Langkau ke kandungan utama

Tika

Tika ini sepatutnya saya berada di dewan peperiksaan. Bergulat dengan soalan-soalan. Tetapi Tuhan tidak menntakdirkan begitu. Saya ditakdirkan berada di tempat sekarang. Di rumah. Berhadapan skrin komputer. Menulis entri blog.

Bohonglah, jika saya tidak merasa kecewa dan bersalah
Tipulah, jika saya tidak merasa marah dan menyesal.

Lebih-lebih lagi, semalam saya telah mengambil cuti; meninggalkan kerja pejabat yang bertimbun minta dibereskan. Tiba-tiba tidak dapat mengambil peperiksaan yang sepatutnya. Membazirkan wang, masa dan tenaga kerana terpaksa mengulang subjek yang sama semester hadapan. Gred dan CGPA sudah pastilah jatuh merudum-rudum.

Saya jadi kasihan kepada Encik Suami yang bergegas pulang semata-mata untuk menghantar saya ke Shah Alam, tetapi tidak sempat sampai ke rumah. Bangi - Banting -Shah Alam merupakan perjalanan yang jauh. Saya kadang jadi marah dengan pihak universiti, kenapa mesti Shah Alam, tempatnya pulak jauh. Sepuluh kali pergi balik belum tentu tidak tersesat.

Saya jadi marah dengan rakan sekerja Encik Suami; kerana dia sudah membuat onar, Encik Suami saya tidak dapat bercuti untuk menghantar saya ke tempat peperiksaan.

Lagi-lagi, saya jadi marah dengan diri sendiri kerana tidak mempu memandu hatta mengayuh basikal pun.


Ah! Betapa hidup saya tidak menjadi-jadi sejak mutakhir ini.

Semalam. Saya ada mendengar khabar-khabar angin (jika tiada angin masakan pokok brgoyang). Jika tiada angin pun, pokok bergoyang juga kerana tangan-tangan jahat yang mengoyangkannya, Biar saya namakan orang ini sebagai Encik Gila Kuasa.(EGK)

EGK merupakan orang kaya dan berpengaruh di kawasan ini. Menurut cerita, EGK ini mempunyai dua buah rumah besar, ladang kelapa sawit, dua orang isteri dan ada salah seorang anaknya yang menjadi penghuni asrama. Saya tidak pasti apa pekerjaannya. Ada yang kata kontraktor. Ada yang kata ini dan ini. Di samping itu, EGK ini juga seorang dermawan. Pendek cerita, orang berpengaruh jugalah sampai dilantik pengerusi P@@G sekolah.

Saya tidak mahu ambil pusing perihal harta atau sifat dermawannya. Bagi saya, dia kaya. Kekayaannya membolehkan dia membeli apa-apa sahaja. Tetapi....jeng..jeng..jeng..

Apabila dia sudah mula melobi dengan meminta saya ditukarkan dengan alasan saya tidak mampu membuat kerja saya.maka saya rasa malaikat pun akan mengutuknya.

Maka, bohonglah juga rasanya jika saya sebagai manusia yang banyak dosa ini tidak terasa mahu mencarut dan memarahinya.

Dem! Cilakak! Gua tau, gua tak kaya macam lu. Gua tak sihat macam lu. Lagi-lagi gua tidak pandai bercakap banyak macam lu. Gua tau, gua tak sepantas orang lain bila bekerja. Cakap pun kena ulang empat lima kali baru orang faham.

Dem! Lu pun tak berapa kenal gua. Apa hal lu nak potong rezeki gua. Lu tak tau betapa susahnya gua nak dapat kerja dan tinggal di rumah selesa macam sekarang?

Maaf, saya kalau marah, saya akan mencarut dan tidak segan-segan menggunakan bahasa kutu.

"Mar, jangan dengar khabar angin" Pujuk Kak Siti PK HEM saya via sms.
"Ok kak, small matter. Bukan saya tidak biasa dengan hinaan orang" Jawab saya via sms juga.

Bukan saya tidak tahu, yang dikatakan khabar angin itu berpunca daripada sumber orang atas-atas juga. Disampaikan secara tidak sengaja kepada salah seorang rakan sekerja oleh mereka juga. Akhirnya sampailah ke telinga saya.

Mendengar saya ingin bersemuka dengan EGK, mereka kecut perut. Masing-masing ingat saya ini jenis pengecut. Takut sangat mahu hadap muka orang berpengaruh lagi dermawan di sekolah itu.

EGK dan sekutu-sekutu awak insaflah!

"Kekurangan fizikal saya ini, bukan pilihan saya"

Rupanya, tidaklah saya keseorangan dalam hal-hal sebegini. Baca blog adik saya di sini




Ulasan

Cikgooden berkata…
tak habis habis lagi dorang tu kak?.

hmmmm....depa tak kenai lagi kak ni sapa..seligi ja...(
Lily Abdullah berkata…
cikgu,moh bagi nasihat elok2 sikit kat kak hang. Ikut hati memang la aku nak seligi ja haha..
Cikgooden berkata…
nasehat ni kira terbaekkkk dah..hahahahaha
aza ni berkata…
salam lilly
buatlah yang terbaik...
kalau sya kata sabar...saya sendiripun bukan penyabar.
kalau saya kata pedulikan...saya sendiri pun akan melatah.
jadi buatlah yang terbaik buat diri anda..
kadang kadang perlu bersuara.
tasekM berkata…
sampai lagu tu no....?




.
AieSha berkata…
tabah ya kak...

akak keje kt sekolah mana? ;)
Lily Abdullah berkata…
Aiesha,

Tak leh cakap. takut kena buang kerja. haha


Tas,
Itulah makin gampit orang tu.Minggu ni, ada orang tuduh aku hilangkan dokumen pulak.

Azani,
Jangan bimmbang. Saya jenis penyabar kut. haha.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam