Langkau ke kandungan utama

Kadang waktu tidak tahu itu lebih mudah!

Kata orang, kehidupan ini dipenuhi kejutan-kejutan dan risiko. Bagaimanapun segalanya berakhir dengan keajaiban yang tidak kita duga. Walau kelihatannya sangat buruk dan menakutkan dari kaca mata kita yang daif, ia sebenarnya rentetan-retetan peristiwa yang telah kita persetujui dengan Tuhan ‘Azzawajalla. Sejak kita mahu diciptaNya.

Doakan saya untuk hari ini!

Mungkin pengambilan steroid secara berjadual menjadikan saya gementar. Gementar amat. Apatah lagi prosuder prosiding di hospital yang tidak pernah saya lalui agak memakutkan. Benarlah! kadang kala ignorance is bliss.

Ahhhh! Bukan apa-apa...”
Sebahagian hati kecil saya menafikan ketakutan itu.


……………………
5.30 am
14.01.09

Ulasan

the loco's berkata…
harap kamu berjaya..

ya..
saya doa..
Ungku Nor berkata…
dia injek je steroid tu..bukan nak kena belah perot ke apa ke..hehehe

memang bukan apa-apa je maria..sayang awak, muahss.
Apapun yang WL lalui, saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan berada bersamamu...
Nafastari berkata…
Saya doakan segala yang baik-baik untuk kamu. Semoga tabah, sabar dan berani. Syafaakillah.
DramaQueen berkata…
Kak Ly,
sy doakan kak sentiasa dlm keadaan sihat..sabar ye kak...moga tabah...
Nizam.Ariff berkata…
Semoga tabah dan berjaya
Sastri berkata…
salam...

semoga dipermudahkan prosidur yang perlu dilalui itu... ameen...
BuRuuj berkata…
smga dipermudahkan-Nya. sy pn sdg bergelut dgn kesakitan juga..
tasekM berkata…
kita ni mmg dah kacip dgn hospital ye kak... he he.


.
hegira berkata…
saya doakan akak.
achik berkata…
mudahan takde apa-apa..
rudy bluehikari berkata…
moga segera sembuh. amin!
ckLah @xiiinam berkata…
Tabahkan hati...

cKLah pun baru balik dari hosp. Jumpa si dracula penghisap darah...dan bawa balik sebeban juadah ubat...moga Allah sembuhkan kita...
- j o h a r i - berkata…
sakit itu satu dugaan dariNya..
semoga akak tabah menghadapinya
saya doakan akak cepat sembuh
amin
Sri Diah berkata…
Abah akak cerita, orang alim ulama selalu meminta dirinya sakit - katanya dengan sakit, kita mengingati Allah Maha Pencipta... jika tidak sakit, kita seperti riak, lupa pada Ya Rabbi yang menjadikan semesta alam.

Kuatkan semangatmu...!
AieSha berkata…
semoga cepat sembuh. aja-aja fightin'. ;)
A t i Q a h berkata…
Dah dua hari dari entri ni diterbitkan. Macam mana akak hari ni?
addyaholix berkata…
doa saya sentiasa ada untuk kak WL. moga mampu tempuh semuanya Insyaallah!
DeeN berkata…
Kak,
Jangan bimbang yer. Everything will be ok. Semuga yg terbaek utk akak. :D
Pa'chik berkata…
aku masuk blog keling mana neh... :P

kakliliair... ko tanak ribais balik ke tajuk tuh... :P
Kay berkata…
WL,
selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab...

"Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi."

Semoga WL tabah & sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu….
lalu kay panjatkan doa dlm keheningan malam jumaat ini ~~~
Amalina berkata…
Salam kak,
Semoga mudah segala urusan kak dgn hospital. take care. kirim salam abe...
Zuhdi Najib berkata…
makjun kuat salasah (steroid)
Lily Abdullah berkata…
Teima kasih untuk teman-teman maya yang meningalkan komentar di sini.

untuk pakcik-aku dah revais. hahaha!
Al maklum menulis di bawah pengaruh steroid .:p

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam