Langkau ke kandungan utama

Hanya kerana seekor kucing (2)

Jam dua belas setengah malam.

Encik Kay mengetuk-ngetuk gril saya yang berkunci. “Kak Ani, kak Ani! Kucing kak Ani ada kat tingkat atas, dalam rumah kosong yang cikgu Ijan tinggal dulu tu” Encik Kay dalam loghat Kelantan.

Encik Kay, baru balik dari merambu ramba dengan rakan-rakan bujangnya. Walaupun dia telah berkelamin.

Disclaimer: Ini bukan pesepsi saya, okay. Ini dakwaan isterinya Puan Dee; yang pantang bersua muka dngan saya. Maka pot pet, pot pet lah dia. Bercerita perihal suaminya itu. Suami yang muda lebih kurang sepuluh tahun darinya. Saya cuma anguk-anguk macam belatuk kerana saya juga orangnyanya, yang berusaha menemukan jodoh mereka. Alhamdulillah!

Aiseh! Macam mana ni?.”. Saya mengomel sendirian.
Encik Kay menanti di luar. Saya pergi mengejutkan lelaki saya. Haram mau dia bangun. Marah saya adalah.

“Abang tak nak bangun la Kay”. Saya beritahunya. “Tak pa, kejap lagi akak naik ambil”

Demi Coco, saya sanggup berani.

“Tak pa, jom saya teman” Encik Kay. Mengikut saya, menaiki tangga ke tingkat empat.

Fuhh! Gelapnya rumah itu. Saya mendukung Coco. Cepat-cepat. Sepantas mungkin. Saya takut.

Saya takut kerana ditemani Encik Kay. Bukan kerana sangsi terhadap kebaikannya.

Saya takut fitnah.

Malam itu.

Saya tidur dan mimpikan rumah kosong itu. Saya ke situ lagi. Dan saya memijak mayat-mayat bergelimpangan dibungkus kain kafan.

Ngeri!!

Sudah dua hari saya demam dan sakit-sakit badan.

Alahai!

Ulasan

13may berkata…
oh! kesiannn.....
Amalina berkata…
tuu dia, sampai mimpi pijak2 mayat. seram tu.

demam lagi ye kak, mcm demam urat ek. bykla berehat.
saudagar gaRAM.. berkata…
kucing gua..

malam je tido luar..
dulu penah 2,3 hari tak pulang..


gua ronda taman carik naik beskal gua..




risau..
ckLah @xiiinam berkata…
kena mandi bunga Coco tu...apa kau cari kat rumah kosong tu Coco!
tasekM berkata…
kak, ngeri mimpi tu... aku minggu lepas pun mimpi ngeri... alahai..

org lelaki kalau dh tidor mmg susah nak bangun... mmg gitu..
Rajuna berkata…
aisey
encik kay lebih muda 10 thn?
aduh..memang masalah la kan kalau kawin dgn lelaki lebih muda ni.
tp aku ni selalu la pulak diburu perempuan berkarier yg lebih berusia :P hahahahaha

tasikmerah:siapa cakap? aku senang je bangun?
Akak berkata…
Salam Waterlily..

Sayangnya dia kat kucing, akak takut/geli lah dengan kucing nie especially bila dia mai gesel2 kat kaki..

Semuga capat sembuh yea..

Akak
Pa'chik berkata…
huiyooo mimpi ngeri tuh... citer la mimpi tu cemana weh...
Sastri berkata…
salam kak... memang ngeri mimpi tu... kalau sas, mau menggigil badan dibuatnya...

semoga akak cepat sembuh, ameen... jangan lupa mam ubat dan banyakkan rehat ye...
Geng-geng Seekers cukup suka kalau mimpi-mimpi macam ini kak.

Jaga diri + semoga segera sembuh. :)
A t i Q a h berkata…
Coco, lain kali jangan buat gitu tau. Sian mama kamu. Tengok, kan mama tak sihat dah. Hu hu hu.
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,
Coco tidak ngerti apa2. Tahunya makan, tidur,main,gigit sana-sini dan buang air. Bab buang air tu yg tak tahan. Nasib baik dia pergi toilet, tapi tak flush la pulak.

Alahai!

Purp,
Seekers? hoho..jangan le diaorang baca entri ni. Nanti diaorang cari akak camne? :)

Sas,
Terima kasih atas doa itu. Sas juga,jaga diri ye :)

Chik,
Ko ni suka cerita seram ke? Tak mo lah. Aku nak cerita pasal Encik Kay & Puan Dee. Lagi best ape heheh...

Akak,
Kucing sangat comel woo..apasal geli. Kalau hamster geli tak? :p

Juna,
Nak tau cerita pasal Encik Kay. Nantilah akak cerita. Sapa kata ada masalah?. Cuba tgk Nabi saw & Khadijah. Hubby akak pun muda juga(2 tahun je)

ps: Ko tukar avatar lagi dik(jangan jawab, retorik).

Tasik,
Kalu bagitau mak mesti dia kata " hang tiduq tak baca ayat kursi" hehe..

Cik Lah,
Coco mencari girlfren & tersesat. Imau tu jantan. Kut tak, boleh kita berbesan ye :)

Garam,
Apasal tak pinjam kereta bapak ja?
Oooo..jimat petrol ek?:p

Amal,
Ye le demam2 ni dah biasa bagi OKU Cerebral Palsy. Tambah lagi tak cukup rehat.

May,
Aik, kesian je? Carilah jodoh untuk Coco akak nih?

Ni hang kesian kat kak ka,kesian kesian kat Coco ni?

T?kasih
Pa'chik berkata…
citer antu memang kopi dan teh aku lah... haha... apa daa... citer budak kei tu, kang jadi ngumpat... tak beh... haha... citer mimpi antu... beh... hahah..
Sri Diah berkata…
Kesian pada Coco
Kesian lagi pada tuan punya Coco

Akak tak dapat bayangkan kalau 12 ekor di rumah ini tiada... tabik dik - mereka makhluk Allah yang minta disayangi. Agaknya betul tu, dia mencari girlfriend - nak berbesan dengan akak? Ha ha ha ...
Lily Abdullah berkata…
Chik,
Ko suka cerita hantu ke? Aku pandai cerita pasal hantu. Nantilah aku cerita pasal Puan Dee dirasuk antu. Ala nama samaran. Bukan betul. Tak ngumpat kan?heheh

Kak Sri,
Ye kak. Kesian kat saya. Seekor tu pun tak terbela.

Berbesan? Ada ke orang kawinkan kucing ni? hahaha!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam