Langkau ke kandungan utama

Aku Marhaein

Aku marhaein.
Tidak tahu politik
Suapan slogan muluk- muluk
Glokal sana wilayah di sini

Aku buta ekonomi
Tiada kepentingan
terhadap projek-projek megamu
Tak bermaksud aku boleh engkau
Pandir-pandirkan sesuka hati

Aku marhaein
Tahuku cuma
Keluar saban hari
Mencari sesuap rezeki
Agar hidup kami
Tidak perlu jadi penadah tangan
di negara sendiri

Jangan engkau suruh aku
Ubah gaya hidup
Kerna aku cuma bermotorsikal
Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter
dan bas Rapid KL
Berasak-asak berdiri
Setaraf pendatang.

Tidak pernah menjejak Suria KLCC
Tidak pernah merasa Starbuck coffee
Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani
Cuma sesekali merasa ayam KFC
Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali.

Jangan engkau bodohkan aku
Dengan suapan slogan gila tidak munasabah
Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa
Bukan aku pernah melancong ke luar negara
Dalam negara pun tidak pernah
Mahu balik kampung
Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira

Kata si cantik seleberiti
Kurangkan makan nasi
Baik untuk kuruskan diri

Aku sekadar mau bertanya
Bolehkah kurangkan nasi
Untuk anak-anakku yang sedang membesar
Mencatu makan bisakah menghentikan tangisan

Dan engkau puak juak akhbar
Asal saja yang berucap itu pakar
Asal saja dia si cantik seleberiti
Asal saja tuanmu bisa dapat untung
Semuanya engkau main petik sesuka hati

Aku marhaein
Aku sudah hidup dengan cara marheinku
Jangan kau ajar aku berjimat
Pada kamu berjimat
Padaku mencatu

Aku marhaein
Dan aku sedang marah
Jangan sampai aku amuk.


Nota kaki:

Tidak boleh hipokrit
Tidak bisa munafik
Ketika hatiku masih berbaki bara.
5.09pm (7 jun 2008.)

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Teruskan nukilan dari hati mu, kerana ianya adalah jauh lebih jujur dari mereka yang memungkiri janji dan amanah yang diberi.


ps. mana email?
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Amal,
Terima kasih.

Shah,
Hanya mampu lepaskan geram di sini. Puisi saya ni kalau hantar kat akhbar pasti tak lulus. Jika boleh panggil puisilah hehehe...

ps: akan email nanti.
A t i Q a h berkata…
Hey pak menteri! Aku cabar kamu untuk berbasikal ke kantor. Huh.
SHIMI berkata…
Mahu atau tidak memang idup kena melalui perubahan. Lebih-lebih lagi sekarang ni.
Lily Abdullah berkata…
Zwit,
Wassalam. Terima kasih kerana singgah :)

Shimi,
Ya betul tu...tapi hanya kita yang mentimun ini sahaja disuruh berubah kan?

Tiqah,
Setakat ini tak ada lagi menteri yang sahut cabaran itu hehehe :)

Takpe, kenaikan apa-apa pun takkan membebankan pak menteri.
Pa'chik berkata…
bes bes... heheh...
ni kalau bersi aku punya... hehehe... penuh je ngan kata-kata kesat yang susah nah dilicinkan... heheh....
arsaili berkata…
salam kak lily...semoga lebih tabah dan berani menghadapi hari2 yang tidak pasti...demi sesuap nasi
ckLah @xiiinam berkata…
Aku tidak sesal..
tidak 'X'dia
kerana aku
sudah jemu diperbodohkan..

ya..dia tak pernah tahu kehidupan si marhaein
The Purple Cat berkata…
Suatu puisi yang sungguh menyentuh
sanubariku. Jujur dan disusun indah.

Hey...
You are a genius with words :)
Kaktiny berkata…
kita melalak pada konkrit yang kebal dan bebal...
takper.. mungkin mrk rasa mrk gah dan sasa..
siapa berani cabar kuasa yang Esa?..
kita tunggu hari dan masa..
violet berkata…
kak lily,

sihat ke? coco sihat?

inilah nasib rakyat spt kita, kak

kita sentiasa diperbodoh2kan disaat pilihanraya dan ditindas slps pilihanraya.

didunia mereka hidup mewah, tapi tahulah nasib mereka di akhirat sana.
Akak berkata…
Salam...

Kisah si marhaein yg penuh maksud yg tersurat & tersirat..
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Vee,
Kak Lily dan Coco sihat.

Nak buat macam mana lagi..ubah aja la Vee. Nak ubah kerajaan pun,tak tercapai juga.

Tiny,
Setakat dok menjerit kat blog je la kita ni huhuhu....

Salam kenal. :)

Puple cat,
Long time no see hahaha..terima kasih.

ps: sekarang saya ada Coco the cat :)

Liyana,
Apa yang best tu? Puisi sonsang ni ke? Huuhuu...

751(maaf tak tau nak panggil apa) hehee...
Saya juga tak X yang naikkan harga minyak ni...tapi orang kg majoriti dok tengok media arus perdana lagi...

"Gula-gula yang manis, bisa membunuh orang dalam senyap".

Arsaili,
Tabah? Mau atau tidak kena tabah juga. (senyum dalam payah)

Cik,
Ko memang. Kak Liliair juga kalau boleh tak tulis dalam bahasa yang paling pasar, kesat dan kasar. Tapi, itu bukan aku wehhh!

Terima kasih.
Lily Abdullah berkata…
Shop,

Mencelah tengah kak Lily menjawab komen hahaha..salam kenal.

Yang tersirat tu penting haaa :)
abeming berkata…
bestnya nukilan ni...
Batara Guru berkata…
terkedu.....
saspek......
tabik spring 10 jari
begitulah kehidupan kita kini
NoraHash berkata…
Salam WL,
Entry ni saya nak copy dan e mel kan kat kawan2....izinkan ye !
QaiYuM.NeT berkata…
Bestnye Sajak Nie...
mOEha Aziz berkata…
kak,

harus kita kumpulkan bara bara ini dan simbah dengan baki baki petrol sebelum 4 jun...

mari kak...
Lily Abdullah berkata…
Abangmeng,
Best ke?Tapi loyalti tarak hehehe...tapi puas hati. :)

Noor,
Silakan. Apa khabar? Lama menghilang...

Qayum,
Ala best mendenya..cuba-cuba aja dik :)

Adik Botok,
Haih..jangan bakar dunia dik!

ps: minyak naik 4o% . Elaun pak2 menteri potong less 40%.

Aiyohh...rasa mau bakar dunia juga heh!
AL-BIMA SAKTI berkata…
Duhai Waterlily;
Biarlah kau marhaen sejati
yang buta ekonomi
tapi tak buta hati
yang buta politik
tapi tak mudah dijentik
yang buta muslihat
tak buta hajat tersirat
yang buta kerenah
tapi beramanah.

Hidup perlu diteruskan
bukan untuk jadi kecundang
hidup perlukan pengorbanan
bukan untuk dipermainkan.

Susah dan payah itu dugaan
bukan suatu kehampaan
susah dan payah mesti berdepan
bukan mengalah tapi bertahan.

Kesal itu suatu keluhan
tapi bukan kekecewaan
dalam kesal pasti ada impian
barulah hidup bersalut kemanisan...
Brader Black berkata…
tu la psl.
Diorang pnya psl, kita lak jd mangsa.
kad0k. berkata…
saya suka dengan setiap bait2 kata didalamnya wl..sgt bagus dan bermakna...:)
Lily Abdullah berkata…
Batara Guru,
Maaf tadi tertinggal komentar kamu. Terima kasih & maaf buat kamu terkedu hehee..

Al Bima,
Cantik sungguh susunan rangkaian kata itu. Ya. Bisa saja. Anda penulis dan pemuisi pro.

ps: Masih tercari-cari tuan punya rumah "Sekeh Sikit" ni :)

Adik kachak,
Walau petrol naik, maintain aja kekachakan kamu hahahaha.. :)

Kadok,
Kalu hantar ke akhbar kena gam kata-kata yang tulus bermakna ini. :)

Kata-kata dusta juga yang dipetik ulang

Alahai!

Terima kasih.
Sri Diah berkata…
Dear WL;
Sekarang kita dah tak ada masa nak sembunyikan rasa. Luah saja. Ada yang membaca, niar dia terasa dan berasa...
sheikh teluk intan berkata…
Salam Waterlily,

Sungguh besar bakat puan dalam penulisan puisi. Tersentuh hati saya membacanya.Penuh makna yang tersurat dan tersirat.

Saya akan abadikankan puisi dalam blog saya. Supaya pengunjung blog saya dapat menikmati setiap bait puisi ini
Tanpa Nama berkata…
salam waterlily

agak beberapa ketika juga saya tak menjengah blog adik disebabkan kesuntukan masa. mudah-mudahan adik waterlily berada dalam rahmat Allah.
Puisi marhaen cukup mendalam. Di tengah-tengah cerita betapa berkembangnya ekonomi kita yang diuar-uarkan oleh para menteri dan pak pacak mereka, kita semua tahu kebenaran hakiki.
Di kampung tidak jauh dari tempat saya tinggal ini mungkin ada rumah yang bekalan elektriknya dipotong. Jauh di utara, mungkin ada keluarga yang tidak pernah menikmati roti Gardenia, mungkin ada anak-anak sekolah yang masih berbaju lusuh dan berkasut koyak.
Begitulah selagi pemimin kita tidak kenal apa erti kemiskinan dan apa ertinya menjadi orang miskin.
tasekM berkata…
aku mmg suka setiap tulisan kamu...

puisi kamu...

kakak... kita sama2 marhaen...
Kerp (Ph.D) berkata…
kak mar yang dikasihi,

fuhhh....pedas dan tepat. kena diorang sebijik kat muka.

'Aku marhaein
Aku sudah hidup dengan cara marheinku
Jangan kau ajar aku berjimat
Pada kamu berjimat
Padaku mencatu'.

paling tertarik dengan yang ni. ni kena blog ni. kalau akak tak kisah saya nak dedikasi 1 posting khas utk rangkap puisi ni je nanti..
wanshana berkata…
Salam,

Dah lama tak baca puisi dan nukilan hati yang amat mendalam dan sebagus ini...

Harap-harap Pak Menteri semua baca your puisi ni!

I look forward to more :)
Lily Abdullah berkata…
Alahai Danny,

Yang kena diaorang sebijik tu dok baca ke blog akak kamu ni.
Kalu baca nanti,jadi blog RPK la pulak hehehe..

ps: Ala ambil ja le. Tak yah minta. Jangan lupa letak sumber sudah. :)

Ala dik Tasik,
Jangan puji lebih2...malu ni hehehe..

Me,
Apa yang giteww? :p

Shirzad bro,
Alahai begitulah bapak2 pembesar kita. Tidak tahulah samada mereka tidak pandang atau terlepas pandang.

Setelah kekayaan dan kekuasaan di tangan, barangkali lupa asal usul sendiri.

Fikir mereka jika anak-anak mereka berkereta mewah dan ke kolej luar negara, anak orang lain pun sama lagaknya.

Kadang2 saya rasa menyampah tengok drama di tivi kita. Tertanya-tanya beberapa ramai orang kita yang bisa begitu kaya dan punya bisnes sana-sani.

Pak Sheikh,
Terima kasih. Segala puji itu untuk Allah swt yang mengilhamkan sesuatu kepada saya. Belajar-belajar aja pak sheikh. Ambillah mana yang mana boleh mendatangkan munafaat.

Kak Sri,
Berdiam-diam tidak boleh. Risau nanti jadi gunung berapi yang separa mati. Tahu-tahu saja meledak laharnya.

Terima kasih.
Lily Abdullah berkata…
Washa,

Kalu dia orang baca, nanti jadi RPK pulak saya ni.

Harap2 ada juga puak juak diaorang yang membaca. :)
AL-BIMA SAKTI berkata…
salam WL;

walaupun setiap pencarian
tidak semestinya berakhir dgn pertemuan
tapi apa yang kita cari
sebenarnya itulah yang akan kita temui.
Cantik!

Ya. Kasihan marhaen.
Canser vs B17 berkata…
WL,

Apa boleh buat, pasrah saja LAH, jimat lah dan mencatu LAH apa yang patut.
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua,

En Johar,
Ya LAH, ikut saja LAH. Rasanya tak terikutLAH. Tapi kena ikut juga LAH.

Purp,
Kita marhaein dik. Angguk-anguk ajaLAH. :)

ps: tengah fikir2. Akak rela mencatu makan, tapi jangan sampai terpotong kabel streamyx. Ni saja tempat lepaskan geram.

Ilham al Bima,
Siapa saudara ya. Takpe yang penting saya suka 'sekehan'
saudara.

T/kasih semua(termasuk yang baca diam-diam)
ckLah @xiiinam berkata…
Semalam..dia potong elaun keraian menteri 10%. Pengikut berita arus perdana kata "tengok tu,menteri2 sanggup berkorban!". Hey,makcik..itu elaun keraian je tau! 10 % saja plak tu. Makcik tau ke elaun-elaun apa lagi yang dia ada?
Dan hari ini...dia umumkan 'langkah jimat cermat' dia!.Bayar gaji 2x sebulan. Gaji pertama..untuk bayar segala bil dan hutang-piutang rumah,kereta,insurans...nak makan tunggu gaji ke dua ye!Bannnyakkkle kau punya jimat cermat!
Ssssshhh,sakkitnya,tanduk nak keluar ni!
Lily Abdullah berkata…
Aduh! kesian kat laki saya(kje gomen dengan pangkat paling kecik).

Kesian kat saya & Coco juga

Alahai!
Anonymous berkata…
marhaen semakin hari menjadi meminta-minta.

ayuh.

kita sama-sama.

sesungguhnya Tuhan maha mendengar.
13may berkata…
saya sokong kakLily!
ckLah @xiiinam berkata…
Bila sang menteri dan setiausahanya
berbuat jahat di bumi ini
begitu juga hakimnya zalim dalam memutuskan.
Celaka.sungguh celaka,dan celakalah
bagi hakim bumi ini
kerana nanti ada hakim langit
yang menghukumnya
(Terjemah dari Buku La Tahzan-Dr 'Aidh al Qarni)
Lily Abdullah berkata…
Cik Lah,

Wah..best la, udah dapat baca "La Tahzan". Saya baru dok ngintai-ngintai nak beli :

Rajawali,
Sokong apa?

May,
Akak bukan calon mana2 parti. hehehe..

Po,
Seharusnya kita minta dari yang paling Atas. JanjiNya tidak pernah mungkir saudara.

Terima kasih.
Unknown berkata…
This is a 1st class poem, honest from the heart, no holds barred, and deep. Bravo. I take my hats off to you.
Naj AB berkata…
Kak WL,

Kagum dengan puisi akak :).
Lily Abdullah berkata…
Cikgu Nazir,
Terima kasih. Puisi dari sekeping hati yang luhur. Sekadar menulis apa yang dirasa. Itu saja yang marhaein mampu. Yang tak dapat buat apa2 walaupun menulis, lagi sedih kan cikgu?

ps; Bila nak datang KL?

Nijibah,
Itulah, layak panggil puisi ke?. Bagi akakitu sekadar luahan hati.

Terima kasih.
Unknown berkata…
Salam Marianie...

Terasa tajamnya...bisa menikan menusk...cerita kau cerita aku...

bagus sungguh sajak luahan hatimu ini...patutnya dihantar ke surat khabar...biar ramai lagi lagi sama melaung-laungkan sajak marhaein ini...

take care sis.
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih Kak Raden.

Cuma kalu hantar ke akhbar nanti tak lulus siarannya gitu :)

Semoga akak juga terus tabah.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam