Langkau ke kandungan utama

Supernatural

Imej hiasan
Disclaimer: Sebuah kisah yang akan meremang bulu tengkuk anda. Dan entri ini aku coretkan di tengah malam buta istimewa untuk pa’cik El. Diberitakan dia sangat mengemari cerita hantu. Dakwanya “citer antu memang kopi dan teh aku lah... haha...” dalam bahasa Melayu paling standard. Ha! Ha! Ha!
*****************************************************

Aku dan Dee pernah bersahabat baik. Dia baik orangnya. Aku pernah dengar dakwaan yang Dee mempunyai saka yang bakal diwarisinya. Kerana celik agama, dia telah menolak “benda” yang mau bersahabat dengannya itu.

Tiga tahun yang dahulu.

Aku dan Dee ditempatkan sekamar. Tapi kami bukan satu kursus. Dia memilih mesin jahit dan aku pula memilih komputer.

Suatu malam.

Dee didapati hilang dari tempat pembaringannya. Lalu, kami rakan-rakan sekamar keluar mencarinya. Tidak ketemu. Kami bimbang. Beberapa hari sebelumnya, Dee kelihatan murung, enggan makan dan dilihat bercakap-cakap sendirian.

Aku teringat sebuah katil PO6 yang kosong. Kamar itu separa kosong. Hanya beberapa orang pelatih yang menghuninya.

Dan aku pun ke sana. Jam lebih kurang tiga pagi. Dee tidur nyenyak di katil bernombor P06. Kesian pulak mau mengejutkannya.

“Biarlah. Mungkin dia selesa di sini” Hati aku berbisik-bisik. Tapi bulu tengok aku meremang-remang.

Cis! Syaitan mau main-mainkan aku” Aku seraya membentak. Cuba melawan ketakutan yang bertandang.

Dalam samar lampu koridor, cepat-cepat aku melangkah masuk kamar P01. Teman-teman yang mencari Dee sudah enak menyambung tidur.

Dumm!

Pintu kamar ditolak kuat. Aku terkejut. Aku nampak Dee masuk dan tidur dikatil asalnya.

“Ke mana tadi Dee ? Aku pura-pura bertanya.

Diam.

Sepatah tidak dijawab. Malah dia merenung aku dengan cara yang sungguh aneh.

Naluriku berkata. Ini bukan Dee. Dalam ketakutan yang maha dasyat, aku capai surah Yassin di atas meja dan perlahan-lahan membacanya.

Dee marah-marah dan mencarut-carut. Sah, bukan Dee.
“Panas la oii!. Berhenti!!” kata Dee marah-marah. Manakala rakan-rakan yang lain tidur seakan dipukau.

Tidak sedar. Entah bila aku terlelap.

Pagi esoknya kecoh. Mereka temui Dee tidur di dalam tandas asrama.

Lusanya, dia ditemui tidur dalam stor.

Tulatnya, di bawah pokok besar belakang asrama.

Dan kami semua tidak boleh bertahan lagi. Mana tahan, asyik kena mencarinya dan esok perlu ke kelas.

Tambah kecoh. Teman-teman mendakwa mereka terpaksa menjaga aku kerana aku dalam keadaan tidak sedar telah merayau-rayau di waktu malam.

Di celahan lampu koridor yang samar. Sama macam gelagat Dee.

Sungguh!

Sampai kini aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang ada dalam ingatan yang samar kabur hanya satu. Ada sebuah lagu klasik Melayu dinyanyikan dengan merdu oleh seorang wanita aneh yang aku tidak pasti wajahnya. Dan aku seakan terpukau dengan suara itu. Tanpa sedar, aku cuba menjejaknya.

Dee tidak pernah bercerita apa-apa bila ditanya. Begitu juga aku. Siapa akan percaya. Silap-silap kami didakwa sakit mental.

Seorang sahabat yang baik hati, telah menghantar kami ke Darul Syifaa’ Bangi. Alhamdullillah!

Kerja syaitan. Dari zaman Adam as. Tidak pernah selesai menyesatkan manusia.

Nota kaki:

Okay ke pa’chik hehee!
Entri ini aku tulis jam 1.23am. Dan aku baru selesai menyiapkan tugasan.

Huh!

Pintu belum ditutup. Kenapa aku rasa semacam ni?

Nak tidurrrrrr!

Ulasan

Unknown berkata…
cukup menggerunkan pengalaman mistik anda.. penuh ketaqwaan
13may berkata…
syok betoi baca citer nih...

cerita la lagi kak lily...mesti ada pengalaman lain nih..hehhe
violet berkata…
kak lily pun penah bejln dlm tidor gak? huhu. takuts nyier.

owh, bila kes tidor dlm tandas tu, kwn sekelas yg tinggal diasrama penah alami pengalaman yg sama.

apelah yg akan jadi kalo tgh tidor dlm tandas tu tetiba tesedar. tgk keliling rupanya2 tandas. gelap. ke samar2 je.

kalo saya maunyer terus pengsan!

p/s: meh kita citer pengalaman seram kat blog memasing. mesti best kan.
Lily Abdullah berkata…
PG,
Dalam hidup kita, ada kala berlaku peristiwa2 yang berada di bawah logik akal. Misteri sungguh!

Yang tidak pernah mengalami mungkin anggapnya sebagai fiksyen yang direka-reka.

May,
Sebenarnya ada le dua tiga peristiwa. Tak tau kenapa Tuhan nak uji kak Lily dengan peristiwa macam tu. Misteri kan?

Ala hang pun sama dengan pa'chik juga :)

Vee,
Meh kita sama2 tulis. Tapi ada juga yang tak suka cerita macam ni. Diaorang kata karut.

Cerita tentang iblis, syaitan dan jin jahat memang ada dalam AlQuran. Cuma jangan kita syirik & percaya dia boleh menguasai kita. Percayalh kita lebih kuat dari dia. Cuma kadang2 kita kalah kerana kelemahan jiwa kita juga.

T/kasih.
Rajuna berkata…
ni betul2 ke ni?
ke gimik je?
kekeke
Pa'chik berkata…
apa pulak ditulis Adam ass... hahaha...

woo... beh beh... apa jadik ngan dee tuh? heheh..
kak ja berkata…
Salam WL,
Kak Ja bersyukur banyak, walaupun pernah tinggal sekejap di asrama di PJ, sebelum dihantar ke luar negeri, kja tak pernah plak terserempak dgn benda2 pelik ni sptmana roomates kja yg pucat lesi sampai keesokan paginya!!
A t i Q a h berkata…
Aiyak Kak Lily! Terkejut eden tengok gambar tu. Saya ni dah la segan dengan hantu. Ha ha ha.

Cerita akak memang seramss... hu hu hu.
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,
Jangan tidur termimpikan gambar itu ya. Baca Bismillah, 3 Qul & Ayatul Kursi(hahaha..rasa macam bonda kamu pulak ahaks!)

Kja,
Apa nak buat..saya dipilih untuk melaluinya. Bersyukur Kja tak melaluinya. Itu pengalaman yang cukup buruk. Tapi ada hikmah setiap kejadian.

Chik,
Tulis camne ek? Nabi Adam alaihissalam. Aku lupa la cik. Kalu Nabi Muhammad saw. Bagitau,nanti aku edit.

Dee? Sekarang jadi isteri Encik Kay dan jiran aku hahaha!

Juna,
Gezek semata. Fiksyen dan fiktif hahaha! :p

T/kasih.
tasekM berkata…
ishh... takut ni kak... :)

sebelum ni tak pernah dengar cerita benar.. kat tv adalah...
Rajuna berkata…
cis
lagi kuat gezek dari aku
ckLah @xiiinam berkata…
...maksud firman(al waqi'a:85)
"Dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu,tetapi kamu tidak nampak.."
moga kita dijauhkan dari syaitonn yang sentiasa cuba menyesatkan anak adam
The Purple Cat berkata…
Teringat pulak cerita sedara mara saya kononnya my aunty pun masa kecik-kecik dulu selalu "sleep walking" and duduk bawah pokok besar tetengah malam bersembang dengan "something". Tu dulu masa dia zaman budak-budak. Now dah ada cicit!! hehe..

Now my sis pulak can see and hear "things" yang orang lain tak nampak/dengar. Berapa kali dah pergi Darul Syifa'. Silap-silap boleh dituduh kurang siuman oleh mereka yang tak mempercayai benda-benda macam ni. I wonder if it is saka.

As usual your writing is perfect!!
Love it!!
Lily Abdullah berkata…
Purple cat,

Terima kasih kerana selalu datang dengan kata2 pujian. :)

Cik Lah,
Begitulah kerja syaitan hingga akhir zaman.

Juna,
Gezek akak cuma 0.001% je. Ko lagi hebat:p

Tasik,
alahai..segan ngan hantu macam Tiqah juga? :p

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam