Langkau ke kandungan utama

Lihat pada rumput


Lihat pada rumput.
Cantik amat di kedinginan pagi.
Ketika embun membasahinya.
Atau ketika rintik mulus hujan menimpa.

Lihat pada rumput.
Kehijauannya menakjubkan.
Ketika kuning keperangan juga mengasyik pandang.

Lihat pada rumput.
Dipijak lunyai
Ia tetap kebal.
Hari ini diracun mati.
Esok yang mati menukar diri membajai yang bakal tumbuh.
Tambah menghijau.
Terus menyubur bugar.

Sahabatku.
Kamu dan aku tidak perlu selalu merenung bulan.
Kita tidak perlu selalu-selalu memuja bintang.
Atau marah-marah pada matahari yang menghangus kulit mulus

Sesekali kita cuma perlu melihat rumput.....

Nota kaki:
Entri ketika “sifar idea” dan ditujukan untuk diri sendiri.
Dan esok aku lupa lagi,walau saban hari memijak rumput.
Mungkin lusa dikafankan dan tidur panjang di bawahnya

Kredit imej untuk Ahmad Shafie(iLuvislam.com)

Ulasan

en_me berkata…
dulu masa study kat oversea tewww, me suker duduk kat rumput-rumput yg ijo.. tapi sekarang, teringin jugak nak duduk dirumput tewww, tapi khuatir najis anjing dimana-mana.. hmmm
Yana Ismail berkata…
em, btol tu kak. mungkin lusa dikafankan dan tidur di bawahnya. kalau rumput karpet tu cantik kan,sygla plak nak pijak.ehehe
violet berkata…
antara rumput dan pokok besar yg kuat.

sekali ribut dtg, pokok berisiko utk tumbang dan patah.

tapi rumput tetap 'mantain' walaupun duduknya dibawah.

:)
kad0k. berkata…
good one sis...dan pic tu..sungguh redup mata memandang...ermmm
tasekM berkata…
kamu sangat benar kakak...

kadang-kadang hati ini berkata... kalau terlalu melihat rumput... bila nak capai bintang...

namun bila tangan mencapai bintang... rupa2nya rumput yang di bumi juga yang aku dambakan...
Rajuna berkata…
terlalu lama memandang ke atas hingga kita lupa daratan
apakah mungkin?
Sastri berkata…
suka bau rumput sesudah hujan...
A t i Q a h berkata…
Padahal rumput yang di bawah itulah, yang Dia tugaskan untuk beri kita oksigen. Bulan dan bintang yang di atas?
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,
Bulan bintang cantik untuk perhiasan hahaha!

Sas,
Akak juga suka mencium baunya. Tapi di tingkat 3 rumah kuartes ni, bau rumput dah hilang :)

Juna,
Mungkin, kerana terlalu asyik...

Tasik,
Ya...ya..kakak ini juga lupa selalu marah bila tengok rumput panjang sikit. Dlu2 masa kat kg, sekarang aku sangat rindu bau rumput lepas hujan.

Kadok,
Good one eh? Apa yang baiknya?. Tapi gambar tu sangat cantik sampai saya jadikan screen.:)

Vee,
Orang cakap jadi rumput hina, selalu dipijak orang. Mereka tak merenung kehebatan rumput sebenarnya.

Puteri,
Ya. Benar. Matinya kita ditutupi rumput juga. Lebih2 lagi, tak de anak cucu datang nak bersedekah dan bersihkan kubur kita huhuhu...

Me,
Betul tu. Tgk rumput cantik rasa cam nak baring-baring je. Tapi, bila nampak anjing2 berkeliaran, nak pijak pun ragu-ragu, :)

T/kasih
Pa'chik berkata…
dulu-dulu ramai yang suka isap rumput nih... hahaha...
AL-BIMA SAKTI berkata…
Lihat pada rumput
jalar hijaunya lembut
lalu teringat embun di hujung kabut
hadirnya tanpa dijemput
salamnya tidak bersambut
serunya tidak bersahut
aku yang meraung dalam kalut.
Lily Abdullah berkata…
En Al Bima,
Kamu sudah pasti pemuisi tersohor. Siapa encik ya? Saya masih tercari-cari. :)

Pa'chik,
Hisap rumput..hohoho. Sungguh kak Liliair tak tau ada orang hisap rumput. Ingat kerbau,lembu ja.
13may berkata…
hijau bumi tuhan :)
Yana Ismail berkata…
alahai,btol kata akak. em,sama2la kita doakan anak2 cucu kita nanti berdoa untuk kita. dan kita juga mesti berdoa untuk insan tersayang yang sudh tiada..emm
DeeN berkata…
Awas!
Jangan Pijak Rumput!

;)
artsoul berkata…
satu penulisan yang penuh bermakna..

salam perkenalan
Lily Abdullah berkata…
Art,

Salam kenal. T/kasih kerana meninggalkan komen :)

Deen,

Tak kira, nak pijak juga.

Liyana,

Amin! Mudah-mudahan.

May,

Yang tu tajuk lagu Mael XPDC kan? :)

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam