Langkau ke kandungan utama

Ayat-ayat cinta yang melupus makna....

Hari itu. Tanggal sembilan March. Teh tiba-tiba muncul di halaman rumah emak. Khadijah mempelawanya ke dalam. Teh enggan. “Di luar sajalah kak Jah”. Teh. Macam Khadijah. Dialek utara pekat. Macam aku juga,bila balik utara. Di sini, lidahku sering tergeliat, bila bertutur dialek utara. Jiran-jiranku, majoriti Kelantanese. Lelakiku pun satu, setiap kali aku bercakap dialek utara; aku terpaksa bercakap berulang kali. Ayat-ayat cinta yang sama. Dari ayat-ayat cinta mungkin bertukar ayat-ayat ganas berbau pergaduhan. Sedangkan lidah lagi tergigigit. Alahai.

Sebenarnya aku mau bercerita pasal Teh. Bukan pasal aku. Bukan pasal Khadijah. Cerita tentang ayat-ayat cinta yang bertukar menjadi ayat-ayat dusta. Tentang lidah yang tergigit bertukar kepada keganasan rumahtangga.

Teh manis, berkulit cerah,tinggi lampai. Giginya putih tersusun rapi. Manis bila ketawa. Siapa kata orang cantik akan selalu bernasib baik. Tidak. Hari itu Teh datang, aku terkejut besar. “Teh ke tu? Beza sungguh” Aku berkata dalam hati. Teh. Senyumnya hambar. Ketawanya tidak seceria dulu.

“Teh masuk wad dua minggu lalu” Cerita Khadijah sejurus Teh pulang. “Sakit apa?” Aku ingin tahu. “ Ala, apa lagi laki dia belasah la” .Alahai Teh. Kasihannya kamu. “Report tak?” Aku ingin tahu lanjut. “ Report apa...Teh nafikan, walaupun doktor tanya berulang kali.” Khadijah.

Alahai, Teh koma dua minggu di wad. Suaminya pukul di kepala dengan topi keledar. Kesalahan Teh bukan besar sangat. Cuma terlambat membuka pintu. Sebelum ini, ada insiden yang sama berlaku. Dia dibelasah dengan tali pinggang hingga berdarah kulit belakang. Teh bertahan. Konon demi cinta. Konon demi anak-anak. Konon ingin menjaga maruah suami. Bermaruahkah lelaki itu?

Hari itu. Sebelah petangnya. Aku terserempak dengan dia. Suami Teh. Bermanis-manis muka denganku. Berbahasa sungguh. Tiba-tiba, aku terbayangkan bagaimana dia membelasah Teh. Aku bayangkan penderitaan yang Teh tanggung. Tiba-tiba aku rasa jijik. Aku loya. Aku rasa mau ludah mukanya.

Teh.
Sedarlah. Sayangkan diri kamu dulu. Ayat-ayat cinta sudah melupus makna. Pandanglah ke hadapan. Demi anak-anak dan dirimu. Kau harus keluar dari kepompong ketakutan. Hentikan segala alasan. Ketahuilah.....ayat-ayat cinta kamu telah hilang makna. Aku bimbang suatu hari nanti lelaki itu akan membunuh kamu.
.

Ulasan

Ungku Nor berkata…
Kita sering buta dibuai rasa cinta..huhuhu
Tanpa Nama berkata…
Simpati.
Walaupun saya ini seorang yang pemalu tetapi bila berhadapan dengan lelaki seperti itu, hilang kepemaluan saya. Saya cukup pantang kalau lelaki beraksi ganas dengan perempuan, apatah lagi bini sendiri. Sungguh.
Floyd berkata…
lelaki itu yang buta.

Buta hatinya tertutup erat semua perasaan nya.
Oda-オダ berkata…
emm sakitnya hati saya...apa kesalahan pun xpayah la sampai nak pukul..ni pukul smp koma...xde hati dan perasaan betull...
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Kak Ungku,
Kita adalah antara wanita yang bernasib baik(untuk masa sekarang). Di masa hadapan belum tentu, kerana hari masih panjang; Mudah-mudah hujan tidak turun di tengahari.

Azzam,
Simpati. Ya. Hanya mampu melihat, apatah lagi tuan punya tubuh sendiri rela dalam terpaksa atas situasi yang tidak kita fahami. Mungkin kita orang luar hanya mampu menonton.

Purp,
Kisah ini ada persamaan dengan yang pernah kamu tulis kan? Tentu kamu lebih faham situasinya.

Floyd,
Ya. Bukan saja matanya buta. Dia lelaki sakit jiwa. Nampak sihat,tetapi jiwa sakit.

