Langkau ke kandungan utama

Hanya kerana seekor kucing.

Hari ini.

Kucing kesayangan saya keluar dan tidak pulang-pulang sehingga entri ini saya tulis. Jam sudah sebelas dua puluh malam. Pintu rumah saya masih ternganga. Cuma gril saja berkunci.

Saya menanti dan menjenguk-menjenguk keluar. Petang tadi, langit meruntuhkan hujan lebat sekali. Tentu dia kesejukan dan kelaparan di luar sana. Sudah empat lima kali saya meronda blok ini. Naik turun tangga.

Saya bimbang. Dia tentu lapar. Kembung rebusnya belum berjamah. Tadi, kali terakhir saya menaiki tingkat empat yang tiada berpenghuni. Kalau ada jiran yang nampak, pasti mereka sangka saya dirasuk. Atau paling kurang sudah tidak betul.

Lelaki saya tidur. Tahunya cuma marah-marah kerana melepaskan ‘anak’ kami itu keluar.

Ahhhhh!

Apalah sangat nilai seekor haiwan bernama kucing.

Tapi yang pasti, malam ini saya tidak boleh tidur.

Menanti kepulangannya.

Perasaan saya kacau!

Hanya kerana seekor kucing.

Ulasan

Yana Ismail berkata…
alahai kak.janganla bersedih. liyana yakin,kucing itu mesti pulang. mesti ia rindukan kembung rebusnya..sabar ek kak!
Amalina berkata…
Mane pulak perginya coco. Dah jumpa girlfriend kot, heheh. Sian dia mesti sejuk hujan2 tu. Harap takde yg buruk berlaku pdnya.
Rajuna berkata…
dia jantan ke kak?

mak ayah aku penah mcm ni
teruk betul si Kanting
menyusahkan hati org tua aku
akhirnya, 3 ari kemudian dia balik
mmg patut namanya Kanting
hidup terkontang-kanting

yatim piatu
menumpah kasih makbapak aku.
Pa'chik berkata…
dah besar... mesti la pandai tak balik umah... heheh... pas tu campur ngan budak-budak jahat la nih...

err... ada myanmar tak kat kawasan tu? hmmm....
MakcikMuda berkata…
whoaaa~

ryn lak rase sedey walaupun rynn takut kucem.
mst akak rase x tentu hala kerisoan.

harap2 kucem tuh xde pape!~
ckLah @xiiinam berkata…
Coco oh Coco....
dah lupa jalan pulang ke?
kesian bondamu
resah gelisah
tak keruan merindui kamu
AL-BIMA SAKTI berkata…
lelakimu bukan tak mengerti
jua bukannya tidak peduli
dia menyayangimu lebih dari segala
dirimu yang lebih berharga.

ketulusan hatimu cuba difahami
usah berhiba wahai waterlily
ada rezeki dan harapan pasti
terlepaslah resah dan rindumu nanti...
Lily Abdullah berkata…
En al Bima,

Seronok membaca komentar anda. Selalu diabadikan dalam bentuk puisi :)

Cik Lah,

Coco saya dah balik :)

Rynn,

Aiya..takut kucen? apasal? Comel woo...:)

Chik,

Kucing jantan tu dah balik. Dia sesat. Apa kaitan kucing ngan Myanmmar? Dia orang sembelih dan panggang kucing ke? Atau buat sup kucing. Kuartes kjaan, mana ada Mymmarnya .

Juna,

Kucing jantan macam tu lah :)

ps: Apa motif ko tukar avatar nih?:p

Amal,

Dia dah balik. Sesat huhuuhu.. :)

Liyana,

Dah balik dah. Bedal 2 ekor kembung sekaligus. Seharian tak makan hahaha!
Pa'chik berkata…
lupa ang dok kotes kajaan.. hehe... tapi... mana tau sesat keluar.. hahaha..
myanmar ni berjasa gak ngan kajaan... hahah...
abeming berkata…
hari ni pon masih belum pulang ke?
Ydiana berkata…
Alhamdulillah dah balik. Kucing Yd hilang 6 hari dari tempat vet, jauh juga untuk kucing dalam 2.5 km, tapi balik juga ke rumah akhirnya. :)
tasekM berkata…
kak,
aku faham perasaan kamu.

kucing2 aku yang berbelas ekor itu juga hanya tinggal beberapa ekor sahaja.

si kuning manja pun telah tiada.

aku fikir. mereka telah dewasa. perlukan kehidupan sendiri. aku relakan mereka pergi.

namun. hati ini tetap hiba. rindukan mereka.

harap kamu tenang ye kak.
violet berkata…
coco dah balik ye. syukur.

pengalaman peribadi sy. kalo kucing jantan ni, bila dh 'cukup umo', mulalah dia pandai tak balik rmh. kdg2 tu sampai 2,3 ari. lps tu tup2 leh muncul. tp dh berubah fizikal la. susut. sbb berhari2 tak makan kt rmh...hehe.

lepas ni kak lily dpt cucu la nih. confirm!

:D
artsoul berkata…
nasib coco dah blk...dah jadi kebiasaan bagi seekor kucing,dia akan menghilangkn diri...cuma ikut nasib kdg2 blk kdg2 tak...last time sy ade pelihara kucing,pernah hilang dan tk blk langsung...
sinaganaga berkata…
Bela tikus pulak lepas ni, dek!
shahril aley berkata…
moga2 kucing itu selamat pulang ke pangkuan tuan nye itu :)
Kemat berkata…
dalam kehidupan penuh kekalutan hari ini, kucing pun mencari jalan sendiri untuk ketenangan diri agaknya
Lily Abdullah berkata…
En Kemat,
Kucing saya telah ditemui. Ye lah agaknya.

Aley,
Dah selamat pulang :)

Abang Naga,
Jangan ko cadang aku bela tikus pulak bang. Kucing sekor tu pun dah macam tikus perangainya. :)

Art,
Itulah kebiasaan kucing jantan. :)

Vee,
Dah cukup umur dah si Coco ni. Cuma akak sayang nak lepaskan dia pergi .

Tasik,
Itulah masalahnya menjadi ibu kepada kucing jantan hehehe!

Diana,
Masalahnya si Coco ni selalu sangat tersesat :)

Abeming,
Sudah jumpa :)

Chik,
Jasa apa si Myanmar n ngan kjaan. Cuba ko cerita sikit heheh!

T/kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam