Langkau ke kandungan utama

Fin yang lagi satu...

Fin yang lagi satu.

Fin. Sewaktu di dalam kelas. Rose yang sombong sering membulinya. “Fin senget! Fin senget!!” Jerit Rose sambil bertepuk tangan. Jeritan Rose, disahut-sahut. Budak-budak lelaki bertepuk tangan. Bersorak sakan. Macam ada pesta. Setiap kali Fin berjalan, itulah jeritan Rose. Fin sengih. Tidak marah lansung. Lurus bendul. Macam Saad dan Kasim.

Alahai zaman anak-anak.

“Apalah yang anak-anak tahu.” Ayat-ayat biasa orang tua. Membela kanak-kanak yang berbuat salah dan nakal.

Salah sikit. Tidak mengapa. Nakal saja. Bukan jahat. Sedikit-sedikit. Membesar jadi manusia sombong dan tidak peduli. Macam kebanyakan yang selalu Finn temui atas LRT.

Alahai.

“Fin senget! Fin senget!!”.Jerit Rose. Sambil melompat-lompat macam ungka. Jeritan Rose, disahut-sahut. Budak-budak lelaki bertepuk tangan. Bersorak sakan. Macam ada pesta. Setiap kali Fin berjalan, itulah jeritan Rose. Fin sengih. Tidak marah lansung. Lurus bendul. Macam Saad dan Kasim.


Alahai.

“Bodoh! Pemalas!!”Ayat gampang yang selalu keluar dari mulut cikgu garang itu. “Papp!!” Diikuti libasan rotan di tapak tangan Fin. Fin menangis kesakitan. Fin terkencing dalam seluar. Finn yang lagi satu rasa belas. Tapi dia juga takut untuk membela. Rose dan budak-budak lain jadi tukang sorak. Kecuali Finn dan Awis.

Awis anak imam Haji Ismail. Awis yang baik hati. Satu-satunya budak lelaki yang tidak pernah mengejek-ngejek Finn dan Fin yang lagi satu. Tahun sembilan belas tujuh puluh tujuh. Cikgu garang itu mana pernah mendengar perkataan Cerebral Palsy atau learning disabilities. Tapi sekurang-kurangnya dia patut bertimbang rasa. Berbelas kasihan sesama manusia.

Alahai.

“Makcik, tadi Fin pegang anjing” Finn beritahu Makcik Salmah. Emak Fin. “Mana ada, itu kucing laaa”. Fin. Umur tujuh tahun. Antara anjing dan kucing tidak tahu hendak dibeza. Finn nampak Makcik Salmah kesat air mata. Sambil dibawa Fin ke tepian sungai. Samak najis berat itu. Sungai itu masih ada. Alirannya lesu. Menjadi saksi kasih seorang ibu dibawa ke syurga.

Kini Makcik Salmah telah tiada. Pakcik Samad juga. Fin tinggal rumah saudaranya. Menjadi babu saudara sendiri. Fin terima. Dia tiada pilihan.

Fin dan Finn punya banyak persamaan. Sayang, Fin tidak punya banyak pilihan.

Barangkali.

Di sana nanti; negeri kekal abadi. Fin mungkin lebih bertuah dari Finn ini.


Ulasan

Amalina berkata…
Ada betulnya tulisan kak Mar. Baru sy perasan, budak2 kecik kalau tak diperbetulkan kenakalannya, dah besar takut terlambat nak diperbetulkan, sbb dah sebati perangai tu. Kecik2 mmgla nampak comel.
Tak tidur lagi tgh2 mlm ni kak? :D. Study ye? Exam nak dekat, selamat menempuh xm. Semoga tenang2 bila menjawab soalan.
Pa'chik berkata…
rose tu ape cerita sekarang?

jadik bini jkkk kot... hahah...
Azzam Supardi berkata…
Melentur buluh dari rebungnya.
Ungku Nor berkata…
takyah pikir lagi la Maria.
suma tu buat kita rasa down je nanti.

sekarang masa untuk improvekan diri dan hidup kita, yeeehhhaaaa!!!
wanshana berkata…
Salams Waterlily,

First time commenting, tapi bukan first time di sini :)

I like your style of writing - terus, telus, tulus, mudah...tapi tinggi siratannya.

Teruskan ;)
so'od berkata…
membaca dgn rasa berat.. sbb ada keinginan membantu.. malangnya tiada pd waktu itu.. :)
A t i Q a h berkata…
Belas betul pada Fin yang lagi satu itu. Apa ya nasib dia sekarang.
Rupanya, diskriminasi itu sentiasa wujud.

duh.
waterlily berkata…
Salams,

Si Kachak,
Ya...dskriminasi tidak pernah padam. Tanggongjawab kita cuma meminimakannya.

Tiqah,
Fin yang lagi satu cuma mampu jadi surirumah yang bukan suri.

Od,
Jika tiada waktu itu, sekaranglah waktunya membantu. Bantulah apa yang termampu.

Wansha,
Thanks for dropping by and being a silent reader before. :)
Saya akan terus menulis selagi terdaya.

Kak Ungku,
Kekadang mengingati sejarah adalah perlu. Agar kita lebih berusaha.

