Langkau ke kandungan utama

Hujan

Gugurlah selebatnya
usah lagi bersunyi 
di celahan awan kelabu
tanpa rintikmu
aku kering ilham
hilang arah
untuk menulis
puisi
tentang kamu dan
untuk dia yang aku tinggalkan
dalam rintik-rintikmu
suatu pagi
bermusim yang lalu 


Sudah Julai. Bakal bertemmu Ramadan. Sudah lupa bagaimana menulis yang indah-indah.

ps : Terima kasih Cik Ati Kayat. Kita kutip ilham dari blog awak dan tulis secara spontan  :)

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
hujan datang bersama-sama ribut barat daya...

sudah lama aku tak dengar pasal ribut barat daya ni...
sepa berkata…
salam Ramadhan, kak.
puding roti berkata…
selamat berpuasa kak lily.. hoho
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih untuk yang masih mengunjungi blog ini.

Untuk kamu Nizam,Sepa & Puding Roti
Selamat berpuasa untuk hari ke 6.

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.