Langkau ke kandungan utama

Cerita pagi

Hari ini aku terlewat lagi ke tempat kerja. Dan jika dalam bulan ini aku terlewat sebanyak-banyak yang mungkin – gajiku digergaji lagi. Sampai di pintu pagar Leman tegur “Lewat lagi kak?”. Aku cuma tersenyum kelat. Bukan aku yang buat hal. Aku seperti kebiasaannya. Terpacak di stesyen ini jam 6.30 pagi. Tiada sesiapa pun salahkan pemandu komuter. Lambatnya mengalahkan siput babi. Sampai di kaunter tiket LRT, aku hulur not RM 1. “Kad ada kak?” Tanya si adik petugas di kaunter. “Kad apa?” Aku tanya buat-buat bodoh. “Kad JKM ke? Ada “. Aku hulur kad warna oren( Kad bagi OKU ketegori “Cerebral Palsy”). “Bukan kad ni kak. Kad RapidKL untuk dapatkan tambang separuh harga”. Adik itu menjelaskan sambil minta aku tambah seringgit lagi. RapidKL pulak menyusahkan aku. Takkan mereka tak kenal orang cacat. Lagi pun yang jenis macam aku, bukan boleh buat-buat cacat. Lainlah jika orang nak melakonkan watak si buta. Atau sememangnya mereka buta perut. Aku tanya si adik petugas bagaimana nak buat kad eklusif tersebut. Si adik pun seraya menerangkan” Akak pergi ofis kami kat Central Market bawa gambar ukuran passpot, copy medical report bla…bla…bla….bla”. Mak datuk. Pasar Seni dan salinan laporan perubatan. Itulah “clue”nya. Tidak mengapa. Bila-bila ada waktu aku pergi memohon. Esok,lusa dan tulat serta hari-hari seterusnya biarlah aku bayar berganda.

Terkejar-kejar masuk dan bertolak-tolakkan dalam LRT, aku terlanggar seorang lelaki. “Oiii….Buta ke?” Terkejut aku kena jerkah. Barang-barang aku berterabur di atas lantai LRT. Aku diam. Dalam hati aku mengucap panjang. Seraya aku jawab pertanyaannya dengan tenang. “ Saya bukan buta cik, saya memang cacat” Dada aku terasa sebak dan sebu. Dia pandang aku. Atas bawah. Aku tunduk. Kutip barang- barang di lantai. Seorang kakak berusia empat puluhan membantu aku dan menawarkan tempat duduknya. Yang lain-lain, cuma memandang saja. Sebaik saja lelaki bermulut puaka itu beredar, kakak itu mengomel. “Muka lawa,mulut macam puaka. Kurang ajar betul”.

Sampai di pejabat, mulut berpuaka pengampu di tempat kerjaku bersuara. Kononnya memberi nasihat. “Lain kali sudah tahu jauh, keluar awal sikit”. Aku diam. Malas hendak melayan. Mungkin ada yang makan kasut “boot”aku nanti.

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Setiap manusia tidak akan dapat lari dari pelbagai perasaan yang datang melulu kepada kita. Lazimnya, perasaan ini adalah tindak balas dalaman terhadap satu perkara atau perbuatan pihak selain dari kita. Dan sesungguhnya, kita sebagai hamba Nya memang lemah dan tidak terdaya untuk menolak perkara atau perbuatan orang lain. Diri saya juga selalu naik aingin ngan pembandu kereta dan kekadang 'jerit': pi m****s kau! Tapi alhamdulillah, kini saya belajar satu cara baru.

Bila bertemu keadaan yang kurang menyenankan saya, saya kini berdo'a "Ya Allah, dikau berikanlah diri ku ketabahan hati, limpahkan kepada ku ilmu yang berguna, berikanlah daku ilmu yang berguna, dan bukakanlah dan limpahkanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah sertai diberkati oleh diKau kepada ku, Amin" Mungkin WL pun leh lakukan yang sama?
abg lalox berkata…
ish...
x patut betul brader tu..
13may berkata…
iyea la...teruk betul mamat tuh...
suka suka ajer nak tengking orang...
13may berkata…
iyea la...teruk betul mamat tuh...
suka suka ajer nak tengking orang...
hazimin berkata…
salam ziarah waterlily
dugongsenyum berkata…
bagi email, nanti saya emailkan scan keratan akhbar.

basriTITIKnormohdATgmail.com
Banyak banyak cerita ada di dalam LRT. Cerita tentang budi-bahasa, cerita tentang kurang ajar.
arsaili berkata…
salam...mmg ramai mulut tade insurance..so sabar jer la...moga mereka ni dpt taufik dan hidayah Allah
waterlily berkata…
Shah,
Akan cuba praktikkan ilmu awak. Terima kasih.

Abg L,
Dia memang x patut,jika akak maki dia balik maknanya akak setaraf dengannya,:D

May,
Mamat tu terok...ada lagi yang terok dari dia...pandai menyalin kulit macam sesumpah.

Hazimin,
TQ kerana menziarah. Mana link space awak? Saya juga ingin menziarah space awak.

Purp,
Semua orang mau cepat..maka cerita kurang ajar pun terkeluar. Namun begitu banyak lagi kebaikan yang tidak tertulis di sini.

En Dug,
Tq sebab singgah. I just emailed you.

Arsaili,
Lemah kadang2 menjadikan kita manusia sabar. Itulah kekuatan hakiki - sabar.

Terima kasih semua rakan2 yg kukenal rupa & tidak. Terima kasih juga pembaca senyap. Datang2lah lagi.
sinaganaga berkata…
Oit2! Uodate weh, update! He he.
waterlily berkata…
Bang Naga datang...En Dug datang(oooh bangganya saya otai-otai blogger datang kat space saya yang entah apa2 ni. )Tok Rimau asyik menjengok aje tak singgah2 pun. HA..HA..HA...HE..HE..HE :D.

makasih..i leb yu all!!!
JimieRay berkata…
Ermmm..Rindunya nak rasa suasana berebut naik lrt lagi. Sudah 5 tahun ku tinggalkan.

Sekejap jer masa berlalu...
waterlily berkata…
Sdra Jimie,
Terima kasih - berkongsi perasaan di sini. Memang kita akan rindu pada yang telah ditinggalkan. Sekarang saya rindu nak balik kg di utara - rindu nak membela ayam,kucing,itik dan kambing. :D

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…