Langkau ke kandungan utama

Aku,Khadijah dan tren

Tahun sembilan belas lapan puluh lapan.

Aku di tingkatan enam rendah. Khadijah di tingkatan lima. SMGC. Kami kumpul wang belanja sekolah. Pemberian allahyarham abah. Kami menaiki bas MARA. Yang berdinding karat. Penumpangnya hanya beberapa kerat. Dari rumah ke pekan Sungai Petani. Tujuannya tiada lain. Kepingin menaiki kenderaan bergerabak milik KTMB. Destinasi kami pekan Alor Setar. Di situ ada Hankyu Jaya. Dan kami dapat tonton filem Ogy dan Eman. Di situ ada franchise KFC. Nostalgia sungguh.

Dan Kak Cik Kamariah, sepupu kami. Pertama kali mendapat gaji. Memperkenalkan kami makanan tersebut. Enak. Kerana kami jarang sekali menjamah ayam. Yang ada dalam menu harian keluarga, kerap kali kangkung goreng belacan dan ikan. Kangkung yang emak pungut dalam sungai belakang rumah. Nostalgia sungguh.

Dalam keretapi (waktu itu belum dipanggil komuter),kami bergurau-gurau dan usik-mengusik. Mesra sungguh. Dan. Khadijah akan bulatkan matanya kepada sesiapa sahaja yang asyik merenung aku. Khadijah. Dulu-dulu sampai kini. Tidak pernah berubah. Dia akan garang dan sanggup mengganasi sesiapa saja dengan lidahnya jika ada yang cuba menghinaku. Khadijah juga dengan lidah lasernya, tanpa silu-silu akan menegur jika aku tersalah langkah. Itulah Khadijah. Aku sayang dia. Dia adalah cerminku.
Aii, kak tudung kamu semakin singkat dan kecil” Khadijah dalam dailek utara pekat. Kali terakhir aku bertemunya Aidilfitri yang lalu. Berdiam-diam sahajalah aku. Aku tetap sayang dia dan dia adalah cerminku.

Tadi. Tahun dua ribu lapan
Aku naiki tren komuter itu lagi. Di hadapanku, tiga gadis berbaju sempit rambut keperangan warga asing duduk enak-enak di situ. Berdiri bersamaku seorang wanita muda sedang mengendung insan kecil di dalam rahimnya. Gadis-gadis berbaju sempit itu memandangku. Sambil senyum-senyum dan bisik-bisik dan ketawa-ketawa. Darahku mendidih kepanasan. Tetapi seperti dulu, berdiam-diam sahajalah aku. Aku teringat akan Khadijah. Jika dia ada, pasti gadis-gadis berbaju sempit itu dimakinya.
Alahai Khadijah. Aku amat merindui kamu.
Nota kaki:
Rumah ini akan bersensawang selama beberapa hari.

Ulasan

pHu YinG berkata…
1988? Adik Ying baru 3 tahun. Masih berpangkat anak tunggal lagi.
Itulah sebaiknya sod ba ro. Kalau tiada kata-kata yang lebih baik utnuk diucapkan, berdiam diri itu lebih baik..

:)

1988 saya di mana agaknya ek?
chen berkata…
1988 saya baru umur satu. hahahaha.

sememangnya banyak dari generasi saya yang kurang ajar, kak mariannie (nama betul kan? :P). biarlah, pasti dilaknat satu hari nanti. seperti si samy vellu yang berambut tiruan tu. :D
sheikh teluk intan berkata…
Salam Puan Waterlily,

Sekadar berehat melepaskan penat lelah dan mencari ketenangan membaca entry puan yang indah.

