Mata enggan pejam. Risau dengan tugasan yang semakin hari tidak pernah berkurang. Dari kerja-kerja sekadar menulis surat-surat laporan, kini bertambah kepada kerja-kerja menulis inventori, mengira stok, mengutip yuran dan segala mak nenek kerja perakaunan.
Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya.
Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal.
Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbukit batu kawi campur granit. Ada telaga-telaga kecil ditumbuhi telipok. Sepesis teratai, tetapi bunganya lebih kecil berwarna putih.
'Saya cuma berjalan kaki ke pejabat sekolah Kebiasaannya, untuk tiba lebih awal saya keluar pada jam 7.00 pagi. Perjalanan biasanya mengambil masa di antara 15-20 minit. Jika saya terasa 'semacam', dalam masa 10 minit saya sudah terpacak di hadapan pintu pejabat.
Serius! Saya berjalan sepantas yang terdaya.
Di hujung padang sekolah, berhampiran pohon-pohon kelapa sawit ada sebatang pokok besar yang sangat cantik. Bersebelahannya, tumbuh serumpun pokok buluh yang juga cantik. Saya benci dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Hilang mood saya untuk menghayati keindahan ciptaan Tuhan.
Dalam keadaan gusar, kadang saya masih lagi boleh berhenti, kadang berminit-minit untuk meihat pokok itu. Saya perasan di bulan Disember lalu, ia polos. Saya jadi teruja menyepak-nyepak daun kering yang bertaburan di bahu jalan. Aktiviti menguis menyepak daun-daun kering itu kebiasaannya saya lakukan dalam perjalanan pulang selepas lelah sehari suntuk mengadap komputer.
"Hati-hati kak! Nanti tuan rumahnya marah" Kata Faiz, pengawal kesalamatan asrama sambil tersengih. Saya sekadar tersenyum. Kemudian anak muda itu meneruskan rutinnya. Meninggalkan saya dengan aktiviti kegemaran saya.
Berdiri berminit-minit memerhatikan kehijauan pokok tersebut.
Menguis-nguis daun-daun perang yang gugur.
Atau mengambil foto-fotonya dari pelbagai posisi.
Ya! Saya memang perempuan pelik
*senyum*
Kadang saya sebagai penulis baru saya tertanya-tanya.
Membazir sangatkah menulis sebuah kisah cinta?
*senyum lagi*
Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya.
***
Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal.
***
Saya akui fokus saya terhadap seni penulisan semakin menipis. Saya menulis blog supaya saya tidak kehilangan kemahiran tersebut. Saya risau, saya akan kehilangan anugerah tersebut. Sebagaimana saya kehilangan kemahiran seni lakon pentas yang pernah diajarkan kepada saya. Dikutkan hati, menulis blog pun saya sudah malas. Blog pun semakin suram. Pengunjung semakin kurang dan diam.***
Cerita sebatang pokok besar dan serumpun pokok buluh.Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbukit batu kawi campur granit. Ada telaga-telaga kecil ditumbuhi telipok. Sepesis teratai, tetapi bunganya lebih kecil berwarna putih.
'Saya cuma berjalan kaki ke pejabat sekolah Kebiasaannya, untuk tiba lebih awal saya keluar pada jam 7.00 pagi. Perjalanan biasanya mengambil masa di antara 15-20 minit. Jika saya terasa 'semacam', dalam masa 10 minit saya sudah terpacak di hadapan pintu pejabat.
Serius! Saya berjalan sepantas yang terdaya.
Di hujung padang sekolah, berhampiran pohon-pohon kelapa sawit ada sebatang pokok besar yang sangat cantik. Bersebelahannya, tumbuh serumpun pokok buluh yang juga cantik. Saya benci dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Hilang mood saya untuk menghayati keindahan ciptaan Tuhan.
Dalam keadaan gusar, kadang saya masih lagi boleh berhenti, kadang berminit-minit untuk meihat pokok itu. Saya perasan di bulan Disember lalu, ia polos. Saya jadi teruja menyepak-nyepak daun kering yang bertaburan di bahu jalan. Aktiviti menguis menyepak daun-daun kering itu kebiasaannya saya lakukan dalam perjalanan pulang selepas lelah sehari suntuk mengadap komputer.
"Hati-hati kak! Nanti tuan rumahnya marah" Kata Faiz, pengawal kesalamatan asrama sambil tersengih. Saya sekadar tersenyum. Kemudian anak muda itu meneruskan rutinnya. Meninggalkan saya dengan aktiviti kegemaran saya.
Berdiri berminit-minit memerhatikan kehijauan pokok tersebut.
Menguis-nguis daun-daun perang yang gugur.
Atau mengambil foto-fotonya dari pelbagai posisi.
Ya! Saya memang perempuan pelik
*senyum*
***
Cerpen mutakhir yang saya tulis berjudul "Kabus" dan "Kod". Belum tersiar.Kadang saya sebagai penulis baru saya tertanya-tanya.
Membazir sangatkah menulis sebuah kisah cinta?
*senyum lagi*
Ulasan
.
bakat dah ada, tulislah...cepat atau lambat bergantung pada mood...janji siap.
bukan apa...
takut ada katak. kesian kat katak tu kena sepak... hahaha