......................
Hari ini.
December yang ribut dengan segala macam bencana. Murka alam kerana rakus haloba kita. Lumba-lumba mau bina kediaman tepi syurga.
Hujan sudah berhenti, burung-burung atas pokok tinggi itu bising sambil menciritkan najis, jalan raya basah dan berlumpur. Kelam malam menyorokkan kerdip bintang, akibat daripada langit yang tersedu-sedan, meratapi nasib manusia-manusia yang tidak cita angannya kesampaian.
Tapi aneh benar; di sini, kita temui keindahan dan kecindaan.
Kelam malam menyorokkan kerdip bintang, akibat daripada langit yang tersedu- sedan, meratapi nasib manusia-manusia yang tidak cita angannya kesampaian.
Esok; kira-kira lima belas tahun mendatang. Kita bina dan dirikan lagi. Deretan kediaman yang kononnya tepi syurga. Murka alam bertimpa lagi.
Dan kita pun menangis kerna kediaman tepi syurga (kononnnya) menjadi lubang kubur anak isteri kita.
Siapa salah? Kita..kita..kita.
Siapa bising? Kita.....kita dan kita.

...........
ps: Aku juga tidak mahu diam. Wahai penguasa yang diberikan kuasa sementara apakah beza antara penghuni Bukit Antarabangsa dan saudaraku di utara dan pantai timur? Bukankah kami sama-sama berduka? Dan langit yang sama juga tersedu-sedan untuk kami.
Ulasan
Saya pun pun juga idea nak citer tentang tuh, nantilah eekk.
Selamat Hari Raya
*Tetiba teringat bait2 sebuah lagu Ebiet G Ade:
"Mungkin Tuhan mulai murka melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dgn dosa2
Atau alam mulai enggan bersahabat dgn kita
Coba kita bertanya pd rumpun yg bergoyang.."
di bukit antarabangsa, RELA tak tolong angkat kotak pun mereka maki hamun. saman sana. saman sini.
namun, di pantai timur, org2 kampung yang rumah tenggelam sekali pun hanya tersenyum. walau hati punah.
aku? entahlah.
.
err..bkn kat hang..tapi kat org bukit sana...:)
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Oh... Oh... Oh...
- Abiet
Tiada beza mereka yang sudah biasa berkorban dengan mereka yang sudah biasa mengorbankan.
Syukur pemberian dan bantuan. Redha dengan kehilangan. Itu bezanya mereka.
last2 tumbang gak mcm pokok2 besar penghuni asal dan ditelan bukit tanpa belas kasihan.
peduli apa. duit ada?
Bukan Tuhan sengaja menguji, tapi manusia yang tak pernah menginsafi.
cer masuk forum tengok.
"When the earth is shaken to her (utmost) convulsion. And the earth throws up her burden (from within). And man cries (distressed):'What is the matter with her?'-."
"On that Day will she declare her tidings:-. For that thy Lord will have given her inspiration."
[99.1~5].
.
kerana manusia ini terlalu angkuh.
terlalu.