Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Watashi no kuruma

Anak-anak hari ini bertuah amat. Dalam perut bonda, dalam buaian sudah naik kereta. Lulus 5A UPSR pun bapa sudah hadiahkan kereta. Sebagai intro. Bukan sebab saya 'jaki' dengan kamu. Bukan sebab itu. Saya bersyukur kamu tidak perlu bersusah seperti saya. Ini cerita pokok. Saya dan Encik Suami baru membeli kereta. Biasa-biasa. Buatan tempatan sahaja. Cukuplah sesekali ke tempat kerja. Hendak-hendak pulak musim hujan begini. Jika kucing sakit, senanglah sikit kami bawa ke klinik. Selepas 9 tahun berkahwin, baru kami berjaya mendapatkan kereta idaman.  Selepas sebulan memiliki kereta, baru kami faham akan 'kesusahan' Bertambah pula dengan segala 'mak nenek' kenaikan. Ditambah pula dengan kenaikan gaji kami penjawat awam gred rendah yang kenaikannya tentulah rendah juga. Kucing kami demam. Selsema. Ada kereta pun kami berfikir dua lapan kali untuk membawanya ke klinik vet. Tidak lagi seperti seperti dulu. Asal sakit, batuk sikit pun, ang...

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.   Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia. Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook. Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan. Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza. Masing-masing ada ego.  Jika saya merasa membuang samp...

Tanah Kubur 2

Gambar : Via Google.com Tanah ini adalah rezeki  dan takdir Ilahi bukan untuk ditakuti elok kadang digeruni tidak pernah sejengkal menjauhi Tanah ini  adalah rumah kekal abadi terpulang kepada pilihan di sini  rezeki dan belas kasih Ilahi si empunya bakal memiliki mahligai dari taman-taman Firdausi atau penjara kekal abadi Nota kaki: Terima kasih sahabat maya saudara Nizam Ariff untuk senaskah buku Sebalik Mimpi. Semoga terus berjaya. & berkarya. :) Belum berkesempatan mengulas lagi.

Pada saat ini pun aku masih terus belajar

Barangkali ada dua kemungkinan yang harus yakini. Pertama, Allah akan memilih sesuatu yang lebih baik untuk menggantikan yang sangat-sangat dingini.   Kedua Allah akan mengembalikan yang kita ingini kemudian.   Ketika ianya lebih baik untuk kita atau sebaliknya, kita yang jadi lebih baik untuk yang kita ingini. Semua itu ada dalam kekuasaan Allah. Manusia hanya berusaha. Seterusnya memohon yang terbaik, juga terus meyakini bahwa yang terbaik itulah yang akan jadi takdir kita seumur hidup nanti. Kita harus benar-benar belajar bagainama merelakan sepenuh hati.  Belajar bagaimana menerima.

Hujan

Gugurlah selebatnya usah lagi bersunyi  di celahan awan kelabu tanpa rintikmu aku kering ilham hilang arah untuk menulis puisi tentang kamu dan untuk dia yang aku tinggalkan dalam rintik-rintikmu suatu pagi bermusim yang lalu   Sudah Julai. Bakal bertemmu Ramadan. Sudah lupa bagaimana menulis yang indah-indah. ps : Terima kasih Cik Ati Kayat. Kita kutip ilham dari blog awak dan tulis secara spontan  :)

Penulis Dunia Maya

Tiada trofi yang bersila t iada pengiktirafan, anugerah menanti karya dan idea kadang  diciplak petik, dimanipulasi sesuka hati tanpa belas dan simpati kerana mereka termasuk aku gila gila gila atau itu pilihan kami

Ketika hujan kita puisikan

i/ Helaian warkah di genggaman meronta tika ku pandang tiap baris kata  tak teriqra’ satu persatu askara itu gugur barisan kata-kata kabur basah dihujani airmata ii/ Tanpa kita pun dunia masih tetap berputar lalu kenyataan ini kita terima dan wartakan diam-diam hanya pada dingin malam Dan ku catat dalam tiap baris mimpi kita sambil melayari usia senja ketika bulan redam dalam bias hitam    selaput awan gemawan kita masih menterjemahkan harapan ketika kita hujan puisikan  pada retak retak hati

Seorang pencinta akan terus menjadi pemuja

Tiupan bayu bulan Mac mampu menerbangkan debu-debu duka yang bersarang di celahan  batang jerami kering dan menunggu masa terbakar oleh peritnya bahang matahari yang memancar dari langit tinggi terus ke bumi yang sudah terlalu tua untuk mendengar cerita-cerita yang sama berulangkali tanpa noktahnya. Barangkali Seorang penulis, biarpun dirinya enggan mengaku tetaplah kerjanya akan terus menulis. Tanpa gelar, tanpa imbuhan. Tanpa apa-apa maksud atau tujuan pun. Di sudut terang dan gelap. Di medium perdana maupun tersorok.  Pengikitirafan atau sanjungan bukan matlamat. Dan aku ini pula hanya seorang pecinta dan pencandu kopi. Setiap hari cuba menjadikan bancuhannya enak. Sukatan gula dan susunya bertepatan.  Dan aku juga sedar, aku bukan tukang bancuh kopi yang berkemahiran tinggi. Aku bancuh sekadar memenuhi selera tekakku. Barangkali.

Catatan kecil ketika hujan

Bilah-bilah hujan Menanti giliran Menunggu gugur Tajam menikam tubuh Memahat   dingin   yang keras Senyumlah engkau bilah-bilah  hujan untuk aku yang sedang kebasahan keras dingin dalam kamar ilham  basah dalam kamar hati   -Spontaneous-   kala hujan mula turun.

Reset minda yang kadang kau pura-pura tidak tahu apa patut reset

Nota : Tulisan ini adalah santai-santai, tanpa draf, tanpa suntingan dan sedikit beremosi. Cuba praktikan ajaran Prof Muhaya "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"  Oh! Saya juga suka fesyen tudung Prof. - Dunia dalaman saya, menentukan dunia luaran saya -. Cuti sekolah, beban kerja sedikit berkurangan. Siapa cakap? Tuuu.....stok dan inventori bersepah-sepah kau belum rekod perempuan.  Saya tengok kawan-kawan ofis, asyik pergi ke Website dan Facebook jual-jual tudung, jubah,tuppaware dan make up2. Saya pula asyik melangkau curi-curi baca blog.  Pukul 12.00, saya cabut balik sebab dah tak ada sapa-sapa yang boleh dijadikan kawan. Asrama kosong. Rumah warden kosong. Kakak cleaner bailk awal selepas kerja cuci-cuci tingkap selesai.   Secebis fiksi untuk melapangkan hati sendiri. POPPY DAN LELAKI DI KACA TV. Poppy sukakan dia. Lelaki itu. Lelaki di dalam kaca TV.  Kaca TV yang digelar sesetengah orang sampah tekono...

Bukan tentang angin

Via carian pakcik Google.com Angin, mungkin terasa menyejukkan jika hembusannya sepoi-sepoi. Angin juga merupakan sahabat, ketika bermain layang-layang. Angin juga salah satu agen pendebungaan   kata guru sains saya. Angin jualah yang dimanfaatkan oleh burung sehingga mampu terbang selama berpuluh-puluh jam merentasi benua dan   lautan. Seperti saya, angin jua punya sisi serongnya. Terasa menggangggu jika hembusannya keras, melayangkan semua kertas kerja dan memaksa kita memungut hamburan kertas yang berantakan. Angin dengan udara dingin, mungkin membuat kita jatuh sakit, masuk angin seperti kata orang tua-tua. Angin yang sangat keras, mungkin menjadi badai yang mampu memporak-perandakan bangunan-bangunan dari batu-batu yang berpasakan konkrit sekalipun. Tapi apa yang dapat dikatakan jika angin yang berhembus lebih dari 100 km /jam kita hadapi sambil berlenggang dan berpayung? Angin jenis inilah yang harus saya hadapi hampir setiap hari dalam me...

Catatan kecil untuk kamu

Gerimis senja selamat turun ke tanah kita mewakili air mata barangkali sangkut dalam jiwa warga Gaza, si yatim Lahad Datu balu-balu, waris para syuhada semoga aman dilapangkan dada menerima takdirNya Bukit Changgang, Banting 14/03/2013  

Mata pena dan kekunci askara

Kadang-kadang kita masih mahu datang dan mendengar ucapan yang pahit, terjal dan kelat kerana kita tahu dia berkata benar.  Memang orang jenis begini, menyakitkan hati. Tapi kebenaran ucapannya membuatkan kita tercabar untuk melakukan yang terbaik. Dalam diam, kita mengakui kebaculan diri dan mula bertindak membuktikan kita bukan seperti yang dia katakan. Nanti, aku tidak perlu membuktikan apa-apa untuk engkau. Tapi untuk aku. Diri sendiri. * * * Sewaktu ku mula menajamkan pena seorang guru menitipkan doa dan pesan paling bermakna Bersederhana saja agar kau tak merana mata pena dan kekunci askara tajam belatinya mengalahkan katana    

Dia dan secangkir kopi pahit

via carian Google.com Dia dan secangkir kopi pahit adalah khayalan paling sakit  adalah realiti walau sedikit Tak sesiapa mampu, kawan menghalang senja menenun renda menghadang hari bertukar kelam mencincang kepulan aroma kematian Biarkan sang langit, usah gundahkan ratapannya tak akan lebih kelam tanpa hadirnya malam Dia satu-satunya yang mendengar tangisku ketika ku mula berani menyajikan anggur termanis tanpa peduli betapa berat perjuangan saat kaku-kaku jemari kupaksa lurus cuba mengumpil pintu kehidupan Malam ini malam bersunyi-sunyian pulanglah gapai perjalanan terakhir kita pasti   bertemu di teluk yang sama saat ruang terakhir mulai kita susuri moga nyala yang indah terangi luar dalamnya dan aku masih berdoa di dalam kebisuan ini Dia dan secangkir kopi pahit adalah khayalan paling sakit  adalah realiti walau sedikit