Langkau ke kandungan utama

Entri spontan tika imsomia

Mata enggan pejam. Risau dengan tugasan yang semakin hari tidak pernah berkurang. Dari kerja-kerja sekadar menulis surat-surat laporan, kini bertambah kepada kerja-kerja menulis inventori, mengira stok, mengutip yuran dan segala mak nenek kerja perakaunan.

Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya.

***

Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal.

***
Saya akui fokus saya terhadap seni penulisan semakin menipis. Saya menulis blog supaya saya tidak kehilangan kemahiran tersebut. Saya risau, saya akan kehilangan anugerah tersebut. Sebagaimana saya kehilangan kemahiran seni lakon pentas yang pernah diajarkan kepada saya. Dikutkan hati, menulis blog pun saya sudah malas. Blog pun semakin suram. Pengunjung semakin kurang dan diam.

***
Cerita sebatang pokok besar dan serumpun pokok buluh.

Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbukit batu kawi campur granit. Ada telaga-telaga kecil ditumbuhi telipok. Sepesis teratai, tetapi bunganya lebih kecil berwarna putih.

'Saya cuma berjalan kaki ke pejabat sekolah Kebiasaannya, untuk tiba lebih awal saya keluar pada jam 7.00 pagi. Perjalanan biasanya mengambil masa di antara 15-20 minit. Jika saya terasa 'semacam', dalam masa 10 minit saya sudah terpacak di hadapan pintu pejabat.

Serius! Saya berjalan sepantas yang terdaya.

Di hujung padang sekolah, berhampiran pohon-pohon kelapa sawit ada sebatang pokok besar yang sangat cantik. Bersebelahannya, tumbuh serumpun pokok buluh yang juga cantik. Saya benci dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Hilang mood saya untuk menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Dalam keadaan gusar, kadang saya masih lagi boleh berhenti, kadang berminit-minit untuk meihat pokok itu. Saya perasan di bulan Disember lalu, ia polos. Saya jadi teruja menyepak-nyepak daun kering yang bertaburan di bahu jalan. Aktiviti menguis menyepak daun-daun kering itu kebiasaannya saya lakukan dalam perjalanan pulang selepas lelah sehari suntuk mengadap komputer.

"Hati-hati kak! Nanti tuan rumahnya marah" Kata Faiz, pengawal kesalamatan asrama sambil tersengih. Saya sekadar tersenyum. Kemudian anak muda itu meneruskan rutinnya. Meninggalkan saya dengan aktiviti kegemaran saya.

Berdiri berminit-minit memerhatikan kehijauan pokok tersebut.
Menguis-nguis daun-daun perang yang gugur.
Atau mengambil foto-fotonya dari pelbagai posisi.

Ya! Saya memang perempuan pelik

*senyum*

***
Cerpen mutakhir yang saya tulis berjudul "Kabus" dan "Kod". Belum tersiar.

Kadang saya sebagai penulis baru saya tertanya-tanya.

Membazir sangatkah menulis sebuah kisah cinta?

*senyum lagi*



Ulasan

tasekM berkata…
*senyum kepada kamu*



.
aza ni berkata…
salam lily
bakat dah ada, tulislah...cepat atau lambat bergantung pada mood...janji siap.
achik berkata…
saya pembaca yg selalu diam.. :)
Nizam.Ariff berkata…
Ish... hati hati menyepak daunan kering kak...


bukan apa...


takut ada katak. kesian kat katak tu kena sepak... hahaha
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih untuk kamu yang masih membaca :) dan masih bersuara,
Tanpa Nama berkata…
secara peribadi...tak membazir pun..

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.