Langkau ke kandungan utama

Putus sudah


Hidup perpasangan dengan ikatan perkahwinan membuatkan kita gembira walaupun ia kadang melukakan. Ikatan itu istimewa dan hanya anugerahkan kepada orang yang bertuah. Perkahwinan kadang ibarat pasu antik; sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh dan pecah berderai.

Anugerah yang bernama perkahwinan, sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Bisa sebaliknya jika tersalah tempat. Dan engkau tuang asid hydrochloric pekat ke atasnya. Perkahwinan bukanlah kata-kata tetapi berdiri teguh bersama segumpal ikrar dan tanggongjawab.


************
Suatu hari kau dan aku duduk-duduk berbicara kosong. Waktu rehat jam sepuluh dua tahun yang lalu.
“Kak, dia terlalu baik untuk aku. Banyak berkorban. Enam tahun baru kami dapat berkahwin kak! Itu pun kami kongsi wang hantaran”

Aku dengar dan kau menyambung “Walau aku macam ni (kau maksudkan kita satu species – kurang upaya dengan CP) dia masih sudi terima aku seadanya.”

Aku ingat hari perkahwinan kalian kawan. Dia bergaya sakan bergambar dengan pelbagai fesyen pakaian. Dia manis, kerjaya hebat dan punya wajah iras Adibah Noor. Rasa cemburu terdetik di benakku, kerana aku cuma ada sepasang baju pengantin di hari bahagia. Itulah baju nikahnya, tiada upacara bersanding atau seisi fotografi profesional.

************
Tidak sampai beberapa bulan, kau terjerit-jerit gembira lagi. “Kak. saya bakal jadi ayah kak!”

“Tahniah” Aku tumpang gembira sambil dalam hati penuh gelodak cemburu. Aku pujuk hati lara dengan berkata “ Bukan rezekiku lagi”
Sampai sekarang, kadang hati sudah tidak terpujuk lagi!

**************
Suatu pagi, isterimu (bekas) via YM memberitahu ku” Kak, saya dan S dah cerai”
Terkejut beruk aku, hampir tertumpah caffeine tiga dalam satu yang aku minum depan pc.
“Kenapa?” Aku via YM.
“Dia ada betina lain, kak!” bekas isterimu via YM.
“Tak baik cakap camtu, apa pun dia perempuan juga macam kita” Aku tidak mahu curah minyak tanah di atas unggun api.
“Tak mau rujuk?” Aku tanya lagi.
“Rujuk apa lagi kak, saya rela bermadu. Tapi betina tu tak nak. Dia suruh S pilih” bekas isterimu iras-iras Adibah Noor menjawab.
“Tabahlah...ingat ini ujian. Jaga anak elok-elok. Sekurang-kurangnya kau ada pendapatan, ada kerja dan keluarga yang menyokong.” Aku cuba menasihat macam kaunselor. Pada hal hati aku pun menggelegak macam air mendidih.
“Saya okay kak. Jangan risau” bekas isterimu ber’ym’ dari tempat kerja lama aku. Aku faham masa sudah tamat untuk berbual panjang.

*************
Betina? Wajar juga kau digelar begitu wahai perempuan. Kau runtuhkan masjid orang; putuskan kasih sayang suami isteri; putuskan hubungan ayah dan anak yang masih kecil.

Aku tidak mengerti, bagaimana kau boleh tersenyum bahagia di atas titisan airmata orang lain.

Tapi! Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Tak begitu kawan?

Kawan, kalau kita bertemu aku ingin dengar cerita. Versi kamu pula. Aku mahu berlaku adil kerana kalian berdua adalah sahabatku!



Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

masing masing akan tampil dgn versi masing masing... tp saya yakin akak akan dapat nilai persamaan dan percanggahan... bukan nak menghukum kan? cuma nak tahu perkara sebenar... biarpun hanya berapa percent cuma... kak, doakan nizam ya.. demamnya makin tinggi pulak... sedang tunggu awie ni, nak ke spital buat kali kedua... selamat sahur
ckLah @xiiinam berkata…
Selamat beribadah di bulan Ramadhan......

Semoga berbahagia bersama pasangan yang kacak itu...Encik Razak.
Salam Water Lily,

"begitulah, kita tiada pernah nampak apa yang terbentang di hadapan kita",

"mungkin apa yang dilalui saat ini akan lain di saat lainnya".
Unknown berkata…
doakan saya dan isteri kekal sampai akhir hayat..salam ramadhan akak..
Basuh Baju berkata…
akak dah kahwin blm? haha

btw, selamat berpuasa!
lonelyroseblack berkata…
sis-
ada perkara dalam hidup kita perlu penjelasan, pun..banyak perkara dalam hidup kita sebenarnya, tak perlu penjelasan..

kita berdiri atas apa yang kita percaya, dan yakin benar..

sama seperti yakinnya kita pada KUN FAYAKUN Tuhan.. :)

maaf ya, kelihatan seperti mahu mengajar sis pula..ini sekadar pesan pada diri saya sendiri sebenarnya.. :)

salam ramadhan.. :)
Unknown berkata…
Hello my friend...my heart happy to visit+follow you .. how are you..visit+follow me back
Nizam.Ariff berkata…
Selamat berpuasa kak...
addyaholix berkata…
salam ramadhan kak lily!

takkan ada yang berkahwin untuk bercerai. saya yakin. tapi bila itu pengakhirnya, kita cuma mampu redha dan berserah pada Dia. moga ada yang lebih baik di hadapan sana Insyaallah!
Raja Syahrul Helmi berkata…
Cinta tanpa perkahwinan adalah lebih mulia drpd perkahwinan tanpa cinta. sbb tu gua x kawen hehehe;p
Sebab itu ada yang berkata nilai perkahwinan hanya ada pada sekeping kertas.

WL,
Selamat berpuasa dan mencari pahala yang berganda dibulan ini.
Hmmm.... saya malas-lah nak ulas pasal kahwin-kahwin ni... :)
Adliff berkata…
Salam,

Akak,

Sagala yang berlaku ada hikmahnya. Kalau nak ditimbang dan korek sebabnya memanglah susah. Jadi yang terbaik, biarlah perkara yang lepas berlalu, kita yang tinggal ambil teladan.
en_me berkata…
apa diharap padi seberang, padi kat blog nih pun ramaiiii ghitewww..

ehehe, salammm ramadhan akak lily yg berjiwa kentall itewww..
tasekM berkata…
adakah n3 ini sempena perkahwinan ustat rebonding itu. he he.


.
rudy bluehikari berkata…
saya ingin dgr pihak yang satu lagi. skrg tak boleh judge lagi,alahai mcm hakim pula saya ni.ihihihi.
Bunga Rampai berkata…
Salam Ramadhan WL :)
- j o h a r i - berkata…
saya suka cara akak. tidak terus meletakkan hukuman berdasarkan cerita sebelah pihak...

tp skrg ni mmg ramai yg ketawa gembira atas luka dan duka org lain..
AieSha berkata…
kadang kita perlu redha kak. pasti ada hikmah sbb perjalanan hidup kita dah ditentukan. mmg kita marah, tp akhirnya kita kena berbalik pd Dia juga.

kem salam abg razak.
chemie berkata…
This has nothing to do with the post above. Water lily, I like ur writing style. Any plan to write novels or short stories in the future perhaps. U hv the gifted skills, so why don't u expand it.
nuyuljana berkata…
rambut sama hitam, hati lain2.

moga Allah beri kekuatan pada teman kak lily.

amin.
Pa'chik berkata…
abis jodoh... nak kata apa...
tasekM berkata…
weh kak. bila tahun ko nk hapdet ni kak? hehehe...
Kay berkata…
lumrah hidup kan...
apa2 pun semoga bahagia selalu dan
selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran.
(^_^)
Alina berkata…
salam kak. selamat ramadhan. moga dapat berkatNya.

erm. saya tak berani komen. sebab kata kata saya selalu juga berbalik pada diri.

apa pun, Tuhan yang maha tahu, kan?
Rajuna berkata…
seram jugak kalau aku menggatal bila dah kawin nanti.

keh keh keh
Ungku Nor berkata…
insyaAllah kita jumpa kat rmh pena nanti..so sekarang akak takyah oder.
hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam