

Beginilah keadaan saya pada hari ini. Letih!


Kalaulah ada sumur diladang....

Ulasan

addyaholix berkata…
akak, sebelum azie kecik hati baik akak tukar balik. dalam gambar tuh bukan azie lah haha!

kalau tak silaplah!
AieSha berkata…
aah. tu bukan azie. agaknya la heh.

untung dpt kenal ngan akak. Akak, boleh bg tips sket tak kt saya camna nak jd penulis yang baik. ;)
ckLah @xiiinam berkata…
ckLah cemburu....

Errr.....Atiqah tu macam kenal!!! Anak penakan siapa tu? He..he..he..
tasekM berkata…
kak, neraka tak ada aircond itu aku pinjam kata2 abg Naga ya. he he.

malam yg mmg best.

harap ketemu lagi.




.
Lily Abdullah berkata…
Addy,
Ahaa.itu bukan foto cik tapak Sulaiman. Ijat ke?Serius nanti akak kena sihir ngan diaorang nanti hahaha!

Tiqah toloooooooooong! :P

Aie,
Nak tip, silalah hantar pengeras. Pasu besar buat menanam Kemboja kesukaanmu.Agar aku bisa selalu rasa dekat padamu. Ahaks!:p

Kak Lah,
Entah,katanya anak menakan Puan Romlah.Sila jangan jelesss! hahahah!

ps:Tasik, Cik Tapak Sulaiman dah sidai gambo ko kat blog dia. cepat santau dia hahahah! Aku baik lagi amanahkan? Aku rasa cam nak sabotaj ko jgaklah hahaha!
Lily Abdullah berkata…
"Neraka takde aircorn" ye..ye...aku tau. Yang ko mencelah pulak masa aku jawab komen hahah. Kirim salam ngan MC n darling u ye..:p
Cikgooden berkata…
ya...mlm yg 'hip' n 'hop' jugak..ha ha ha

takkan lupa....
mugiwara berkata…
ada nmpk saya tak?

yg pakai helmet hitam. nyorok blakang pokok besar. jauh dari lampu samar samar tu...

hehehe...
azza_irah berkata…
uikss...beh nyaa...leh jmpa ramai2...sapa penunjuk jalan hingga sesat...org tepeng eh..hehe


salam kenal kak..
A t i Q a h berkata…
Nama dia Ijat kak. Hehe.

Suka sangat dapat jumpa akak. Dan tak sangka Abang Razak kenal saya dan CkLah. Oh lagi satu. Tak ambil gambar berdua dengan akak. :(
lupekanje berkata…
salam ziarah,

letih sungguh sehingga tejelapak begitu ye..:)
azie berkata…
kah kah kah.

addy sama aie, tengkiu2.adeh deh, kak lily takut kena sihir,ahaha.

kak, kak tasik tu lagi kuat sihir orang tau. mcm bok miah,kah kah kah.tapi malam tu dia tak pesan jgn sidai muka dia kat blog ai, so ai sidai jelah.akak pun kena sidai jugak,ahaha

kak tasik sila jgn marah occay!
jOnOs berkata…
Ada...ada.

Waktu org tu dah nak balik.
Dia sapa sebab takut kena santau.

Ha ha ha
Unknown berkata…
akak, kalau nk tau nama aie kenalah rajin bca Sinar ruangan 'bongkarrr'.. hehe..

ada rezeki, ada umur, kita ketemu lagi.. :)
Nizam.Ariff berkata…
Aku cuma mampu layangkan fikiran aku ke sana...dan dari 'laporan' akak tu, aku susun babak-demi-babak untuk dapatkan gambaran suasana di sana...
kad0k. berkata…
dah agak dah gambo sape yg xnak dipublishkan..huhuhuhuhu
Tok Rimau berkata…
Tok berkecil hati kerana tidak ada gambar tok dalam blog ni.
Lily Abdullah berkata…
Ala tok, jangan la merajuk. Saya malas nak gi 'snap' gambar tok tengah jaga parking dan angkat kerusi hahahaha!

ps: Lain kali saya sidai kat sini 99 keping campur sekeping (di dalam hati) adeh..deh..deh. :p

Kadok,
Tau takpe hahaha!

Nizam,
Kenapa tak datang?

Kelambu,
Harap dapat bertemu lagi:)

Jonos,
Kuat menyantau jugak ko ni ye hehehe...

Azie,
Dia lawa sikit dari bok Miah hahaha! Adeh.deh..deh.!

Lupakanje,
Ye..bigitulah tahap letihnya. Kalau letak muka tuannya lagi buruk.Letak muka si coco ni comel sikit.

Tiqah,
Terlupa sebab excited 'gila'.Tgk Tok R,yang ai sayangi pun dah merajuk adeh..deh..hahahaha!

Azza,
Yang tunjuk jalan bukan orang tepeng, orang tepeng tu drive ja hahaha!

Mugi,
Ahhh..kamu tak datang,nak buat cerita pakai helmet pulak hehehe

ps:lain kali jangan salah tarikh lagi hahah!

Cikgu,
Ye..ye..manang hip dan hop dan hot. Cikgu moh kita cari bok Miah. aku ingat nak santau Si Tasik ni. Dia kata kita ada skandal. Ajaran sesat sungguh! adeh...adeh..nak pecah perut aku baca entri dia hahahaha!
hegira berkata…
"Sungguh tidak ‘hip’ Tok R ditugaskan menjaga parking."

Akak. bab ayat nih kena slow sikit cakap. jgn bagi tok r dengar, mengamuk dia. haha.

saya pun tak rugi pergi maskara sebab dapat jumpa akak. dah sekian lama mengidam. heheh.

nanti jumpa lagi ya.

selamat berdendang cinta.
Kay berkata…
wahhhh... bestnyer!!!
so bila kita nak ketamu nih...
Lily Abdullah berkata…
Kay,
Insyaallah akan ketemu juga :)

Alina,
Dendang cinta belum sempat di dendangkan.Busy giler this week. sibuk dok mencari Tadika,taska & preschool nak buat tugasan.
T/kasaih. nanti akak minta no phone Lina dari abg Naga. Hari tu, tak sempat nak minta.

ps:Tgk komen tok R. Dia merajuk adeh..adeh..hahahah!
cik puan daun berkata…
owh.. takder gambar.. ye la.. masa rehat tak keluar2 untuk bersosial.. makanan pon orang ambilkan.. :P lenkali la kita bergambar sama.. selepas i slim semula.. (sejak bila i pernah slim ni?? ahahah )
Lily Abdullah berkata…
Ala Daun takde gamo juga. Nest Maskara insyallah kita ambik gambar ngan baby ek..

slim?? takpe tak slim pun janji ada orang sayang kan..kan..:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...