Langkau ke kandungan utama

“Di antara dua telinga, ada memori yang kita tak mahu padam. Semuanya, dan segalanya”.

“Di antara dua telinga, ada memori yang kita tak mahu padam. Semuanya, dan segalanya”.

~Taf Teh~

Sebentar tadi, saya sedang duduk-duduk di beranda. Mengelamun sambil merenung hujan yang mencurah-curah. Saya bosan dan sedikit sunyi. Banyak yang ingin saya lakukan, tapi tidak tahu di mana harus saya bermula kembali.

**********************************************************

Hari itu. Koizumi san, bawa saya berjalan-jalan sekitar Nishiawaji. Kami pergi Lawson dan dia tunjukkan mana-mana supermarket dan kedai di mana saya boleh mendapatkan barang diperlukan. Hari hampir Maghrib. Saya resah. Dalam hati, saya menyumpah-nyumpah diri kerana mengikut lelaki itu. Saya tahu niatnya baik, cuma mahu menyenangkan saya. Kami masuk supermarket.
Dia yang tahu sedikit Bahasa Inggeris cuba menerangkan pada saya itu ini. Saya angguk-angguk. Walau saya kurang faham.

Ano..ano..” Koizumi san sebelum bercakap bahasa Inggeris. Dan saya semakin resah. Saya gagahkan diri untuk tersenyum. Senyum menutup resah.

Hari semakin gelap. Dia bawa saya ke satu kawasan lapang. Ada sebatang pokok sebesar pemeluk di situ. Menurutnya, pokok itu sudah berusia ratusan tahun dan ada penunggu.

Huh! Sudah.

Saya mengajak dia pulang ke studio. Saya beritahu, saya mahu solat. Sampai di studio latihan, saya dengar Innoe san marah-marah padanya. Saya tidak faham apa yang mereka bualkan. Dari lenggok tubuh, saya faham; Innoe marah padanya kerana membawa saya keluar.

Kasihan dia. Koizumi san. Lelaki yang baik budi itu dilahirkan tanpa sepasang tangan yang sempurna. Sepasang kaki menggantikan segalanya. Berjalan, bergerak, makan, minum, menulis atau apa saja. Malah dia pelakon pentas yang hebat.

Saya merindui persahabatan kami yang singkat. Sebuah pertemuan singkat. Yang indah untuk dikenang. Dalam rintik hujan malam ini.

Ulasan

Pa'chik berkata…
pokok tu.. kalau kat tanah melayu... mesti dah penuh colok orang menurun nombor ekor....
BuRuuj berkata…
persahabatn tak mengenal ape, siape, di mana dan bagaimana. setuju?
kad0k. berkata…
pokok kayu ara ke kak lily?...:p..kamu beruntung punya kwn seperti itu..
Brader Black berkata…
Wo!



Respek sama koizumi.
Iza'Izz berkata…
persahabatan... hhhmmmm.... dr mana mulanya sahabat...???
Tanpa Nama berkata…
aha. selalunya pertemuan dalam hujan rintik bisa mengundang suasana indah. apatah lagi jika berpayung. bersama.
A t i Q a h berkata…
Kalau Koizumi diberi hidayah, untungnya beliau kan kak. ;)
Artozy berkata…
Hujan membuai sunyi, kata Ed. Dalam sunyi, rintik air memenuhkan jiwa dengan zat-zat tanpa jisim. Hanya roh.
tasekM berkata…
rintik hujan mmg menenangkan... mmm... pelik juga aku.

:)
Rajuna berkata…
rintik hujan takpe.
tapi aku tak suka kugiran hujan.
Erinsza berkata…
sebuah persahbatan yg telah terjalin musti kite sukar utk melupakan. Teringat memory indah.
13may berkata…
teringin plak nak tengok gambar pokok tuh...
Lily Abdullah berkata…
Gambar penunggu hang tak mau tengok ka May? hehehe..

Erin,
Ye..terlalu indah untuk dikenang dan yang manis saja perlu dikenang. Bukan segalanya.

Juna,
Akak suka hujan dan kugitan Hujan juga.

Tasik,
Hujan rahmat Tuhan yang paling aku suka.

Art
Indah, bijak Ed mengunkap bicara.

Tiqah,
Hidayah milik Tuhan. Mudah-mudahan. Doa-doakan.

Entah Lina, belum pernah berpayung bersama sesiapa ketika rintik hujan.

Iza,
Kita bermula dari tidak mengenali sesiapa. dari luhur hati yang tidak berkepentingan.

Adik kachak,
Aku kagum juga dik. sangat teruja melihat dia menulis di pentas dalam satu babak lakonan dengan kakinya. Pantas dan cekap.

Entah apa pokoknya Kadok..kawan yang jauh di mata hmmm...

Buruuj,
Setuju aja deh!

Chik,
Di Jepun, derang tak minta nombor. Minta benda lain pulak. Kesesatan di mana-mana Chik.

Terima kasih.
teddi berkata…
hai emm best nye dpt pergi jepun...
emm setiap petemuan mesti ada pepisahan
Lily Abdullah berkata…
Utopia,
Hmm..memang best. Apatah lagi pergi ngan duit sponsor. Free weh:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam