Langkau ke kandungan utama

E-surat

Engkau tentu dapat mengagak apalah gunanya e-surat untuk seseorang yang langsung tidak ada kemudahan komputer dan internet di rumah.

Lagi buta IT macam sebahagian besar penduduk di sebuah kampung di daerah Yan, Kedah. Yang mereka tahu harga padi perlu naik dan harga racun makhluk perosak perlu dikurangkan. Itu sahaja yang mereka pinta.

Nelayan-nelayan di Kampung Sungai Udang, Yan Kedah juga tidak perlukan e-surat untuk mengkap ikan dan membeli bot atau membaiki pukat koyak

Seorang orang kurang upaya fikiran, tidak perlu akaun e-surat hatta menulis nama sendiri pun mereka tidak tahu.

Mengapa kamu yang cerdik-pandai-bangang sangat suka menipu kami?

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
... sebab mereka memang cerdik-suka-menipu... politik.

hahaha
aza ni berkata…
As Salam Lily
saya ambil...nak create satu lagi gmail , boleh buat blog...
Lily Abdullah berkata…
Zam,
Hahaha!

Wassalam sdr Azani
Yes.buat blog lagi ye bang. Satu blog ni pun saya dah tak tertulis.
tasekM berkata…
saja buat perabih duit.





z171
Lily Abdullah berkata…
Tas,
hahaha! tak pa bukan duit rakyat.

171? maknanya ada 200 lebih lagi ko kena ziarah. Kalau gua makan masa berbulan ni hahaha!
Amiene Rev berkata…
tidak lama lagi nelayan di laut akan minta broadband free dan iPad 2.
Lily Abdullah berkata…
Pengagihan harta benda kerajaan eloklahh dibuat dengan telus.

Coontoh - laptop 1malaya tu. Akak tak tipu, ada sedara akak yg ada buah rumah, laki bini kerja gaji 4 angka,kerta 2 biji, anaknya dapt laptop 1malaya.

Yg lagi satu punya la susah, bapa kerja pemandu,emak surirumah,haram tak dapat.

Adil kah itu?

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...