Langkau ke kandungan utama

Hujan dan wang

Hujan. Petang ini penuh dengan kerahmatan. Agaknya hujan ini Tuhan turunkan untuk cuci onar sambutan tahun baru semalam. Buntu. Tiba-tiba aku takut untuk melangkah kaki ke tempat kerja keesokkan pagi. Tiba-tiba aku rasa seolah seperti anak kecil empat tahun pertama kali dihantar ke taska. Tiba-tiba aku rasa alangkah selesa duduk dan jadi seorang suri. Tapi - aku tidak boleh begitu. Key Ell ini menuntut aku jadi pekerja. Aku tidak boleh duduk-duduk saja. Wang. Memang bukan segala-galanya. Tapi jangan lupa wang juga menyelesaikan banyak perkara. Wang diperlukan ketika hendak dikapankan. Walaupun wang tidak bisa dibawa ke liang lahad,tapi wang perlu. Tanpa wang bagaimana hendak ke Tanah Suci,berzakat atau sebagainya. Sebenarnya aku bosan menjadi tangan yang asyik menerima, kerana itu aku paksa diri pergi kerja.

Esok kembali ke rutin.Bangun jam 5.00 pagi. Selepas solat,tergesa-gesa aku bersiap dan panjat motor roda empat suami ke stesyen komuter UKM. Aku perlu bergegas. Antara 6.30 hingga 6.45 pagi wajib terpajak di sana. Berebut-rebut menaiki keretapi. Sampai Central, sepantas mungkin kena mengejar LRT. Sampai Asia Jaya,perlu pantas melintas jalanraya. Kereta besar dan bukan besar semua meluncur laju. Semua mau cepat. Mau pantas. Mungkin mereka juga sama sepertiku. Terlewat sedikit,wang dipotong. Aku amat takut melintas jalan. Mau ikut jejambat takut lebih lambat. Nanti wangku dipotong lagi.


Wang bukan segala-galanya. Itu kata orang kaya. Tapi aku kata - wang selesaikan banyak perkara.

Ulasan

sheikh teluk intan berkata…
Salam Puan Waterlily.

Memang wang bukan matlamat hidup kita dan saya bersetuju wang penting untuk selesaikan banyak perkara. Saya yang pernah bekerja dan mendapat gaji ribuan ringgit setiap bulan, agak susah hati memikirkan duit vss yang saya perolehi semakin berkurangan.Nak buat macam mana, kesihatan tidak mengisinkan.

Puan, mungkin tinggal di sekitar Bangi. Adakah kita berjiran?

Akhirkata Salam dari saya dan semoga Allah merahmati puan sekeluarga.
nzuhdi berkata…
husin lempoyang berkata "dunia, dunia, berniaga manusia lagi bagus dari meniaga unta. WOW!"

filem p.ramlee, 3 abdul
abg lalox berkata…
insyaAllah, dengan mujahadah serta niat dan cara yg betul,rezeki akak akan dipermudahkan dan diberkati..
Ameen..

dunia hanya sementara. dan makhluk tiada kuasa..semuanya tertakluk pada ketentuan Allah..
naha berkata…
Masa ke Kuantan hari tu,sebelum sampai ke Rompin kalau tak salah...nampak perkampungan orang2 asli yang tak pernah berubah dan kanak2 yang berjalan di bahu jalan....tenguk keadaan mereka sambil wondering dan buat perbandingan dengan saya......Kenapa saya RISAU dan mereka tidak....
Sastri berkata…
salam kak... wang memang diperlukan untuk hidup di kota besar ini... apa pun, sas harap akak berhati-hati ketika dalam perjalanan ke tempat kerja ya... biar lambat sedikit kak, asalkan selamat...
13may berkata…
wang bukan segala gala...tapi tadak wang memang pening kepala!

Have a nice day :)
The Purple Cat berkata…
I share the same mental burden of getting up for work and trudging to the office daily.

Memang betul, kalau nak diikutkan hati ni, memnag nak duduk rumah aje. Tapi, bil-bil sapa nak bayar? Hmmm... lagi pun kalau kat rumah tiap-tiap hari 24 jam, pening jugak kepala nak memikirkan apa nak dibuat untuk mengisi masa lapang....
Hai... hidup... hidup...

Selamat Tahun Baru, waterlily.
Salam WL,

Wah! Dah banyak entri baru ya. Tahniah, produktif! Nanti saya baca satu persatu. Perlahan-lahan. :)

Bagi saya, duit bukan segala-galanya, tapi apakan daya, segala-galanya hari ini memerlukan wang.

Selamat 2008!
faizul berkata…
wang bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan wang.....
Ungku Nor berkata…
Biar sedikit asalkan halal.
Dari banyak tapi tak berkat.

Salam petang Khamis, Maria :)
K.E berkata…
Woho!
Sila bank in wang yang ke akaun saya. Ikhlas. Imej duit tu kena letak perkataan "CONTOH" nanti dituduh mengedar wang palsu. Ekekeke :D
waterlily berkata…
Terima kasih kepada yang meninggalkan komen di sini.

Tuan Sheikh : Ya saya tinggal dekat-dekat Bangi, kuartes kerajaan depan MPI. Terima kasih kerana mendoakan saya.

Najib: Kak Maria sayannng kamu.

En May: Tak dak duit memang penin kepala. Ada duit pun penin juga kan?

BP & Faizul : awak berdua memang betul.

Kak Ungku : Ya..biar sedikit yang penting berkat(dialog mak saya ni). Salam hujung minggu.

Attoch : Imej duit tu kak Lily cuplik dari internet. Memang salah bawah akta hakcipta. Nak? ambillah..gunting je :D.

Selamat 2008. Semoga bergemerlapan
waterlily berkata…
Ada lagi yang tertinggal rupanya :D(sah kak Lily mabuk sebab kekurangan wang & ruang)

Abg/adik L : terima kasih atas doa & peringatan.

Dik Sas : Terima kasih...ya biar lambat asal selamat.

Naha : Budak -budak sekarang memang tak sayang nyawa. Wang mereka taburkan merata-rata..almaklum,buka mata segala telah tersedia. Terima kasih atas sokongan. Moga cepat sembuh.

Selamaattt!!
waterlily berkata…
Puple Cat,
Sorry I missed you. Pix kat Jepun cantik sungguh. I love it.

Happy New Year

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…