Langkau ke kandungan utama

Maskara yang aku suka




Maskara untuk siapa-siapa sahaja. Maskara untuk kawan-kawan yang kita suka (dan kita kadang kala tidak kenal muka)
Aku ingin pergi ke Planet Pena. Insyallah!
Jika aku sihat.
Dan jika tidak hujan!
Jika mood Abdul Razak baik
Tapi dia selalu baik.
Aku yang selalu berangin semacam.

Adik Botak sudah kembali menulis. Moh kita pergi deting kat sana dik!
Tasik, kalau kau lupa janji aku sumpah kau jadi donat,kuih keria dan yang sewaktu dengannya.

Oh ya!Aku pun pemalu juga. Jika kamu nampak motosikal lain macam itu.
Tegurlah! Itu aku dan Abdul Razak!


Maskara untuk siapa-siapa sahaja. Maskara untuk kawan-kawan yang kita suka (dan kita kadang kala tidak kenal muka)
Ahaks!

Ps: ini bukan entri.


Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Oooo...akak pegi sana ye...
ckLah @xiiinam berkata…
satu pesan ckLah;
tolong tengok2kan X-student ckLah...si Tasikmerah tu...jgn sesekali dibiarkan berkeliaran...tah apa-apa dibeleknya nanti..he..e..
Tanpa Nama berkata…
teringin nak pergi, tapi...rasa macam tak dapat, tak tahu jalan..dan sayang tak cukup budget..sedih.
A t i Q a h berkata…
Wah. Dapat jumpa akak. Yay!
tasekM berkata…
kak, aku dah bg tau darling nak pergi. dia dh setuju. yay!

apa kata ko suruh je cekguden tu hangkut ko kak. dia dok bangi dh la ni. ha ha.

aku ada sms adik kacak suparjo tu. dia tak nak pergi. sebok kerja la tu. kita tok sah lah kawan ngan dia lagi yek...? hahahaha....



.
tasekM berkata…
cklah,
oit... oit... aku ni kan budak baeeekkkkkkkkkk. hahaha...

ppssttt... rumah pena tu dh nk gaya rumah hantu tau. nak merayau amendenye.... ha ha.


.
BuRuuj berkata…
teringin jgk mau mampir..tp apa kan daya...
AieSha berkata…
jumpa di sana ya. ;)
tajudin berkata…
ha ha ha saya suka para yang last sekali i.e ps: ini bukan entri.
mugiwara berkata…
seronok ke? dr dulu nk join tp malu...
haha.
kena ikut cadangan kak tasik...
pakai helmet~
huhu~
Lily Abdullah berkata…
Mugi,
Seronok dapat jumpa kawan-kawan yang kita tak kenal muka hahah!:P

Tajudin,
Ini promo encik hahaha!

Alina,
Yay!yay!

Aie,
Insyallah!:)

Buruj,
Tok R datang tak. tumpang dia hahah!

Tasik,
Ko bawa MC tak? Aku tak tau cikgu oden tu dok kat mana?Aku tak dak comtact nombor dia. Bangi ni luas juga. hahaha.Takpe, aku pergi dengan Abdul Razak ja. Kalu si botak tu sihat dan nak pergi,aku tumpang dia.

Tiqah,
Yay! Insyallah dapat jumpa Tiqah. tapi kak lily ni tak peramah sangat tau hahaha!

Serius tak tipu weh!

Amirah,
Ko tumpamg doktor yang ada 2 biji toyota alphad tu laa dik hahaha!

Cik Lah,
Tak pe, darling dia ada. Lagi pun dia kan pakai helmet hahahah!

Nizam,
Moh ler pergi sama weh!

t/kasih
sinaganaga berkata…
pelan2 bawa moto - jangan merempet, huhu

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...