Langkau ke kandungan utama

Disember yang ribut

......................

Hari ini.
December yang ribut dengan segala macam bencana. Murka alam kerana rakus haloba kita. Lumba-lumba mau bina kediaman tepi syurga.

Hujan sudah berhenti, burung-burung atas pokok tinggi itu bising sambil menciritkan najis, jalan raya basah dan berlumpur. Kelam malam menyorokkan kerdip bintang, akibat daripada langit yang tersedu-sedan, meratapi nasib manusia-manusia yang tidak cita angannya kesampaian.

Tapi aneh benar; di sini, kita temui keindahan dan kecindaan.

Kelam malam menyorokkan kerdip bintang, akibat daripada langit yang tersedu- sedan, meratapi nasib manusia-manusia yang tidak cita angannya kesampaian.

Esok; kira-kira lima belas tahun mendatang. Kita bina dan dirikan lagi. Deretan kediaman yang kononnya tepi syurga. Murka alam bertimpa lagi.

Dan kita pun menangis kerna kediaman tepi syurga (kononnnya) menjadi lubang kubur anak isteri kita.

Siapa salah? Kita..kita..kita.
Siapa bising? Kita.....kita dan kita.


...........
ps: Aku juga tidak mahu diam. Wahai penguasa yang diberikan kuasa sementara apakah beza antara penghuni Bukit Antarabangsa dan saudaraku di utara dan pantai timur? Bukankah kami sama-sama berduka? Dan langit yang sama juga tersedu-sedan untuk kami.

Ulasan

Ck berkata…
bukn melayu jer mudah lupa.......manusia sebenarnyer mudah lupa!
SHIMI berkata…
Bravo..bravo.. kak. Setuju.
Saya pun pun juga idea nak citer tentang tuh, nantilah eekk.
Selamat Hari Raya
Pa'chik berkata…
sini takde la teruk sangat... tambah orang dah biasa berbanjir-banjiran nih...
hegira berkata…
alam bersuara. manusia baru terngadah.
Nafastari berkata…
Timur dan Utara tak glamer
kak ja berkata…
Rumah kja pun bukan letaknya di tepi syurga, tp tetap di bawah langit yg sama dgn Bukit Antarabangsa..

*Tetiba teringat bait2 sebuah lagu Ebiet G Ade:

"Mungkin Tuhan mulai murka melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dgn dosa2
Atau alam mulai enggan bersahabat dgn kita
Coba kita bertanya pd rumpun yg bergoyang.."
tasekM berkata…
semalam aku terlihat sesuatu.

di bukit antarabangsa, RELA tak tolong angkat kotak pun mereka maki hamun. saman sana. saman sini.

namun, di pantai timur, org2 kampung yang rumah tenggelam sekali pun hanya tersenyum. walau hati punah.

aku? entahlah.


.
benludin berkata…
mula2 simpati..lama2 nyampah !

err..bkn kat hang..tapi kat org bukit sana...:)
tajudin berkata…
jangan salahkan pihak berkuasa @ penguatkuasa semata-mata. salahkan diri sendiri (pembeli) yang membeli di kawasan berisiko tinggi). pembeli yang sepatutnya tentukan hak. bukan ke customer is always right?
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Oh... Oh... Oh...


- Abiet
Unknown berkata…
berani melawan alam.. itu laa balasannya
Layla Haq berkata…
Tiada beza mereka yang kebanjiran dengan mereka yang keruntuhan.

Tiada beza mereka yang sudah biasa berkorban dengan mereka yang sudah biasa mengorbankan.

Syukur pemberian dan bantuan. Redha dengan kehilangan. Itu bezanya mereka.
violet berkata…
dulu dorang tebang pokok2 besar dan gondolkan bukit akibat kerakusan utk bina bangunan.

last2 tumbang gak mcm pokok2 besar penghuni asal dan ditelan bukit tanpa belas kasihan.
Rajuna berkata…
kata penguasa.
peduli apa. duit ada?
DeeN berkata…
Bukan dunia ini yang tidak adil sebenarnya, tapi manusia.
Bukan Tuhan sengaja menguji, tapi manusia yang tak pernah menginsafi.
artsoul berkata…
itu baik dtg dari NYA,yg buruk dtg dari diri kita sendiri...
A t i Q a h berkata…
Orang ada-ada, gitulah kak.
Cikgooden berkata…
selalunya camtu la...nampak salah orang ja...kekadang salah sendiri, wat wat lupa...
Ungku Nor berkata…
GEJU plan nak buat gathering 1 atau 4 Jan ni.

cer masuk forum tengok.
KITA selalunya hanya akan terasa sakit jika jari sendiri yang luka. Tetapi sejujurnya KITA jarang ambil peduli pada hati-hati yang terluka yang mungkin berpunca dari KITA.
Nizam.Ariff berkata…
Salam Kak,

"When the earth is shaken to her (utmost) convulsion. And the earth throws up her burden (from within). And man cries (distressed):'What is the matter with her?'-."
"On that Day will she declare her tidings:-. For that thy Lord will have given her inspiration."
[99.1~5].

.
Anonymous berkata…
...dan syurga pun runtuh?

kerana manusia ini terlalu angkuh.

terlalu.
en_me berkata…
hi akak lily ittewww.. sekang musim ujan ribut.. kannns
Artozy berkata…
kita semua mencari syurga, cuma tempatnya berbeda.
pemikir lapuk berkata…
ngara kita tk bnyak kemudahan yg dsediakan utk OKU....semua utk depa tu je
pemikir lapuk berkata…
sorry..lupa...jgn lupa lalu dpn rumah ye hehehehe

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...