Langkau ke kandungan utama

Mimpi dan ketakutan tahap maksima

Pagi ini. Tidur jam satu pagi. Sibuk mengumpul bahan tugasan. Sibuk dengan proposal -proposal. Pagi ini. Bangun jam lima pagi. Enam setengah pagi sudah berada di atas kenderaan panjang dan bergerabak itu. Mengantuk dan aku pun terlelep seketika. ‘Indah lelapku ‘ucap Irwan Pilus dalam lagunya. Aku bermimpi tapi bukan tentang duyung. Mungkin tentang untung. Entah. Aku sudah lupa. Sedar-sedar sudah berada di sebuah stesyen yang agak asing. Tetapi bukan Osaka shin. Bukan KLIA. Yang pasti bukan KL Central. Jam sudah delapan pagi. Aku tanya seorang lelaki. “Kat mana ni bang?’ Lelaki itu seraya menjawab. “Bank Negara cik”. “Cik??” Eh….aku puan bukan cik lagi. Hah…ini kali kedua aku tertidur dalam kenderaan panjang bergerabak milik KTMB itu. Kali pertama dulu, cuma terlepas satu stesyen sahaja. Aku pun berpatah balik. Naik semula yang lagi satu. Buat bodoh tanpa tiket. Nasib baik terlepas.

Otak fikrku sudah letih memikirkan soal kelewatan ke tempat kerja. Turun dari LRT stesyen Asia Jaya, aku pun jalan berlenggang-lenggang. Tapi melintas tidak boleh berlenggang-lenggang macam perempuan melayu terakhir. Nanti hidup aku pulak yang bakal berakhir di sini. Ada juga aku terfikir tentang jejantas. Dua jejantas mungkin menyebabkan aku sampai jam sebelas. Jika demikian mungkin akan keluar ayat-ayat mesra boss” U tak payah datang kerjalah”. Atau. “U kan, resign lagi senanglah”.

Melalui lorong sunyi di belakang hotel Armada, aku terasa sesuatu yang pelik . Ada sesuatu mengekoriku. Bukan anjing marhaen yang selalu-selalu itu. Yang pasti bukan hantu. Dari niat hendak berlenggang-lenggang, aku percepatkan langkah. Tapi dia lebih pantas memintasku. Aku panik. Gementar. Tahap maksima.“You Melayu ke?” Lelaki empat puluhan bukan warga tempatan itu bertanyaku. Takkan pulak dia memintasku sekadar untuk bertanyakan asal-usul keturunanku. Aku angguk sambil meneruskan langkah. Rasanya, aku mau memanggil Cicak Man, Spiderman, Superman,Gaban,Power Ranger dan segala super hero dan segala-gala macam man untuk menyelamatkan aku jika lelaki itu bertindak sesuatu.”Ya, Allah” getus hati kecilku. Dan lelaki itu masih beberapa inci di belakangku.

Tiba-tiba. Lalu sebuah motosikal. Seorang lelaki dan lelaki kedua adalah pemboncengnya. Lelaki asing itu, terus melencung ke destinasi lain. Aku terus berlari hingga sampai ke pintu pagar sekolah. Kad perakam waktu mencatat jam 8.45 minit pagi. Muka yang bukan boss berlagak boss itu masam mencuka. Lantak engkaulah. Tiba-tiba aku rasa macam benar-benar mau hantar notis dua puluh empat jam berhenti kerja. Ya. Sebelum aku terima notis dua puluh empat jam diberhentikan kerja.

Ulasan

13may berkata…
oh! ni mimpi ker citer betul nih???

hahha :D
Amalina berkata…
Kak, byk nye cerita. Lepas satu, satu. Ke semua dlm satu mimpi:D.
Amalina berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lily Abdullah berkata…
May,
Separuh mimpi,separuh sedar...ha..ha..ha. Tapi kakak yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa kakak menulis entri ini dalam keadaan sedar lagi waras :D

Lina,
Cuma di sini sahaja kakak banyak cerita. Di luar sana akak diam-diam saja. Menjadi pendengar setia.
ps: how's Afiqah?.

Terima kasih.
NoraHash berkata…
Saya sarankan pada semua wanita yang terpaksa jalan sorang2 tu termasuk diri sayalah bawa le sesuatu untuk digunakan sebagai senjata...macam pisau lipat yang harga 20 sen tu ke..bukan apa sekurang2nya dapat toreh muka si penyerang tu biar ada tanda yang dia tak boleh sorok....walau apa pun nasihat saya jangan sekali2 ambil risiko jalan di tempat2 sunyi....WL, kerja makan gaji memang leceh lah jom le kita buat bisness..
Jangan jalan seorang diri kak...Bahaya!

Ada bawa serbuk cili dalam beg tak? Hehehe!

Kerja utnuk hidup. Hidup untuk kerja. Hmmm....
Amalina berkata…
Afiqah alhamdulillah sihat. Ceria dan manja seperti selalu.
Lily Abdullah berkata…
Noor,
Bisnes apa tu? CCTV ke? Modal tak ada eh :D.

Purp,
Kakak ini selalu terlupa tentang aspek-aspek menjaga keselamatan diri. Sebab dia asyik ingat nak jadi pekerja tetap.

Lina,
Terima kasih kerana menziarah lagi. Sampai salam peluk cium padanya :D.

Terima kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...