Lama tidak bersuara di halaman ini. Tangan pun mula terasa gatal hendak menulis pula. Sebetulnya saya sibuk. Walau saya bukan PM, kesibukan saya adalah memberikan keutamaan kepada sesuatu yang benar-benar perlu dilakukan. Ya! Menyiapkan apa-apa yang perlu sahaja.
*senyum paling manis untuk anda*
Saya sudah tidak mahu sekadar bersuara di sini cuma. Saya mahu lontaran kata saya melantun lebih jauh.
Tapi hari ini, saya nak membebel jugalah. Isu yang telah lama saya tinggalkan. Bukan saya lupa asal saya. Saya sedar motif awal saya memblog adalah kerana isu-isu sebegini.
Nak marah-marah, angkat-angkat sepanduk pun tak guna. Bak kata orang utara "pi mai,pi mai dok tang tu juga".
*senyum sumbing/sinis*
Hello untuk majikan-majikan yang menggaji OKU(tak kisahlah awak dari sektor mana pun, sama saja kan?) Walau janji kamu manis macam gula, tindak-tanduk kamu kadang macam orang gila kuasa. Saya faham okay!...Motif kamu sebagai majikan tentulah nak tingkat produktivi, tambah kualiti. Mudah cakap, nak untung cepat, banyak laba dan cepat kaya. Saya tak salahkan kamu untuk itu. Tapi bila kamu sudah menggaji OKU sebagai staff kamu kerana apa?
Prihatin?
Kasihan?
Imej syarikat?
atau lain-lain maksud..
Kalau benar, kamu prihatin terimalah kami seadanya. Dah nama pun kurang upaya - tentu ada yang serba tak kena. Kerap cuti, kerap jatuh sakit, kerap ada temujanji dengan hospital. Senario biasa dalam kehidupan seorang OKU. Jadi nasihatkanlah pegawai-pegawai di bawah kamu atau rakan setugas agar lebih prihatin. Kalau kamu yang bos pun,ikut menindas yang lain-lain apatah lagi. Sediakan jadual waktu kerja yang anjal,supaya kami mampu menyumbang produktivi. Walau kami tak sehebat segagah kamu.
Jangan peralatkan kami. Ambil kami kerja, dan bila pak-pak menteri atau orang surat khabar datang; kamu pun sibuk-sibuk panggil kami bergambar, suruh tunjuk-tunjuk kebolehan kami.
Depan wartawan dan pak-pak menteri kamu kata kami istimewa, berbakat dan segala mak nenek puja-puji.
Depan kami, kamu kata manja, tak tahan sakit, asyik cuti, asyik pergi hospital. Atau ayat paling gampang yang pernah saya terima bila minta jawatan saya dinaiktaraf di sebuah NGO yang konon-kononlah prihatin sangat memperjuangkan nasib OKU. Ayat gampang dalam bahasa yang saya tidak berapa faham itu "WE THINK YOU'RE UNABLE TO HANDLE CLASSROOM INDEPENDENTLY"
Hello, boss(bekas boss) saya masih ikuti perkembangan NGO kamu.Wah! Makin banyak derma kamu dapat. Dari kompeni besar. Sungguhlah, prihatinnya kamu. Hanya untuk mereka yang tak tau bersuara; tak tau hak dan ikut macam lembu cucuk hidung. Yang suka buat" bising"- kamu kenakan cukup-cukup. Kamu belasah dengan kata-kata yang buat saya hampir hilang kepercayaan diri.
Saya bukan setakat hilang kerja boss(err..bekas boss). Hilang percaya diri. Hampir-hampir saya tidak mahu pergi mana-mana interview kerja.
Saya tabik! Anda(dan majikan-majikan seperti anda) hampir berjaya bunuh semangat juang kami.
Konklusi anda?
Ambil Bangla, Nepal, Indon, bekerja untuk anda. Mereka bisa apa saja. Macam lembu..boleh suruh naik ke katil, boleh suruh makan babi, boleh tinggal dalam kandang. Tak payah bayar bil perubatan, caruman itu dan ini.
Bagus 1Malaysia!
Malaysia Boleh!
Penyertaan dan penyamaan peluang untuk orang kurang upaya!
Macam haram!

Ulasan
:)
Silap2 boleh jadi senator wakil untuk golongan OKU kak.
Bravo, depa kena bagi sedar sikit
Hati kering betulah orang itu....Dalam doaku selalu ada kamu Mar,Insyaallah.
Suara saya tak melantun ke mana pun. Lainlah kalau datin pak menteri yang bersuara.
Kak Has,
Bos yang dulu2 tu le. Lepas tu saya asyik pergi interview je. Kerjanya tak juga ada. Saya terimalah, bukan rezeki saya.
Purp,
Letih sudah menyumpah seranah ni...
Shimi,
Berapi pun tak ke mana. Email ler akak, boleh akak jemput kamu ke blog tertutup tu.
Vit,
Jika kamu mahu baca sajak old fesyen tu, email saya k. Terima kasih kerana bertandang. Sudah pun menjengok halaman kamu diam2 :)
amende kak? Macam haram!? hahahaha... ok. aku tak berapa nk berani guna perkataan nih. terima kasihlah kerana berikan aku inspirasi untuk menggunakannya. ha ha.
kak, adik kita si kackak suparjo datang melaka. dah ada kat mitc, dia call aku. tapi kerana dia bz tak dan nk jumpa. menyampahlah dia tu. he he.
dan lagi satu. maaf ye kak... beberapa hr ni emosi aku tak stabil...
tasekM
.
noordin mat top dah tak dak...
hang kenai azilah ngan sirul?? :P
SPRM, heh boleh percaya ke?Silap2 aku yang ke dalam...aku bukan berduit nak upah kapal singh haha!
Pakcik lagi,
Azilah ngan sirul, alaa..asik tutup muka ja mana nak kenal :)
Me,
Wassalam. :)
TM,
Aku kalau marah boleh tukar jadi gaban kau tau hahaha!
Adik kachak mmg gitu, maklum ler kachak hehehe(jgn marah ye adik kachak,kakak2 semua sayangkan awak k)
ps; sejak aku besifu dengan Puan Azmah Nordin secara online ni, terikut2 pula ayat dia k.
WL
MARSLI N.O
Hidup 1 MALAYSIA!!!!!.....
warghh!!! warghhhh!!!!!
selalunya yang dikatakan sempurna segala yang tak reti bersyukur kan kak
btw, sis cukup kuat hadapi kenyataan idup..well done!.. :)