Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka.
Eh Adik Manis,
Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham.
Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya.
Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil.
Saya pun rasa mahu menampal jugalah.
Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim.
*****
Tika ini, saya sangat-sangat ketagihkan secawan kopi. Saya rasa mahu berlari-lari ke kantin sekolah.
Secawan kopi pada waktu panas mengila begini?
Ah! Kasut ini. Kasut ini sungguh menyusahkan saya. Siapa suruh kau pakai kasut yang tidak sesuai dengan fizikal kau wahai perempuan ?
Entri ini adalah yang ditulis pada minggu lepas.Ketika perkadaran emosi di dalam keadaan tidak begitu stabil. Harap maklum. Dan ia tetap releven pada hari-hari saya bekerja. Tahun lepas, tahun ini dan tahun hadapan (barangkali)
Ulasan
ya, sy teringat sample air sample kopiko gula perang panas yg sy minum dlm cwn kertas kenit di mydin hr sabtu lps. bila dahaga @ waktu pns, mmg sedap jg minum air panas kan kak :)
Hari ni, kakak rasa sangat-sangat kecil hati dengan sikap pekerja makcik tu.
Harap maklum jugak. Rupanya susah jadi penyelia dan ketua kepada mereka yang rasa diri mereka hebat dari kita.
Dengan itu, dapatlah fikir2 balik. Hebat sangatkah diri ini, sampai kadang rasa nak 'lepuk' bos2 yang lagi atas dari kita
oh terbayang. kopi o panas dengan ubi rebus bercecah sambal, woh! sedapnya.
kadang-kadang, saya ni dengan berangan makanan sahaja sudah boleh jadi bahagia! hehe.
Akak dengar cerita kawan2 rakan sejawat dari sekolah lain pun sama jua masalahnya. Jadi tiada beza kontraktor bertukar apabila tender boleh di 'sub' sana sini.
Syarikat A dapat, dia bagi orang lain uruskan.
Kontraktor biasa lah. Kebal. Banyak kabel. Kita yang nak membetulkan keadaan ni, diluah mati emak, ditelan mati bapak.
yok minum ngeteh jasmin! kurangkan stress. hehe.
yok minum teh jasmin la! :))
*tak pasal2 saya jadi penyepam kotak komeng kak lily*
Tapi nak salah pihak sekolah pun tak boleh jugak sebab kontraktor besar2 kepala ni sign kontrak ngan kememterian huhuhu..
Jom ngeteh. Apa2 lah..hihihi.
Tau tak betapa gembira menulis blog. Ada orang cakap kalau kita melalak kat blog bukan settle pun masalah.
Memang betul, tapi dari segi emosi ia sgt2 lah melegakan.:D
setiap hari lepas makantengahari, saya minum kopi panas. dan lepas tuh segelas air kosong.
:)
*kalau dah jd penggemar kopi, gitu ler...!!! :D