Langkau ke kandungan utama

Selamat Ulangtahun Khadijah.


Selamat hari lahir Khadijah. Moga kau bahagia adikku!
Kau sahabat, kau saudara dan kau cerminku!.

Secebis puisi buat kita berdua.

DALAM MIMPI

Dalam mimpi
Kau tabur kelopak-kelopak mawar dan tulip
Dengan ghairah aku kutip
Sambil berlari wajah sesekali mendongak ke langit
Melihat bintang-bintang berkelip


Kita sama-sama cari cinta
Di dalam dan bukan luar sana
Kita sama-sama mahu sempurna
Genggam erat tangan kita bersama

Jangan lepas walau taufan datang
Istana pasir pun tidak bisa runtuh goyang

Ada kala
Aku bosan bermimpi indah
Bila terjaga hati tiba-tiba patah hiba gundah
Aku benci merasa hampa
Setiap kali tercelik mata.
.........................

Ulasan

AieSha berkata…
selamat ulangtahun buat khadijah!

puisi yang indah! ;)
tasekM berkata…
kak, aku suka puisi kamu. sungguh berjiwa. aku. bila berpuisi, rasa mcm baca gila2. haram tak berseni. sedekah sikit ko punya seni pd aku kak. he he.


.
ckLah @xiiinam berkata…
Selamat ulang tahun juga buat Khadijah...
Jeles ...Dijah ada kakak yang berseni jiwanya macam kak Mar ni....




Malam tadi, Entah macam mana,cklah mimipi Waterlily muncul dalam perhimpunan sekolah ckLah...siap buat ucapan lagi...
azie berkata…
selamat ulangtahun untuk khadijah juga:-)
kad0k. berkata…
selamat ulangtahun buat khadijah..semoga dipermudahkan semuanya ye..:)
Rajuna berkata…
syukur masih bernafas
sudah memadai.

heh.
Tanpa Nama berkata…
Selamat Ulangtahun Khadijah,

indah dan sungguh puitis
Kay berkata…
Selamat Ulang Tahun
semuga hidup diberkati ALLAH SWT di dunia & di akhirat - amin.
Wolfis Black berkata…
kim salam kat adik yer..:)
DeeN berkata…
Selamat hari lahir, khadijah.
Kak, jaga diri! ;)
Ungku Nor berkata…
selamat ulangtahun untuk khadijah.

awak lak, jaga diri dan kesihatan baik2. ada rejeki insyaAllah kita akan berjumpa lagi.
addyaholix berkata…
puisi yang indah.
kalaulah ada yang titipkan yang indah untuk saya haha!
Lily Abdullah berkata…
T/kasih untuk semua yang mengucapkan selamat ulangtahun untuk Khadijah. Moga adik saya yang berumur 37 tahun itu akan lebih panjang umur dan diberkati.

Dia sangat baik hati :)
erisya nor berkata…
sedap puisi ni...tersentuh! waterlily bertuah punya adik perempuan yang baik dan sentiasa bersama dalam senang atau susah...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.