Jika rasa down, saya akan ke rumah akak...memain dengan budak comel kaler kuning tuuu..yeehaaaa!!! :D

ps: Bila kita mau deting ni? Pesta Buku ni boleh ke? PWTC ek?:D

Azzam,
Buluh perlu dilentur dari rebungnya.

ps: semalam perempuan ini bermimpi bertemu Siti Rubiah.(ada gambarannya:D)

Chik,
Mana ko tau? Ko ada magis ek? Rose sekarang jadi cikgu dengar kata kawan-kawan lama. Dah dua kali menjanda. Ko bekenan ke? heheehe...

Amal,
Ya. Anak-anak zaman kecil harus diasuh menghormati dan mengasihani yang lemah. Harus terap nilai2 mulia agama. Macam Awis. Sekarang dia jadi ustaz tahfiz.

ps: exam? Huuawa 11-14 March. Separuh ready :D

Terima kasih.
waterlily berkata…
Err..Amal salah tarikh bulan April

ps: begitulah kakak ini- asyik terlupa, terlambat dan tertinggal :D
azie berkata…
patutnya kecik2 lagi budak2 tu diajar menghormati perasaan orang lain
Pa'chik berkata…
hakhak... orang jahat cam tu jadik che'gu... sian anak sekolah jaman sekarang.. huhuhu...
Buat Fin dan Finn,

Hidup ini satu perjuangan.

:)
Kerp (Ph.D) berkata…
kalo ada cikgu camtu sekrang ni, aku yang takleh gerak kaki ni silap2 boleh flying-kick mamat tu. muka dia mesti cam donkey-kong.
waterlily berkata…
Danny,
Guru harus dihormati tidak kira bagaimanapun dia. Kita ada cara paling terhormat di zaman ini. Kita SAMAN hehehe. Tapi akak rasa bebudak zaman ini ditakuti oleh para guru.

Purp,
Ya semoga Fin dan Finn tabah dan sabar. Cuma ada waktunya, mereka letih amat dengan kerenah dunia dan manusia sekeliling.

Chik,
Mungkin dia juga berubah. Zaman anak-anak nakal menajdi dewasa yang baik. Dengar kata, dia selalu bertanya pasal Finn melalui Khadijah :) Entah! Mungkin dia malu berhadapan dengan Finn agaknya.

Azie,
Ya...nilai menghormati perasaan orang lain perlu diasuh sedari awal. Salam kenal

Terima kasih pembaca diam dan peninggal jejak.
فيصل berkata…
aduhai.. sedihnya.. aku membaca karya ini... cikgu itu aku akan 'langgar' sahaja seperti katak.. sekarang aku langgar sesiapa yang tidak hormat OKU.. diorang tidak tahu.. aku ada adik OKU juga
Ungku Nor berkata…
pesta buku?
setkan tarikh dan masa. akak dtg naik lrt jmpa awk.
kita deting dengan buku puas-puaasss!!!
shahril aley berkata…
wah kak lily sedih sungguh baca kisah kanak2 ini. saya hampir mengalirkan air mata membaca sambil menghayati patah perkataan ynag menceritakan kisah susahnya kehidupan Fin.
waterlily berkata…
Salam,
Faizal,
Kanak-kanak kurang upaya jika sedari kecil gagal dipupuk keyakinan diri,mungkin bergelap seumur usianya.

ps: Jaga adik sebaik mungkin. Dia amanah Tuhan.

Rudy,
Salam Kenal. Terima kasih kerana bertandang ke rumah kak Lily. Sudikan datang lagi :)

Saharil,
Itulah segelintir kisah yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak kurang upaya. Mungkin Allah jua yang tahu ada hikmah di setiap kejadian. Berat mata memandang, bahu ini juga tergalas kadang kala.

Kak Ungku,
PWTC ek? 5 April free dak? Nanti sms lain ye.

ps: Teringin nak mendownload bebudak kaler kuning tu. Alah..cik abg komplen PC slow plak ish..ish..geram. :D

Terima kasih
Ungku Nor berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ungku Nor berkata…
5 april?
okeh, set.

rindu nak jumpa awak lagi hehe
tokasid berkata…
Salam Mariani:

Saya,Mat Salo,Dhah cakapaje dan Kerp akan membuat gathering informal dgn beberapa blggers dan ingin menjemput Mariani(dan suami) bersama utk jalinan silaratulrahim.

Tarikh dan masa: 5 April 2008 Sabtu jam 1.00 thghari.
Tempat : KAYU NASI KANDAR( bangunan Tesco) bersebelahan the Curve dan IKEA Damansara Mutiara.

Kalau ada kemusykilan hubungi saya di 0176283123.

Wassalam

tokasid melaka.
waterlily berkata…
Salam
Doc TA
Terima kasih atas undangan. Saya telah merancang sesuatu yang lain dan janji perlu ditepati. Insyallah, jika ada sumur di ladang...(lama tak berpantun doc :D)

Kak Ungku,
Isyallah jadi ek.
Ungku Nor berkata…
Maria, mekasih banyak..insyaAllah kita bersua besok :)

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…