Langkau ke kandungan utama

Coco dan jam saya(juga barangan kecil lain)

Coco - kucing marhaen(baca: kurap) waktu pertama kali saya temuinya
Jam tangan yang diberitakan berusia sepuluh tahun itu
Saya pernah kehilangan pen drive - dicuplik COCO
Antara barangan kegemarannya - kunci pagar dan rumah.

Malam tadi (selepas beberapa jam entri di bawah saya tulis), saya lihat Coco terhendap-hendap di dalam bilik stor kami bermain –main dengan sesuatu. Dan ‘benda’ itu, dikuis-kuisnya berada di dalam sebuah kotak. Bilik itu agak gelap. Sukar untuk saya mengenal pasti apakah ia. Tapi dari reaksi Coco, dia sungguh gembira bermain-main dengan ‘benda’ tersebut. Sekejap-sekejap dia menguis-nguis. Kemudian terlompat-lompat. Dan sesekali menguling-gulingkan badannya yang selembut kapas itu. Saya mengintai. Lamaaaaaa! Akhirnya.

Coco mengigit dan mengeluarkan ‘benda’ mesteri itu. Sah. Jam saya. Saya petik suis lampu dan Coco sedikit terkejut. Diusungnya jam itu, bersembunyi di celahan tilam buruk yang saya susun secara menegak. Saya ingin merampas darinya, tapi tidak sampai hati pulak. “Biarlah..”getus saya sendirian.
Dan kira-kira jam 10 malam, saya dapati jam tersebut berada di atas katil saya. Coco telah memulangkannya. Setelah beberapa jam dipinjam. Terima kasih Coco. Dia buat saya ceria malam tadi. “Simpan elok-elok” kata suami. “Nanti dia pinjam lagi ha…ha..ha..”. Sambil dia mendukung Coco. Aduhai, kucing saya yang lucu dan manis.

Ulasan

cakapaje berkata…
Wa wa wa...tu jam WL :)

Alhamdulillah dah jumpa pun. Hmm...leh lah kita pula main sembunyi sembunyi ye :)
sheikh teluk intan berkata…
Salam ,puan,

Saya suka gaya tulisan puan. Ada roh. Pendapat saya, cubalah tulis novel kerana puan ada bakat.

Sekian.
Amalina berkata…
Kak Maria, saya baca entri ni sambil bayangkan gelagat Coco tu. Haii comelmya kucing. Pandai pulak tu pulangkan balik jam atas katil.
13may berkata…
hehhe...sib baik dah jumpa...

tapi cantik arr jam tuh :)
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,

Berjasa sungguh mahluk Allah s.w.t...tu.. tapi ramai juga manusia yang taknak ikut contoh tu...ambik tapi taknak pulangkan banyak ler.
Baik sungguh Coco. Sampaikan salam saya padanya ya!
Lily Abdullah berkata…
Shah,
memang cantik jam itu. Kalau tidak masakan perempuan ini terpikat:)
Di alam cyberland kita boleh main sembunyi-sembunyi dengan pelbagai nama dan rupa :D

Lina,
Comel memang comel. Tapi tak sama dengan kecomelan seorang bayi:D

May,
Cantik ka? Beli satu untuk bakal mertua @ mak mertua(jika ada) :D

Tuan Sheikh,
Terima kasih atas pujian dan kata2 semangat. Saya kembalikan pujian itu kepada Allah swt. Tulis novel - dulu pernah juga ada cita2 macam tu. Tapi berblog lebih seronok. Ada ketikanya saya kena akui wang bukan segala-galanya :)

Da Kerinci,
Ya - ada waktunya binatang lebih berotak dari manusia yang berfikir di luar k(otak) :D

Purp,
Coco tak pandai menjawab salam - tapi telah saya sampaikan salam awak padanya. Dia menjawab dalam bahasa asing "meow,meow,meow". :D

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.