Pagi tadi. Sang permaisuri menerima gajinya untuk bulan ini. Enam ratus empat puluh lapan ringgit tunai. Dan dia gembira tidak terkata. Itulah gaji termaksima yang pernah diperolehinya. Selama lebih kurang tiga tahun menjadi kuli tanpa KWSP. Dia gembira amat. Terasa macam orang kena nombor. Atau apa-apa jenis perjudian halal dalam undang-undang buatan manusia tetapi tetap haram di sisi syariat Pencipta.
Sang permaisuri rasa mau melompat. Nilai enam ratus lebih terasa macam enam ribu lebih. Lalu dia mengajak lelakinya ke stor buku bersebelahan Planet Pena. DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka namanya. Lelakinya. Berpusing-pusing tiga empat kali baru menemui jalan masuk ke stor buku tersebut. Tetapi kerana titah perintah sang permaisuri, dia tidak berani merungut-rungut. Apatah lagi setelah sang permaisuri merasuahnya dengan ayam goreng KFC.
Dia setia. Menunggu permaisurinya memilih buku rujukan. Dia faham amat. Sang permaisurinya jika memasuki stor buku, pasti lamaaaaaaaa. Dari kedai buku dibuka hingga ditutup dan kemudian dibuka semula barangkali. Dia bosan. Kadangkala sampai terlelap, dia menanti permaisuri memilih buku. Dia tahu, jika mampu, satu toko akan dibeli oleh permaisurinya. Kerana sayang, berdiam-diam sahajalah dia. (baca: dia sudah bosan bertengkaran mungkin).
Permaisurinya gilakan buku. Dan buku lebih murah dari perabot atau barang kemas. Jika permaisurinya tergila-gilakan perabot atau barangan kemas pastilah nafasnya lebih sesak. Lagi parah dia. Silap-silap dia terhutang dengan along.

Lamaaaaa. Dia menunggu. Akhirnya sang permaisuri pun keluar." Dapat yang dicari?" Dia bertanya. "Dapat satu dan satu lagi bonus". Permaisurinya tersenyum. "Buku apa?". Dia. "Ayah Kita Bos". Senyuman sang permaisuri bertambah melebar sambil menunjukkan blook itu. "Cheh!!!". Dia.
Ulasan
Jealous nya aku.
Jumpa di sana...di sana...di sana.....
:D
Jangan anggap rugi membeli buku - ada harta karun di dalamnya. Nanti jumpa di PWTC.
bakungair, jangan beli saja... baca sampai abes... hehe...
boleh di jadikan buku jugak.
yee betul tu...suka buku lebihh baik dari suka barang kemas...huhuhu
saya pun suka kalau kena rasuah ngan ayam goreng KFC :D
A yang tidak dikenali,
What's love? Jangan jelous..jika dicari pasti ditemui. Selamat mencari cinta. :)
Purp,
Tolong jangan pakai topeng kat sana ye:D
Dik Sas
Sama ke? Hmmm..bila mau jadi permaisuri?:D
Najib,
Satu lagi belum siap. Begitu-begitulah kakak ini di setiap semester. :D
Kak Sri,
Lebih berharga dari harta karun.:)
Chik,
Baca yang nak buat rujukan dulu. Yang bonus tu belum. Tunggu 8hb. naik bas balik kedah nanti baca.
Abg L,
Belum baca dear...nak tau best ka tak best ka, beli sendiri & baca sendiri. Akak tidak pandai rebiu.
Kidz,
Salam kenal ek.
Selalu datang si dolphin kecik tak tinggalkan jejak. Terima kasih.
Faisal(bukan yang T tu kan hehehe)
Tak leh rebiu lagi sebab belum baca :D
abg Kassim,
Best sangat ke tulisan saya ni. Terima kasih. Tak terfikir lagi nak buat buku. Kurang ilmu.
Purple cat,
pasal rasuah ayam KFC tu ke?:D
Oda san,
Barang kemas pun bagus juga. Buat gadaian waktu sesak(dia kata):D
May,
Rasuah namanya. Ape2 pun awak suka kan.kan :D
Mommy Lily,
Salam kenal. Dia lelaki sang permaisuri dah pergi rumah awak tadi :D.
Kak Jie,
Sang permaisuri tak ada Maybank2u..Lelakinya juga...kut tak parah lelaki dia:D
En Azzam S,
Salam kenal heh!
Terima kasih
mcm bace nocel la entry akak ni,
hehehe..
btw salam kenal
:D
Arsaili,
Yup...betul. Kena mencuri walaupn sedikit waktu.
Meen,
Samalah kita. Hari ini kak Lily beli lagi - buku FT(bukan yang buka baju tu.) FT novelis dengan judul Perempuan Seeorang POlitikus Melayu. Menarik dibaca musim pilihanraya.:))
Shahril,
Terima kasih kerana tinggalkan jejak. Tidak mengapa - minat manusia memang berbeza. Janji kita gembira,bermanafaat dan tidak menyusahkan sesiapa.:)
Nanonano,
Ye ke? Terima kasih. Ini cuma ceritot.(cerita kontot). Belajar-belajar secara tidak formal. Tulis apa2 yang terasa dan terpendam dalam hati. Salam kenal
Amiene,
Salam kenal sekali lagi. Terima kasih sudi menjengah ke sini. Sudilah kiranya menjadi pengulas blog saya yang setahun jatuh tak sampai ini.
Faisal(hmm..Faisal juga ye...)
Gaji pertama saya? Entah tak ingat beli apa..mungkin buku rujukan kut?
Salam kenal.
Kerpie bro,
Untuk makluman, sang permaisuri bukan selalu-selalu mendapat sebanyak itu. Itulah pertama kalinya. Di hujung tahun dia lansung tak begaji. Hanya mengharapkan wang pekerja ehsan JKM semata. Permaisuri pemegang kad pengenalan Malaysia dan kad JKM berwarna oren. :D
ps: info untuk semua
1. HIJAU: kurang anggota/ketidakupayaan anggota.
2. OREN: cerebral palsy
3. MERAH : Mentally disability.
....yang lain2 entahlah...:D
ELAUN PEKERJA EHSAN ya? Bukan EPC(Eluan pekerja cacat). Bila tukar?
Purple Cat,
ESP???hahahaha..EPF pun saya tak ada tau.hu..hu..hu.
Jumpa Naga...terus jatuh cinta pandang pertama hehehe. Walau pertemuan agak terlewat.
pesanan penaja: JANGAN MAIN CINTA JIKA SUDAH BERPUNYA :))
Single and available ek? Silalah bermain2 mata dengan Naga bermaskara tebal :D.
Bang,
Ayah Kita Bos" kena beli lain. Anak saudara saya merayu-rayu,minta dihadiahkan padanya..hisss..hiss..serba salah sang sang permaisuri.
ps: Dia(anak kepada Khadijah) sedang sibuk melobi ayahnya supaya segera disambungkan kabel streamyx ke rumah.
pst..pst..hebat uncle Naga.Kanak-kanak bawah umur pun boleh jatuh cinta padanya :D