Langkau ke kandungan utama

Dia dan secangkir kopi pahit


via carian Google.com
Dia dan secangkir kopi pahit
adalah khayalan paling sakit 
adalah realiti walau sedikit

Tak sesiapa mampu, kawan
menghalang senja menenun renda
menghadang hari bertukar kelam
mencincang kepulan aroma kematian

Biarkan sang langit, usah gundahkan
ratapannya tak akan lebih kelam
tanpa hadirnya malam

Dia
satu-satunya yang mendengar tangisku
ketika ku mula berani menyajikan anggur termanis
tanpa peduli betapa berat perjuangan
saat kaku-kaku jemari kupaksa lurus
cuba mengumpil pintu kehidupan

Malam ini malam bersunyi-sunyian
pulanglah gapai perjalanan terakhir
kita pasti  bertemu di teluk yang sama
saat ruang terakhir mulai kita susuri
moga nyala yang indah terangi luar dalamnya
dan aku masih berdoa di dalam
kebisuan ini

Dia dan secangkir kopi pahit
adalah khayalan paling sakit 
adalah realiti walau sedikit




Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
aku suka kopi
tapi kopi aku dengar menyebabkan buah pingggang stress... jadi aku kurangkan...
sepa berkata…
ko minum kopi tongkat ali ker, Dino?! :P
Lily Abdullah berkata…
Sepa & Dino,
Puisi ini bukan tentang kopi dan cinta.

Ia barangkali tentang seseorang yang penakut mengejar mimpi.

Mungkin pemalas juga. Enggan keluar dari zon selesa.

Dan kamu berdua juga barangkali tidak bercakap tentang kopi :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...