Langkau ke kandungan utama

12.30 pm

Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka.

Eh Adik Manis, 
Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham.

Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya.

Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil.

Saya pun rasa mahu menampal jugalah.
Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim.


*****

Tika ini, saya sangat-sangat ketagihkan secawan kopi. Saya rasa mahu berlari-lari ke kantin sekolah.

Secawan kopi pada waktu panas mengila begini?

Ah!  Kasut ini. Kasut ini sungguh menyusahkan saya. Siapa suruh kau pakai kasut yang tidak sesuai dengan fizikal kau wahai perempuan ?


Entri ini adalah yang ditulis pada minggu lepas.Ketika perkadaran emosi di dalam keadaan tidak begitu stabil.  Harap maklum. Dan ia tetap releven pada hari-hari saya bekerja. Tahun lepas, tahun ini dan tahun hadapan (barangkali)



Ulasan

puding roti berkata…
ala ciyan kakak..pukul brp laa br akak dpt mkn kan?

ya, sy teringat sample air sample kopiko gula perang panas yg sy minum dlm cwn kertas kenit di mydin hr sabtu lps. bila dahaga @ waktu pns, mmg sedap jg minum air panas kan kak :)
Adliff berkata…
Dikampung saya, air kopi panas diminum sesudah selesai makan tengahari di atas dangau. sebagai penanda waktu berehat..
Lily Abdullah berkata…
Adik Cik Ha dan Mus,

Hari ni, kakak rasa sangat-sangat kecil hati dengan sikap pekerja makcik tu.

Harap maklum jugak. Rupanya susah jadi penyelia dan ketua kepada mereka yang rasa diri mereka hebat dari kita.

Dengan itu, dapatlah fikir2 balik. Hebat sangatkah diri ini, sampai kadang rasa nak 'lepuk' bos2 yang lagi atas dari kita
akirasuri berkata…
ada berapa tahun lagi tender orang kantin ni kak?

oh terbayang. kopi o panas dengan ubi rebus bercecah sambal, woh! sedapnya.

kadang-kadang, saya ni dengan berangan makanan sahaja sudah boleh jadi bahagia! hehe.
Lily Abdullah berkata…
Ati,

Akak dengar cerita kawan2 rakan sejawat dari sekolah lain pun sama jua masalahnya. Jadi tiada beza kontraktor bertukar apabila tender boleh di 'sub' sana sini.

Syarikat A dapat, dia bagi orang lain uruskan.

Kontraktor biasa lah. Kebal. Banyak kabel. Kita yang nak membetulkan keadaan ni, diluah mati emak, ditelan mati bapak.
akirasuri berkata…
saya rasa, dalam hal ni, yang salah ialah kepimpinan sekolah. sekolah yang berhak memilih dan memberi tender. seharusnya pentadbir sekolah amat perlu memainkan peranan dalam hal ni, kalau tidak - hermmmm la jawabnya!
akirasuri berkata…
orang bawahan ni menurut sahaja. kepimpinan sekolah yang berkesan yang dapat mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan efektif. kalau pentadbir sekolah tak berkesan, memang pekerja bawahan pun jadi kurang motivasi! kan kak.

yok minum ngeteh jasmin! kurangkan stress. hehe.
akirasuri berkata…
apa jadah saya 'yok minum ngeteh jasmin' ni! hahaha!

yok minum teh jasmin la! :))

*tak pasal2 saya jadi penyepam kotak komeng kak lily*
Lily Abdullah berkata…
spam je la. Bukan ada orang komen pun.

Tapi nak salah pihak sekolah pun tak boleh jugak sebab kontraktor besar2 kepala ni sign kontrak ngan kememterian huhuhu..

Jom ngeteh. Apa2 lah..hihihi.

Tau tak betapa gembira menulis blog. Ada orang cakap kalau kita melalak kat blog bukan settle pun masalah.

Memang betul, tapi dari segi emosi ia sgt2 lah melegakan.:D
sepa berkata…
kak, tengahari panas pun ok gak minum kopi.

setiap hari lepas makantengahari, saya minum kopi panas. dan lepas tuh segelas air kosong.

:)

*kalau dah jd penggemar kopi, gitu ler...!!! :D
Lily Abdullah berkata…
Gitu lah.Nak tidur pun teringatkan kopi lagi. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam