Langkau ke kandungan utama

Dia, sang permaisuri dan buku

Pagi tadi. Sang permaisuri menerima gajinya untuk bulan ini. Enam ratus empat puluh lapan ringgit tunai. Dan dia gembira tidak terkata. Itulah gaji termaksima yang pernah diperolehinya. Selama lebih kurang tiga tahun menjadi kuli tanpa KWSP. Dia gembira amat. Terasa macam orang kena nombor. Atau apa-apa jenis perjudian halal dalam undang-undang buatan manusia tetapi tetap haram di sisi syariat Pencipta.

Sang permaisuri rasa mau melompat. Nilai enam ratus lebih terasa macam enam ribu lebih. Lalu dia mengajak lelakinya ke stor buku bersebelahan Planet Pena. DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka namanya. Lelakinya. Berpusing-pusing tiga empat kali baru menemui jalan masuk ke stor buku tersebut. Tetapi kerana titah perintah sang permaisuri, dia tidak berani merungut-rungut. Apatah lagi setelah sang permaisuri merasuahnya dengan ayam goreng KFC.

Dia setia. Menunggu permaisurinya memilih buku rujukan. Dia faham amat. Sang permaisurinya jika memasuki stor buku, pasti lamaaaaaaaa. Dari kedai buku dibuka hingga ditutup dan kemudian dibuka semula barangkali. Dia bosan. Kadangkala sampai terlelap, dia menanti permaisuri memilih buku. Dia tahu, jika mampu, satu toko akan dibeli oleh permaisurinya. Kerana sayang, berdiam-diam sahajalah dia. (baca: dia sudah bosan bertengkaran mungkin).

Permaisurinya gilakan buku. Dan buku lebih murah dari perabot atau barang kemas. Jika permaisurinya tergila-gilakan perabot atau barangan kemas pastilah nafasnya lebih sesak. Lagi parah dia. Silap-silap dia terhutang dengan along.
Lamaaaaa. Dia menunggu. Akhirnya sang permaisuri pun keluar." Dapat yang dicari?" Dia bertanya. "Dapat satu dan satu lagi bonus". Permaisurinya tersenyum. "Buku apa?". Dia. "Ayah Kita Bos". Senyuman sang permaisuri bertambah melebar sambil menunjukkan blook itu. "Cheh!!!". Dia.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
This is love.

Jealous nya aku.
Jangan lupa ke Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, April depan ya...


Jumpa di sana...di sana...di sana.....

:D
Sastri berkata…
ah, permaisuri itu sama karakter dengan diri ini... menggilai buku dan asyik membeli sehingga tak sempat pun nak membaca yang dibeli, dah membeli lagi... :D
Zuhdi Najib berkata…
jangan lupa baca modul dan buat assignment, wa ha ha.
Sri Diah berkata…
Dik;
Jangan anggap rugi membeli buku - ada harta karun di dalamnya. Nanti jumpa di PWTC.
Pa'chik berkata…
kaksri, harta itu ahmad albab yang punyaaaaa... ahmad albab yang punyaaa... ekekek...

bakungair, jangan beli saja... baca sampai abes... hehe...
pengkao berkata…
best x ayah kita bos?
DrAklinaRamli berkata…
mmm... tmpt kte pun ade pesta buku tp xsemeriah kt malaysia laa...huhu
فيصل berkata…
ingin juga aku membeli.. tapi keadaan masa dimana aku tidak dapat meluangkan masa ke kedai buku.. mungkin aku akan beli ketika masa mengizinkan.. bagi review tentang buku itu..
Kassim Selamat berkata…
saya suka gaya awak menulis.

boleh di jadikan buku jugak.
The Purple Cat berkata…
You made me smile reading this blog entry :)
Oda-オダ berkata…
"Dan buku lebih murah dari perabot atau barang kemas"

yee betul tu...suka buku lebihh baik dari suka barang kemas...huhuhu
13may berkata…
hehhe....

saya pun suka kalau kena rasuah ngan ayam goreng KFC :D
Mommy Lily berkata…
hai waterlily...this is mommy lily...slmt berkenalan...:-) jemput ke blog kami juga
Jie berkata…
kakjie beli buku online, tapi bayar transfer dari maybank2u cik abang... nasib baik kakjie tak pandai bershopping kat e-bay atau pun amazon.
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua.

A yang tidak dikenali,
What's love? Jangan jelous..jika dicari pasti ditemui. Selamat mencari cinta. :)

Purp,
Tolong jangan pakai topeng kat sana ye:D

Dik Sas
Sama ke? Hmmm..bila mau jadi permaisuri?:D

Najib,
Satu lagi belum siap. Begitu-begitulah kakak ini di setiap semester. :D

Kak Sri,
Lebih berharga dari harta karun.:)

Chik,
Baca yang nak buat rujukan dulu. Yang bonus tu belum. Tunggu 8hb. naik bas balik kedah nanti baca.

Abg L,
Belum baca dear...nak tau best ka tak best ka, beli sendiri & baca sendiri. Akak tidak pandai rebiu.

Kidz,
Salam kenal ek.
Selalu datang si dolphin kecik tak tinggalkan jejak. Terima kasih.

Faisal(bukan yang T tu kan hehehe)
Tak leh rebiu lagi sebab belum baca :D

abg Kassim,
Best sangat ke tulisan saya ni. Terima kasih. Tak terfikir lagi nak buat buku. Kurang ilmu.

Purple cat,
pasal rasuah ayam KFC tu ke?:D

Oda san,
Barang kemas pun bagus juga. Buat gadaian waktu sesak(dia kata):D

May,
Rasuah namanya. Ape2 pun awak suka kan.kan :D

Mommy Lily,
Salam kenal. Dia lelaki sang permaisuri dah pergi rumah awak tadi :D.

Kak Jie,
Sang permaisuri tak ada Maybank2u..Lelakinya juga...kut tak parah lelaki dia:D

En Azzam S,
Salam kenal heh!

Terima kasih
arsaili berkata…
suka buku cuma byk benda nak kena baca selain buku..iskk2 kena mencuri masa
Tanpa Nama berkata…
salam kaklily..dulu dulu....sukaaaaaa baca buku, beli buku dan sgt suka ke kedai buku. Sekarang ni masih lagi suka cuma lebih banyak buku menjadi hiasan, tuannya tak sempat nak baca..huhuhu
Kerp (Ph.D) berkata…
rm648? jikalau permaisuri yang dimaksudkan tu seorang pembawa kad hijau, masih layak lagi utk mendapatkan wang saku perkerja ehsan JKM. rm300 kesemuanya, dicampur dgn rm648, dah hampir rm1000. utk standard kawan, banyak tu!
shahril aley berkata…
salam perkenalan...perasan waterlily singgah ke blog tapi tak pernah nak jengguk di sini. wah rajin baca buku rupenya. alangkah bagus saya rajin mcm tu. hehehe.... suke tengok objek bergerak dari membaca = pemalas
nanonano berkata…
salam kak lily,
mcm bace nocel la entry akak ni,
hehehe..
btw salam kenal
:D
Amiene Rev berkata…
Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Salam kenal kembali. :)
Acaii Jawe berkata…
slm kak, waaaa bagus sungguh minat buku..:) teringat dulu2 mula terima gaji pertama..baru seminggu dah abis blanje family ngan kengkawan,hehehe
The Purple Cat berkata…
Waterlily, you read my mind correctly!! You ada ESP ke?? hahaha.. :)
Lily Abdullah berkata…
Salam

Arsaili,
Yup...betul. Kena mencuri walaupn sedikit waktu.

Meen,
Samalah kita. Hari ini kak Lily beli lagi - buku FT(bukan yang buka baju tu.) FT novelis dengan judul Perempuan Seeorang POlitikus Melayu. Menarik dibaca musim pilihanraya.:))

Shahril,
Terima kasih kerana tinggalkan jejak. Tidak mengapa - minat manusia memang berbeza. Janji kita gembira,bermanafaat dan tidak menyusahkan sesiapa.:)

Nanonano,
Ye ke? Terima kasih. Ini cuma ceritot.(cerita kontot). Belajar-belajar secara tidak formal. Tulis apa2 yang terasa dan terpendam dalam hati. Salam kenal

Amiene,
Salam kenal sekali lagi. Terima kasih sudi menjengah ke sini. Sudilah kiranya menjadi pengulas blog saya yang setahun jatuh tak sampai ini.

Faisal(hmm..Faisal juga ye...)
Gaji pertama saya? Entah tak ingat beli apa..mungkin buku rujukan kut?
Salam kenal.

Kerpie bro,
Untuk makluman, sang permaisuri bukan selalu-selalu mendapat sebanyak itu. Itulah pertama kalinya. Di hujung tahun dia lansung tak begaji. Hanya mengharapkan wang pekerja ehsan JKM semata. Permaisuri pemegang kad pengenalan Malaysia dan kad JKM berwarna oren. :D

ps: info untuk semua
1. HIJAU: kurang anggota/ketidakupayaan anggota.
2. OREN: cerebral palsy
3. MERAH : Mentally disability.
....yang lain2 entahlah...:D
ELAUN PEKERJA EHSAN ya? Bukan EPC(Eluan pekerja cacat). Bila tukar?

Purple Cat,
ESP???hahahaha..EPF pun saya tak ada tau.hu..hu..hu.
Tanpa Nama berkata…
Baru beli Ayah kita bos ek. Phuying dah lama khatam. ;-)
Lily Abdullah berkata…
Adik Ying,
Jumpa Naga...terus jatuh cinta pandang pertama hehehe. Walau pertemuan agak terlewat.

pesanan penaja: JANGAN MAIN CINTA JIKA SUDAH BERPUNYA :))
Tanpa Nama berkata…
Adik Ying single & available la kak. Nakal sikit-sikit takpe. Hik hik hik.
sinaganaga berkata…
Berapa kali mau ulang Ayah Kita Bos da?
Lily Abdullah berkata…
Ying,
Single and available ek? Silalah bermain2 mata dengan Naga bermaskara tebal :D.

Bang,
Ayah Kita Bos" kena beli lain. Anak saudara saya merayu-rayu,minta dihadiahkan padanya..hisss..hiss..serba salah sang sang permaisuri.

ps: Dia(anak kepada Khadijah) sedang sibuk melobi ayahnya supaya segera disambungkan kabel streamyx ke rumah.

pst..pst..hebat uncle Naga.Kanak-kanak bawah umur pun boleh jatuh cinta padanya :D

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...