Salam.
Sastri berkata…
hmmm... generasi baru memang berbeza...
Oda-オダ berkata…
emm...sy pun kadang2 sakit mata n hati bila tgk perangai anak2 zaman sekarang...tu yg dengan kawan2...yg dengan boyfren tu..xde perasaan malu langsung kadang...
فيصل berkata…
sabar sahaja.. zaman sekarang kena banyak bersabar..1988.. umur saya 4 tahun dan saya suka bermain longkang.. ibu pula di seremban bekerja.. tinggal dengan ayah sahaja.. nostalgia sungguh
A t i Q a h berkata…
Salam singgah,
saya selalu baca diam-diam aja. tiba-tiba hari jadi rajin nak tinggal jejak.
my first word seeing this blog, gosh, this waterlily is gorgeous! selamat maju jaya untuk akak =)
luccadjiwa berkata…
1988... huh.. saya baru je 6 tahun... baru mula kenal erti pembelajaran formal...
Azzam Supardi berkata…
Garangnya bodyguard heh!
mama ranggie berkata…
mana die sekarang ye kak?
Jie berkata…
1988> kakjie dah merentau ke kl selepas sekolah di SMKJ Sg Petani...nostalgia betul kisah bas MARA itu..kakjie teringat stesen bas sg petani yang sungainya mengalir lesu warna hitam?

erk..kat situlah tempat berkumpul tiap kali outing masa kat asrama...makan ABC. itu saya yg mampu!
pengkau berkata…
ish..
sabar je la kak..
baby dlm perut tu bila lahir mesti kuat..
cakapaje berkata…
Salam WL,

Semoga WL sekeluarga sihat belaka.

Musim kempen dah seminggu habis, bila nak buat entri baru? :)
waterlily berkata…
Salam
Adik Ying,
Tiga tahun ek? Kak Lily dah pandai main2 mata hehehe :D

Purp,
Kamu darjah 2 ek?:D

Chen,
Haha..TQ. Akhirnya tinggalkan jejak.
pst..camne pronounce nama kamu. Are u Malay? Ape-ape je lah. :D

Dik Sas,
Ya berbeza sekali. Anak-anak sekarang tak boleh hidup tanpa ayam hehehe.

Oda,
Zaman mana2 pun sama. Ada yang kurang ajar ada yang tidak. Sikap manusia di mana2 walau apa zaman pun tak banyak berubah dik.

Faisal,
Zaman anak-anak memang indah untuk dikenang.

Atiqah,
Terima kasih. Membaca dalam senyap pun Kak Lily gembira.

Palie,
Kamu beruntung dapat ke tadika. Zaman Kak Lily terus ke darjah satu:D.

MR,
Khadijah macam wanita-wanita. Sibuk melayan karenah suami dan anak-anak.

Azzam,
Bodygound itu tak berbayar. Dia garang kerana sayang.

En N,
Water ini telah mencuba untuk sentiasa sejuk,dingin dan sabar. Kalau tidak sudah lama dia mati sakit jantung hahaha.

kak Jie,
Sudah lama tidak naik bas MARA. Sungai itu entahlah..mungkin bertambah pekat dan lesu seiring usianya.

Abg L,
Ya..anak-anak zaman ini seharusnya lebih kuat. Banyak dugaan menanti. Dari tadika hingga ke universiti.

Shah,
Kontang idea. Nani-nantilah.
pst..tag belum dijawab. Maafkan saya. :D

Pak Shiekh,
Terima kasihlah kerana sentiasa menjadi pembaca entri-entri saya. Apalah sangat tulisan-tulisan saya itu. Kepada Allah swt.jua saya kembalikan pujian itu.

Salam dan terima kasih.
Pa'chik berkata…
lapan lapan, aku baru amek yupiesar...

dah lama takde kempen budi bahasa lam tibi... sibuk ngan kempen ini bukan budaya kita... dan tunjuk gambar orang meskin...
waterlily berkata…
lapan-lapan Upsr yer chik,
Jika macam tu, aku kakakmu dan engko pakchikku hahaha..

Tak payah kempen la,buang karan jer. Jika kita menghayati ajaran agama,kempen-kempen sebegini adalah amat tidak perlu.
chen berkata…
Hahaha, memang dah biasa nyorok sambil baca. :P chen tu short for cheneille, jadi pronounced as shen. i'm not malay, i'm malaysian. :D kira family jugak lah kan?

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…