Cik Tam(2010-2011) |
Ketika 8/7//2011 - orang masih belum keluarkan duit gaji bulan Jun, baki gaji Anne cuma tertinggal RM10 di dalam bank bercapkan kepala 'meow besar' itu.
Semalam di dalam dompet Anne, cuma ada RM80.80 tunai. Sudah dihabiskan sebanyak RM40.00 tunai juga kerana terpaksa membeli susu anak-anak 'meow' kecil berusia 2 hari yang kematian ibu dilanggar kereta jiran.
Anak-anak 'meow' enggan minum susu yang dibelinya. Dan seekor telah menurut jejak ibunya petang tadi. Anne masih cuba memberikan susu kepada ketiga-tiga anak 'meow' yang masih hidup.
Ternyata usahanya menemui jalan buntu. Anne cukup hiba.
Tiba-tiba Anne, teringat akan baki wang yang ada. Lagi-lagi Anne jadi hiba. Sudah dua malam suara-suara anak-anak ' meow' mengganggu tidur dan hari-hari dia perlu untuk mengecap sedikit ketenangan di hujung minggu sedikit terganggu.

Anne buntu,apa lagi yang boleh dilakukannya selain bercerita pada kalian di halaman blog. Ketika orang ramai heboh bercakap tentang Bersih, perhimpunan halal dan haram.segala mak nenek pertubuhan, NGO-NGO halal haram, tidak berdaftar bla..bla..blaa...bla. Anne tiadak perdulikan itu semua. Malah siaran berita di TV cukup meloyakan tekak.
Anne cuma insan kerdil, kecil dan tidak berdaya hatta menyelamatkan dirinya dari kesempitan dengan berbekalkan gaji kurang dari RM900.00 tunai. Atau menyelamatkan anak-anak 'meow' yang kematian ibu.
Anne mencongak-conggak. Ke mana wang gajinya telah dihabiskan.
Oh! Bulan ini separuh dari gajinya digunakan untuk membeli 4 buah buku tebal. Salah satunya tulisan Murakami.
"Apa harus saya buat Remy?'' Via YM Anne bertanya pendapat kekasih sahabatnya. Serius.
"Pergi rompak bank..." balas Remy via YM juga seraya mengirimkan icon budak bulat berwarna kuning sedang ketawa berguling-guling. Cadangan keji seterusnya dari Remy barangkali menanam pokok ganja, atau mengedar kanabis. Saranan selebihnya, mungkin berbunyi lebih keji.
Oh! Bulan ini separuh dari gajinya digunakan untuk membeli 4 buah buku tebal. Salah satunya tulisan Murakami.
"Apa harus saya buat Remy?'' Via YM Anne bertanya pendapat
"Pergi rompak bank..." balas Remy via YM juga seraya mengirimkan icon budak bulat berwarna kuning sedang ketawa berguling-guling. Cadangan keji seterusnya dari Remy barangkali menanam pokok ganja, atau mengedar kanabis. Saranan selebihnya, mungkin berbunyi lebih keji.
"Dem!"
Anak-anak 'moew' masih mengiau kelaparan. Anne seakan terlhat ibu kucing di balik cermin sliding door kuartes yang didudukinya.
Ibu kucing merenung hiba dan sayu ke arahnya. Seolah berkata padanya "Perempuan baik, jagalah anakku sedaya kamu. Esok lusa barangkali ada lagi yang bakal mengikutku. Kami akan bergi jauh dari hidupmu"
Anne, mengesat pipinya yang basah.
Langit mendung dan aspal di hadapan kuarters sudah dua hari kebasahan
Ulasan
kebetulan.
ada ibu kucing lain yg sedang menyusukan ank.
aku tumpangkan...
mmg susah nk bg susu ke ank kucing baby sbb deme tak reti menjilat, kan..?
.
aku melihat dia adalah aku...
heh.
.
sometimes it gets hard for no reason.
Aku mmasih hiba melihat ketiga-tiganya hidup dan tinggal nyawa2 ikan.
Remy,
Stongly agree. Hidup kadang memang palat.
Tas,
Aku sedih ni. Remy versi poompuan yu lah. kalu versi lelaki adik kita yang dah tak mengaku kacak lagi tu haha..
Oh! kena balik sambung keja...aaahh..palat..
u're getting better and better..each entry.
Barangkali, kalau kamu menulis puisi dan deklamasikannya di pentas marhaen..berbondang2 manusia aku memenuhi jalan dan melaung-laungkan aspirasi kamu.
Tapi, kamu cuma berpuisi dari sudut hati, menulis dari sudut sepi..lalu manusia2 seperti aku yang tiba-tiba terasa hiba...
Aku laung-laungkan aspirasi kamu di dataran fikiran aku...
~po
Biarlah, aku menulis di sudut-sudut sepi dan terpinggir.
Jika menulis di halaman besar, tak terkesan di hati orang pun tiada faedahnya
:)
Hanya yang terbaik,sudah ada nama besar selalu mendapat tempat.
Anggap saja di sana bukan rezeki kita. Kalau asyik fikir mahu tulis dan mahu segala tersiar di media perdana, percayalah kita takkan mampu menulis apa-apa pun.
:)
owhhh..akak dah buat yg terbaik pada anak kucing itu..selebihnya berserah padaNya...:)
Menghitung hari dan duit baki...
Anak kucing itu mati juga akhirnya, perempuan baik meneruskan hidup seadanya.
Sedikit kesempitan, tidak pula sampai kelaparan :)
Kadok,
:)
Mush,
Semua kita begitu, kata orang lagi besar periuk, lagi tebal keraknya.
Kes tak tau tanak nasini haha!
t.kasih