Langkau ke kandungan utama

Maskara Ogos dan teman-teman yang menjadikan saya teruja

Pasca Maskara.

Saya roger rakan-rakan siber termasuk si
Pam. Ada yang demam, yang sibuk dan pening dengan peperiksaan dan tugasan.
Yes, gua sudah merdeka dan sedang cuti-cuti semester!

Saya dan suami membawa seseorang istimewa ke Maskara kali ini. Bagi saya, ini Maskara yang paling mengembirakan kerana dapat menikmatinya bersama-sama
Adik Botak saya. Terima kasih, untuk Nizam yang sudi memandu untuk kami ke destinasi, walau dia berkerja keesokan pagi. Saya gembira biarpun hanya berpelukan seminit dua dengan Taf Teh dan Dila Raden. Terkilan juga sebab tidak sempat bergambar dengan akak Engku Noor.(pasai apa tutup blog,invite la cek! hahaha!)


Muha dan Alina Nizam dan Muha

Oh ya!
isteri kesayangan Encik Awak semakin slim. Serius ni! haha!
Persembahan.
Agak terkilan kerana terlepas persembahan Beha. Saya tidak gemar mengulas panjang tentang seni persembahan, kerana ia diluar kemampuan ilmu yang saya miliki. Bagaimana pun saya sertakan empat suku bintang untuk
Meor. Dan saya sanggup menghabiskan duit whiskas kucing kesayangan saya untuk membeli dua keping CDnya.

Bagi saya, semua persembahan ada keistimewaan tersendiri. Tabik! Saya terhibur.

Mungkin foto-foto ini layak bercerita tentang mereka yang saya temui. Ada seseorang ingin benar saya temui sejak saya berada di bangku sekolah ketika usia masih belasan.
Lelaki ini, misalnya.
Bro Pyanhabib dan rakan-rakan

***********
Seorang lelaki menghampiri saya, dan bertanya “ Banyak menulis?” Saya kata, “Tak adalah, di blog saja” Saya tanyakan siapa dia. Oh! terujanya.
AJ mengenali saya. Selama ini, sekadar bergurau-gurau di laman maya. Sudah ketemu, hilang entah ke mana segala bicara. Mereka yang sering mendakwa mereka adalah lelaki kacak :)



Saya sempat menegur saudara yang memakai shampoo alami,sewaktu mahu berangkat pulang.

Terima kasih untuk Sindiket Soljah, soljah-soljah dan jeneralnya,
Alina dan kawan-kawan yang kita suka.


Sekian, seperti selalu saya sekadar mengulas rasa.

Ps: Encik Suami saya tertidur di belakang. Saya mengerti itu bukan dunianya dan saya berterima kasih kerana dia memahami dan menyokong saya.

3.12am
9/8/09
*pantas gila gua updated sebab blog sudah bersawang *

Ulasan

Tok Rimau berkata…
Jiwa Tok dah sampai Rumah Pena tapi jasad masih dirantai di Johor.
ckLah @xiiinam berkata…
...gembira melihat teman gembira...
Nizam.Ariff berkata…
Seronok bila tahu akak pun seronok..
Aku tumpang seronok je la...
Lily Abdullah berkata…
Tok,
Bukalah satu 'cawangan'lagi di sini hehehe..

pst..pst..Mamamon tak baca blog saya kan?

Kepingin sekali bertemu Tok.


Kak Lah,
Bila agaknya boleh datang bermaskara :)

Nizam,
ok,boleh tumpang :)
tasekM berkata…
tak ada yg pakai mask ke kat maskara tu kak? hehehehe...

ni dak MC pulak demam. alahai...



.
Unknown berkata…
rasa nak g tapi takde sapa jemput...hehehehe...
cakapaje berkata…
Salam WL,

Wah, seronoknya dia ngan gadis jelita sorang tu :) Nanti sampaikan salam saya kat Muha ye. Saya telah kehilangan hp serta kesemua nombor yang ada dalam tu. Kini gunakan nombor baru.
Tanpa Nama berkata…
wah bestnya!!! Hai bilalah saya boleh ke Maskara. Harapkan kak tasik merah je membawa saya ni, sebab jalan kl haram saya tak tahu. lawalah template baru ni hehe
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

nizam malu... sb ada gambo die.. hehehe... tp seronok sgt malam tu... tq kak
oranglidi berkata…
woho.. maskara nanti pegi x?
Amiene Rev berkata…
suatu hari saya akan datang ke maskara dengan kapal terbang di langit yang mendarat dengan selamatnya di darat
Lily Abdullah berkata…
Amien,
Rumah Pena tu nak parking kereta pun payah dik! haha!

Orglidi,
Maskara mana pun, ada masa tetap pergi.

Muha,
Laaa..malu juga. suruh dia pakai topeng hahaha!

amirah,
Cuba-cubalah ko rasuah dia dengan alphad sebijik dua hehe..apam balik boleh kut PAM(baca:Pem) :D

Joe,
Memang seronok dik!

Akhi Shah,
Cantik ke tidak ke si Alina tu, dia bukan nampak. Dia hanya melihat dengan mata hati cuma.

Kimie,
Alaa,tak payah jemputan..lain kali datang aja.Tka kenal sesiapa pun,buat2 kenal aja hahaha!

TM,
Aku rasa kan,blogger semua pakai 'topeng'. Dalam blog melawak macam kenal bertahun. Dah jumpa kelu pula. Aku la, orang lain aku tak tau hehe..
en_me berkata…
dah ada suami ghupernyerr.. uhuhu
en_me berkata…
dah ada suami ghupernyerr.. uhuhu
rahmat haron berkata…
sekarang saya tahu water lily..ha.ha.kemarin belum pasti lagi.
sinaganaga berkata…
weh, gambar tu, kasi close up kat jam mahal gua tu, dek!!!!! ha ha.
Alina berkata…
wahhh wajah baru blog ini ya?

senang amat bertemu dgn kaklily dan muha. :)
Lily Abdullah berkata…
Bro Rahmat,
Yang sama gigi macam lu,itulah gua beb hahaha!

Me,Akak dah ada laki,ape ko ingat aku solo ke hahaha!

Oit..oit..bang, riak tu bang hahaha!

Alina,
Kami juga gembira ketemu Alina. :)

Gua nanti2 AJ dan bro Pyan komeng entri nih. hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...