Oda,
Pngalaman orang lain harus jadi panduan. Alam perkahwinan jauh berbeza dengan alam percintaan. Kita hilang waras buat seketika. Itulah Teh; waktu bercinta dulu lelaki itu sudah mula tunjuk belang. Tapi Teh sangat yakin,semua akan berubah. Ya...memang berubah.....

Terima kasih pembaca senyap dan peninggal jejak
A t i Q a h berkata…
ramai isteri yang jadi mangsa si suami menggunakan alasan demi anak-anak sebagai alasan. akak pujuk la teh tu. biar si suami tu dapat balasan yg setimpal. huh
Sastri berkata…
hmmm... kalau saya, rasanya takde kesabaran... sebab minima kena pukul sedemikian rupa... memang melampau...
Pa'chik berkata…
ikat je laki dia tu kat trapik lait.. tulis besor-besor... 'Lelaki ini suka pukul bini!!'
Lily Abdullah berkata…
Salam.
Chik...jika aku penguatkuasa undang-undang lebih dari tu aku buat. Marah sungguh aku laki pukul bini.

Sas,
Teh ada alasan tersendiri kenapa dia terpaksa bersabar. Salah satunya, dia tiada pendapatan & suri sepenuh masa.

Tiqah,
Cerita Teh hanya diketahui kami bertiga. Kak WL, Khadijah dan dia. Ibubapanya sendiri tidak tahu. Teh anak angkat. Ibubapa kandung tidak diketahui asal-usulnya. Kami telah cuba memujuk Teh,setakat ini belum berhasil.

MayMay,
Ambillah pengajaran. Jangan lakukan kesalahan yang sama bila berkeluarga nanti.
Pu3 berkata…
jauhilah aku dari lelaki sebegini ganas.. kadang-kadang benda berlaku tanpa diduga.. dah terlampau sayang, sanggup menghambakan diri.. huhu.. kesiannya teh.. moga dia temui kebahagiaan.. taat kat suami pun janganlah sampai jadi hamba keganasan rumahtangga..
Lily Abdullah berkata…
Gadis,
Sama-samalah kita doakan Teh bangun dari mimpinya dan diberikan kekuatan untuk mengubah nasib malangnya. Amin.
Tanpa Nama berkata…
Salam WL,
Banyak kali juga nak komen tapi tak jadi sebab bila hati sakit baca cerita ni mulalah nak komen yang pedas2.Bila la Malaysia nak buat satu guide line(spt rehab center) agar jantan2 macam tu boleh disedarkan.Perempuan bukannya macam anak kuching boleh di sepak terajang.Kalau anak kuching sekalipun BERDOSA kalau dianiaya.Siapa yang boleh AJAR dia supaya hurmat sikit kaum yg lemah terutama isteri dia sendiri yang bila mau di gaulinya sakan.Dan bagi kaum wanita pula..belajar2 lah berdikari dan menghargai diri..buat plan A ,tak boleh plan A buat plan B.orang lain boleh tolong kalau diri badan sendiri mahu ditolong dan sebaliknya sebab dalam keadaan begini (tanpa pekerjaan dan ada anak2) bertindak sendiri memang SUKAR.Tetapi setiap manusia ada kekuatannya sendiri termasuk lah berSABAR dan berdoa . Mudah2an Teh ada kekuatan tersebut.Naha.
Lily Abdullah berkata…
Naha,

Saya tidak tahu mau cakap apa. Jika Teh mau buka mulutnya, lama sudah lelaki itu ke penjara. Entahlah...kes2 sebegini semakin meningkat. Takut jadinya.

Ya. Mudah2an Teh ada kekuatan untuk mengubah nasibnya.
Tanpa Nama berkata…
lelaki cm tu tak layak ada anugerah bergelar isteri dlm hidup dia. lelaki dayus , tak ada maruah dan akal fikiran. saya benci lelaki mcm tu!
Lily Abdullah berkata…
Vee,
Siapalah yang tidak benci. Malang Teh belum punya kekuatan untuk mengubah nasibnya. Sama-sama kita doakan mudah-mudahan Teh dan wanita senasibnya cepat2 terjaga dari mimpi yang tak sudah.
Tanpa Nama berkata…
Alahai nasib bdn. Ramai perempuan takut menjadi suri kerana perangai lelaki akhir zaman yg tak boleh pakai. Lelaki makin menjadi2. Lepas tangan, naik kaki dan tangan. Kalau lelaki yg boleh pakai, ramai sudi menjadi suri dan beri tumpuan pd anak2 terutamanya bab didikan. Bila dah semua keluar rumah kerana takut menjadi suri, anak2 yg 'terbiar' akan membesar menjadi lelaki2 akhir zaman yg lepas tangan, naik kaki tangan. Inilah kehidupan sekarang. Kesian.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam