Langkau ke kandungan utama

Finn ada cerita tersendiri....

Finn ke sekolah biasa. Sekolah orang normal. Bukan sekolah khas. Dari darjah satu sampai tingktan enam atas. Kata abah, Finn tidak cacat. Dia tidak perlu ke sekolah khas. Tidak perlu kenderaan khas. Finn yakin dia tidak cacat. Dia cuma kurang upaya.

Di sekolah, lain jadinya.
Entah apa yang tidak normal tentang Finn. Rakan-rakan mengejek-ngejek Finn. Bermacam gelaran dan label menyakitkan hati. Cikgu-cikgu tidak benarkan Finn buat itu ini. Waktu subject pendidikan jasmani, Finn hanya mampu menjadi penonton. Sewaktu acara sukan diadakan, Finn hanya duduk tepi trek. Menonton juga. Kadangkala dia jadi tukang bancuh air sirap.
Finn bosan.

Finn kepingin bermain basketball. Finn minta izin teman-teman. Atas dasar apa entah, ada teman-teman membenarkan dia masuk dan bermain. Dia berlari ke sana sini. Cuba merampas bola. Malang, teman-teman sepasukan tidak pernah menghulurkan bola. Dia lansung tidak berpeluang menjaringkan gol.

Finn bosan. Sungguh.

Akhirnya dia mengerti. Dirinya tidak diterima. Dia benci sukan. Sampai kini. Sampai kapan pun.

Semenjak hari itu.

Dunianya hanyalah buku-buku dan kamar perpustakaan.

Dalam kelas. Waktu senggang. Cikgu akan minta kanak-kanak lain ke hadapan. Menyanyi. Baca puisi. Atau bercerita. Dan Rose, budak perempuan sombong; digilai ramai budak lelaki itu selalu naik ke pentas. Finn cemburu. Cikgu tidak adil. Balik-balik Rose. Balik-balik Rose. Finn bosan. Finn cemburu. Finn benci. Finn dendam. Menyala-nyala. Mungkin sampai kini. Dendam masih bersisa. Dendam itu disalurkan dengan cara paling bermakna.

Finn buktikan dia tidak cacat. Dia cuma kurang upaya. Pekej kurang upaya tidak menjanjikan Finn apa-apa. Tamat persekolahan, tiada majikan mau menggajinya. Lelaki-lelaki selalu menolak cintanya. Jijik sangatkah dia?

Finn berusaha. Tidak kenal lelah. Dia percaya Tuhan selalu bersifat adil. Sampai kini, Finn masih berusaha......

Nota kaki:
Kredit untuk Petra kerana mengilhamkan saya entri ini

Ulasan

Floyd berkata…
"Dia percaya Tuhan selalu bersifat adil."
Tanpa Nama berkata…
stigma itu masih kuat walau apa dilakukan.. seakan lumrah.. entah bila nak berubah..
bersabar & terus berusaha jela, finn..:)
kak ja berkata…
Kurang upaya atau apa-apa kekurangan andai dilihat dr sudut positif sebenarnya adalah satu anugerah...Allah swt maha mengetahui tahap kemampuan kita dlm menerima ujianNya... Ujian demi memantapkan keimanan..
Petra berkata…
Terima kasih, Maryani.
Pa'chik berkata…
apa bangang la che'gu tu... tak membantu langsung... kena masuk sekolah balik che'gu macam tu...
Ungku Nor berkata…
manusia 'yang mengaku dirinya sempurna' di sekeliling Finn adalah manusia yang buta akal dan hatinya..
Finn belum gagal. Cuma keinginannya [atau kejayaannya] masih tertangguh. Tuhan sedang melihat kesungguhannya.

Tahniah untuk Finn.
Tanpa Nama berkata…
Usaha tangga kejayaan. Jangan lupa doa.
Tanpa Nama berkata…
Finn perlu terus kuat. Jangan berhenti berharap. InsyaAllah, DIA mendengar..
Pu3 berkata…
xda yang sempurna.. semua sama di sisi ALLAH.. bekalkan saja kelebihan di akhirat kelak.. manusia sekarang banyak yang tak bertimbangrasa..

tapi sapa Finn tu ye?
Lily Abdullah berkata…
Salam...

Floyd,
Ya. Finnn yakin benar Tuhan itu maha adil.

'Od,
Stigma macam aphatied. Macam diskrimansi. Macam korupsi. Mana mungkin berkesudahan. Jika dapat diminimakan sudah cukup bermakna. Finn manusia biasa. Ada waktunya, dia putus asa & hilang sabar.

Kak Ungku,
Mereka tidak pernah mengaku sempurna. Tapi Finn mengerti tindak tanduk mereka.

Puan Ja,
Salam kenal. Finn yakin dia istimewa. Cuma ada kalanya dia bingung dengan tindak tanduk manusia sekelilingnya.

Petra,
TQ for everything. Send me your url blog please. Thanks.

Chik,
Zaman Finn bersekolah ada satu lagi Finn. Dia lebih malang dari Finn penulis entri ini. Cikgu sering memukulnya sampai terkencing dalam seluar. Gelaran bodoh,pemalas,dungu adalah santapan harianmya. Sadis!!

Purp,
Finn kekadang rasa berdosa kerana permintaannya amat banyak. Seharusnya dia bersyukur. Dia lebih bernasib baik berbanding Finn yang lagi satu.

Azzam,
Ya. Finn telah berusaha. Kejayaannya masih tertanggguh. Mungkin dia perlukan doa yang berpanjangan.

Adik Ying,
Ada waktu Finn mau berhenti. Tapi perjuangannya belum selesai.

Gadis,
Salam kenal. Finn adalah siapa2 sahaja yang kurang upaya. Finn adalah watak fiktif. Pengalaman Finn adalah pengalaman zaman lampau kak WL.

Terima kasih.
Petra berkata…
Hi Maryani - Petra takde blog la. Tapi kalau Maryani pergi ke sun2surf.com dan klik 'Columnists' kadangkala artikel Petra ada kat situ.
13may berkata…
Moga Finn jgn putus asa...
Pa'chik berkata…
kalau cikgu yang macam tu.. harus diikat kat belakang bas sekolah... mukanya mengadap ekzos...
Lily Abdullah berkata…
Chik,
Ko tahu la cikgu-cikgu zaman Finn. Murid semua kecut perut. Bukan zaman kini...murid ikat cikgu kat belakang bas. Aku nak tulis kisah Finn yang lagi satu tu.

Maymay,
Finn masih belum putus asa. Dia masih kuat. Finn yang lagi satu itu terpaksa jadi babu di rumah saudara sendiri. Dia tiada pilihan.

Petra,
Aiseh ingat u ada blog. Tulislah Petra. Tentang Finn. Tentang wanita2 malang macam Teh. Kamu pernah kerja dengan AWAM. Tentu banyak untuk dikongsi.
Sri Diah berkata…
Kurang upaya membuatkan Finn kena EXTRA Effort. Nak buat macamana, Finn mesti tahu. Sebab Fin bukan orang biasa. Dia orang luar biasa.
Lily Abdullah berkata…
Kak Sri,
Finn ingin jadi orang biasa. Letih menjadi orang luar biasa. Namun sudah begitu takdirnya. Dia perlu terima diri seadanya.
walau siapa pun Finn...sy harap dia tabah menghadapi semua dugaan hidup..thanks akak citer2 akak selalu buat sy rasa bersyukur...sy tak yakin sy mampu tahan kalo tuhan bagi sy ujian seberat tu..
umeboshi berkata…
k.lily... ume doakan moga finn dan rakan2 seperti finn akan tetap tabah m'harungi hidup ini. dan, sentiasa dlm lindungan rahmatNYA.
Tahniah kak WL! Giliran laman ini keluar di Sinar Harian hari ini. :)
Lily Abdullah berkata…
Salam
Oda...kakak ini menulis apa yang terkilan dalam hatinya. Kerana dia tidak pandai berkata-kata macam insan lain. Jika kamu mendapat manafaat dan mengambil iktibar...alhamdulillah.

Ume,
Terima kasih kerana berkunjung lagi. Ya..semoga begitulah hendaknya.

Purp,
Terima kasih atas info itu.
pengkao berkata…
salute sama finn..
umi_e berkata…
Semoga finn terus tabah dan kuat menghadapi liku2 kehidupan...

* terharu membaca n3 ini :(

** coco ~ sama macam nama kucing anak kak e tapi tak lama hayatnya...
umi_e berkata…
Semoga finn terus tabah dan kuat menghadapi liku2 kehidupan...

* terharu membaca n3 ini :(

** coco ~ sama macam nama kucing anak kak e tapi tak lama hayatnya...
umi_e berkata…
Semoga finn terus tabah dan kuat menghadapi liku2 kehidupan...

* terharu membaca n3 ini :(

** coco ~ sama macam nama kucing anak kak e tapi tak lama hayatnya...
umi_e berkata…
Semoga finn terus tabah dan kuat menghadapi liku2 kehidupan...

* terharu membaca n3 ini :(

** coco ~ sama macam nama kucing anak kak e tapi tak lama hayatnya...
Amalina berkata…
Kak Mar, lama amal tak komen tapi selalu je mai. Hope kak Mar n 'abg sayang' sihat2 hendaknya. Amal pun harap semua Finn yg hidup berdikari terus tabah dan memberi pengajaran pada org yang selalu lupa mcm amal nih. Org yg cukup lengkap fizikalnya dan takde kesusahan macam Finn pun selalu mengeluh kalau ada sikit kekurangan. Tapi Finn selalu buatkan amal bersyukur sgt2 dgn apa yg ada. Terima kasih.
Lily Abdullah berkata…
salam
L,
Ya Finn mau salute untuk Fin yang lagi satu.

Kak E,
Salam kenal. Entri ini biasa-biasa saja. Siapa-siapa yang kurang upaya adalah Finn.

Coco. Itu nama kucing saya juga.ada ceritanya dalam posting saya yang lalu.

Amal,
Semoga Amal juga selalu tabah. Macam ibu Finn. Juga ibu Fin yang lagi satu. Bukan mudah menjaga anak-anak istimewa. Moga Fiqah juga akan tabah.

Terima kasih pembaca diam dan peninggal jejak.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam