Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

24.4.10

Terakhir atau barangkali banyak lagi


Terima kasih Tuhan, di sini aku terasa diriku 'ada'



Secangkir Kopi

Dingin,kosong
tidak sehangat dulu
ku sajikan
untuk kamu

mahu pergi
dalam gelap bercelaru
bukan membawa rajuk
aku mungkin akan kembali

sibuk mengatur kembali hidup
sudah beberapa kali
ku atur
jarang sekali menjadi
seperti
ku mahu

21.4.10

Lima puluh enam ke empat puluh


Dia duduk-duduk di hadapan TV. Sambil menonton rancangan The Biggest Loser.

Di tangan kanannya, ada sebiji burger separuh gigit. Tangan kiri menatang segelas Coke.

Sebotol Coke di atas meja sudah tinggal separuh.

Dia berdoa!

Sakit gigi


Rasa macam nak kurung orang dalam tandas awam  pun ada!

PS:Bahasa aku 'baik' sikit dari bahasa dia kan?

.
.
.
Yang, yu jangan kurung ai ye!
.
.
Ok, tau,tau yu ramai peminat.

20.4.10

Rebiu Karipap-karipap Cinta


Apa yang anda bayangkan bila disebut 'karipap'. Sejenis kuih kegemaran ramai. Ada juga yang membayangkan unsur-unsur teeeet. Terpulang kepada anda.

Saya baru selesai mengunyah "Karipap-karipap Cinta' hasil air tangan Vovin atau nama sebenarnya Nazri M. Annuar. "Karipap"yang saya perolehi dari bengkel AVA 11 April lalu. Lambat sikit nak megunyah, hatta karipap sekali pun. Al maklum, makcik sakit gigi. Susah hendak mengunyahnya.

Saya membaca. Sambil ketawa mengekek-ngekek macam pontianak. Oleh kerana saya ponteng gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal saya(alasan: sakit gigi); maka tiadalah keberanian saya menghilai kuat-kuat. Walau hati saya, bagai digeletek-geletek bila membaca hasil tukangan Vovin ini.

Gambar dan sinopsis di sini

Karipap-karipap Cinta membuktikan bahawa cinta memungkinkan apa sahaja. Termasuk melakukan kerja-kerja gila tidak terjangkau dek akal. Vovin juga berjaya melunasi satira senario politik semasa menerusi watak Dato' Razali Banuri.

Benar! Cinta memungkin manusia tidak mengira gender melakukan perkara-perkara gila seperti merompak, memecah pejabat dan rela ditangkap khalwat. Gaya bahasa biasa-biasa sahaja. Mudah difahami; sesuai untuk bacaan remaja mahupun yang buta sastera.

Banyak scene menarik dan melucukan yang ditonjolkan dalam novel ini. Saya paling suka babak di mana Ali berbohong kepada Rambai rakan serumahnya, kisah dia menyelematkan Sarah dari peragut. Rambai sebagai sahabat tetap mengiakan cerita Ali, walau dia sudah maklum Sarah seorang gadis yang pandai bersilat.

Begitulah kita, kadang terpaksa berbohong demi menjaga hati seorang sahabat atau sesiapa yang terdekat.

"Hidup gembira!" Tulis Vovin pada novel yang saya miliki. Silap-silap novel ini pun diminta oleh anak-anak buah saya. Sama senasib dengan 'Ayah Kita Bos' dan novel-novel hasil kerja Sufian Abas.

Saya tidak kisah. Kadang hidup ini, perlu mengembirakan insan-insan yang kita saya sayangi.

Nota karipap tambah:
1. Anda boleh makan karipap ketika membaca rebiu ini, tetapi awas; jangan makan karipap ketika membaca novel ini.
2. Menulis umpama memasak; harus datang dari hati yang tulus. Barulah yang merasa/membaca masakan/tulisan kita akan terus melekat di dalam jiwa
3. Sayugia diingatkan, rebiu saya ini adalah dari kacamata seorang pembaca biasa; yang masih kurang ilmu/teori-teori penulisan.

Dey, makcik! Novel kau bila nak siap daaaa..

16.4.10

Sudah hilang seri


Tidak tahu mahu tulis apa
sudah hilang seri
sudah kurang ummpphh!

Rehat sebentar
hujan
hari-hari yang basah begini
barangkali tergelincir
jika terus berjalan

Dalam cahaya yang samar
barangkali tersesat
jika teruskan perjalanan

15.4.10

Menulis


Umpama menggubah sejambak bunga
saya perlukan mata-mata kalian
untuk melihat apa-apa yang terkurang
dalam gubahan saya
.
.
.
,
kadang saya tenggelam dan lemas
sesat dan tak ketemu diri


PS: Sukar mengorek sampah dalam mata sendiri.

13.4.10

Dilema


Kata teman-teman, dua cerpen saya dan entri-entri blog sangat ber'trademark' Jepun. Saya cuba lari dari mempunyai 'trademark'. Pelarian saya agak kurang menjadi. Mungkin kerana saya 'obses' dengan kebudayaan dan keindahan negara matahari terbit. Morita san, guru bahasa tidak berbayar saya telah berpindah beberapa bulan yang lalu. Sebelum berpindah, ditinggalkan saya CD dan buku kecil. Sekadar untuk mempelajari asas-asas bahasa ibundanya. Dia berpesan lagi. Menyuruh saya menyambung pelajaran dengan Watanabe san. Tapi macam selalu-selalu, saya perlu pergi tepat jam satu hingga jam dua. Ketika para petugas Muslim, balik berehat dan bersolat.

Aduh! Bagaimanalah saya mahu pergi. Watanabe san itu lelaki. Saya ini perempuan. Dan saya tidak nampak sesiapa yang boleh dibuat kawan peneman. Supaya niat murni saya, tidak menjadi bahan gossip dan fitnah.


Doraemon pun cakap Melayu. Bagaimana hendak belajar dengan Doraemon?

Alangkah baiknya jika saya ada poket Doraemon?


Cerita lain( yang tiada kena mengena dengan Shin-chan)


Suatu pagi ketika saya berjalan-jalan bersama Koizumi san; saya beritahu dia di Malaysia, Doraemon pun bercakap bahasa Melayu. Koizumi san ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang menggelikan hatinya saya tidak pasti.

Dan saya ketika menonton tv buruk Ayako; terasa sungguh tersiksa lagi membosankan. Tiada lansung terjemahan dalam bahasa asing.

Bagus sekali rancangan-rancangan luar siaran tv di Malaysia.

Pelat Indon pun ada sarikata.

12.4.10

Magis yang saya cari mungkin sedikit sebanyak saya temui semalam


Ini cerita sehari sebelum bengkel semalam.

Malam itu, saya tidak tidur kerana cuba menyiapkan beberapa perenggan Bab 2. Saya hanya tidur sesudah bersolat

Tup
!

Sebaik sahaja sahaja, saya membuka mata jam di telefon sudah menandakan angka 10 am. Saya bangun dalam keadaan serabut, terus mandi, bersiap ala-ala kadar sambil meminta suami menghantar saya ke tempat biasa. Di dalam hati, saya amat marah kerana dia tidak mengejutkan saya.

"Cuba awak tengok tarikh tu betul-betul.."

Saya pun membelek semua kalender yang ada. Ha!ha!!ha!
Salah tarikh beb!

"Tu lah, jadi musang lagi. Kalau sakit, diri sendiri yang susah. Awak tu bukan sihat!" Encik Suami saya membebel-bebel.

Benar! Hari Sabtu itu, saya demam dan sakit gigi yang gila-gila. Sakit urat saraf tidak usah cerita lagilah. Malamnya, seawal pukul 9 pm, saya sudah tidur, Macam mayat. Apatah lagi dengan kesan Diazepam dan lain-lain ubat untuk mengawal 'uncontrol movement' saya.
* * *
Saya ke bengkel dengan keadaan sifar. Tidak berkesempatan menyediakan soalan-soalan terancang. Apa yang saya tanya kepada Puan Nisah Harun di bengkel adalah soalan-soalan spontan.

Kehadiran Sinaganaga dan askar-askarnya sedikit sebanyak meriuhkan majlis. Serius, saya tidak tahu siapakah antara mereka yang menjemput menyertai projek blook Gangguan Teksual 2007. Tok Rimau rasanya.

Keduanya, di majlis inilah buat pertama kalinya, saya melihat muka Jigo, yang menulis bila suka itu. Buat julung kali juga, saya menegur Pipiyapong dan Vovin. Walau saya selalu ketemu mereka di Maskara.

Perkongsian ilmu bersama rakan-rakan dan Puan Nisah sedikit sebanyak kembali menggerakkan enjin penulisan saya.

Terima kasih untuk teman-teman AVA yang lain. Penganjur dan pemudahcara. Semoga bertemu lagi untuk bengkel yang akan datang.

*****
Ini mula cerita dalam komuter dari Bandar Tasik Selatan ke UKM yang saya naiki selapas Khar menumpangkan kami berempat ke stesyen Starline Bandar Tun Razak semalam. Saya, Farah, Puteri Lily dan Rebecca Ilham.

Minta maaf, saya mahu menggunakan bahasa terjah ala-ala Pipiyapong dalam cerita ini.

Gua sampai stesyen tu tepat jam 6.02 am. Apa ke jadah tunggu komuter hampir setengah jam. Makin bersepah dengan penumpang. Gua sudah penat berdiri. Sudahlah orang keliling pandang gua macam 'alien'. Gua rasa macam nak jerit dengan penuh takbur

"Wei, gua penulis beb! Gua baru balik dari bengkel ni. Lu jangan pandang gua, macam orang buta huruf"

Tapi gua ingat pesan abah, jangan takbur. Tuhan marah!

Keretapi sampai. Mereka tolak-tolak gua. Gua tak kasi chance. Tiba-tiba gua naik radang tahap gaban. Gua tolak-tolak juga. Dalam perut gua, pun dah ada batu. Terbakar dan berapi-api. Akhirnya gua dapat naik.

Huh!

Macam sardin. Gua ikan kecil yang tersepit di celah-celah ikan-ikan besar yang berbau macam air longkang. Bila dah masuk ke dalam gua berdiri betul-betul dekat pintu. Gua sakit hati ya amat bila tengok tempat duduk OKU diduduki oleh dua amoi jelita dan sorang mamat hensem yang cacat otat.

Sorang brader, naik kat stesyen Serdang. Dengan marah-marah dia kata" Sape tak mau masuk ke dalam, tolak je biar jatuh mampus" Gua buat 'dek'. Dan dia betul-betul tolak gua. Nasib baik tak jatuh. Apa ke jadah gua nak ke dalam. Gua nak turun UKM je. Gua dah le lembab dan terhegeh-hegeh. Nanti kalau ke dalam sikit, susah gua nak turun. Elok gua sampai, pintu komuter sudah tutup. Takkan gua nak gi makan angin sampai Bangi.

Gua penat beb!

Biiasalah, orang penat lidahnya jadi tak terkawal dan celupar. Brader tu masih tolak-tolak gua dan dengan bahasa kesat menyuruh gua ke dalam.

Apa lagi, gua sound dia abih-abih. Sampai dia hilang suara.

Dia pun tak sangka seorang 'makcik' yang sepatutnya tunjukkan teladan tiba-tiba boleh sonud dia guna bahasa kutu.

Gua menenking dia" Oit,oit, barder! Lu cakap baik-baik sikit ye. Sebelum lu tolak-tolak gua, kalu lu rasa dah cukup samseng, lu boleh terajang dua amoi dan mamat yang cacat otak dok kat tempat yang dikhaskan untuk gua ni bla...bla..bla...."

Suara gua makin tinggi. Semua orang pandang kami. Brader tu terdiam. Macam orang bisu. Dua amoi dan satu mamat tu tertunduk-tunduk. Malu agaknya.

Hambik lu!
Gua turun kat UKM dengan rasa yang amat puas hati.


*Foto keredit kepada saudara Mat Min.

7.4.10

Tuhan, kirimkan saya magis


Akhirnya, saya akui menulis bukanlah kerja enteng. Ia memerlukan latihan panjang; fokus dan komitmen yang cukup berdaya tinggi. Sesungguhnya, menulis di halaman blog jauh berbeza dari menulis yang sifu saya istilahkan karya berlian.

Saya semakin hilang fokus. Hilang kata-kata indah.
Dengan bicara lain semangat/motivasi terasa turun ke kaki langit.

Tersangkut di bab dua. Sudah saya paksa diri. Asyik buka tutup folder. Asyik sunting dan sunting.

Ah! Tolonglah saya Tuhan. Berikan saya jalan keluar. Menulis adalah nyawa, yang buat saya rasa suara saya didengari.

Tuhan, kirimkan saya magis!
Atau saya harus mencari magis.

5.4.10

Bukan untuk sesiapa

KEMBIRIKAN EGOMU

Sebentar tuan
kembirikan egomu
turun dari tahta
mencemar duli
ke sini
lihat kami

Ketika longkang kami tersekat
dan lubang air tersumbat
ada sesiapa ambil tahu

Maaf tuan
guna otak kamu berbalut kertas ijazah/phd itu
tengok-tengokkan kami
yang buta, capik dan terteleng-teleng

Maaf tuan
lupakan sebentar tajam penaku
kerana lidahku tidak celupar
sepetah kamu bila berjanji
ambil peduli tentang kami

Tuan
Jangan kau asyik megira laba
perut kami juga kelaparan
ada hutang yang perlu dilangsaikan
kami pun mahu segar bernafas.

Ketika kita belum bersedia untuk banyak peristiwa tentang kedewasaan


Saya betul-betul hilang akal untuk mencoret sesuatu di laman. Sudah lama tidak berfiksi. Jadi saya terbangkan enteri dari blog tersorok ke mari. Sekadar-suka-suka berkongsi cerita awal remaja.

Insiden begini mungkin tiada kaitan dengan adik-adik dan anak-anak zaman sekarang di mana ibubapa lebih bersikap terbuka dan maklumat diperolehi di hujung jari.


KAWAN MERAH.

Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi.


Dia angguk walaupun tidak faham.


Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki.

Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi.


Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban.


Dia tahu kenapa

Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu.

Entah datang dari planet-planet mana.


Dia benci!

Sunguh-sunguh!


‘Kawan merah’ yang datang setiap purnama itu menyebabkan Mohsein dan Azmi cop dia sombong. Dia lagi-lagi sakit hati bila dapat tahu, Mohsien rapat dengan Milah sepupunya.


Dia sebenarnya lagi benci dengan dua ketul daging yang sedang membesar di atas dada.

Dan dia mengesyaki ada dua alien sedang membesar di dalam dadanya.


Suatu hari abah pulang kerja. Abah belikan dia buku yang bertajuk “Asas-asas Fardu ‘Ain”.

Dia baca dan dia mula memahami!

Dia terenyum dan tidak lagi memarahi ‘kawan merah’nya.

1.4.10

Kata kunci

Sudah dua minggu tidak mengemaskinkan blog. Jika rumah atau pejabat pastinya penuh sarang labah-labah, sarap-sarap sampah. Mungkin juga tahi cacak.

Tadi saya memeriksa akaun Nuffnag. Dan kata kunci yang saya temui amatlah menggeletek hati.

Di antaranya termasuklah yang berikut

Jowopinter Qusnan Munazarif. Silalah bersuara seperti dahulu kerana ada orang sampai ke blog ini kerana mencari kamu ha!ha!

waterlily blog19
gambar rumput kerbau2
gambar konvokesyen plpp bangi 20061
lukisan bunga water lili1
apa bunga kesukaanmu?lily1
cerpen pelangi1
krayon maskara1
bahan siaran tentang cinta1
waterlilysicksadcity1
jowopinter q. munazarif