Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan)
Satu.
Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa.
“Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari pemandu teksi. May mendengar, namun dia tiada kekuatan untuk melawan. Dia punya masalah pertuturan. Pagi itu, May mohon Tuhan berikannya kesabaran. Jika pagi itu,dia tiada kekuatan, mungkin dia menangis meraung macam orang gila dan pemandu teksi itu akan terbujur menjadi mayat.
Dua.
Jimmy, apabila menaiki kenderaan memang tidak boleh bersendirian. Nanti pasti, dia dimaki pemandu bas/teksi kerana tidak membayar tambang atau membayar tambang yang tidak mencukupi. Walau dia menunjukkan kad yang berwarna oren/merah cetakan JKM, ianya tidak memadai. Dia tetap dimaki dan dimarahi. Jimmy, seperti May. Mereka tidak perlukan kerusi roda. Tidak perlu bertongkat, tapi perlukan sedikit kefahaman dan keprihatinan. Kelihatan punya tangan kaki yang sempurna. Cuma kadang kala, Jimmy tertidur dalam bas dan berjalan terhoyong-hayang kesan ubat-ubatan epilepsy yang diambilnya. Kadang kala dia dimaki, kerana disangka orang mabuk. Tidak nampak sebarang kekurangan, kecuali jika masyarakat benar-benar prihatin tentang mereka.
Untuk May dan Jimmy kota metro Kuala Lumpur ini telah banyak memberi ruang kepada mereka untuk berdikari. Dan, kota metro ini juga; pada waktu yang sama telah merampas sesuatu dari mereka. Dalam diam-diam dan di dalam kesenyapan, kota ini telah merampas sesuatu dari insan-insan kerdil seperti mereka.
Mungkin dari saya dan kalian juga.

Ulasan
sedih hati saya baca catatan ni. saya tahu yang diperlukan oleh golongan seperti di atas adalah empati, bukan simpati
Lagi tinggi kota metro kita bina, lebih banyak kita musnahkan sifat keinsanan.
Itu paradox.
walaupun secara bertulis di dada akhbar dan kata2 menteri mengata bahawa kita telah menyediakan prasarana dan minda kelas pertama
nama pun manusia.
saya manusia. saya juga tak lengkap. saya akui.
erm...orang epilepsi tu dpt kad oren/merah? kenapa?
ada kekurangannya.
yang kurang upaya,
aku pernah menolongnya,
namun,
tak tertahan untuk melepaskannya,
bimbang,
mereka dianiaya.
lalu,
aku salahkan diriku.
haih~
.
Moga J dan M, sptmana tulisan aku bertajuk CP yang lalu menjadikan manusia di luar sana memahami keadaan kita. Jgn risau J dan M, Allah itu adil. Maha. Di sana kelak J dan M akan duduk di atas drpd manusia spt kami yang kononnya sempurna tetapi, tidak di hatinya.
Tabahkan hati sang waterlily.
Inilah kali pertama menjenguk ke sini.
Sebenarnya orang yang sebegini mereka tidak sedar yang mereka sendiri alami kecacatan. Mereka menghidapi kecacatan otak. Otak yang tidak punya naluri kemanusiaan!
Mohon Allah jauhkan penyakit itu menjangkiti kita kerana penyakit ini akan mengundang kemurkaan Allah.
budi luhur warga kota ku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
menghakis sopan santun....
kemanusiaan semakin mandul....
Entry ni buat saya insaf ;)
Untuk makluman May dan Jimmy adalah contoh pengidap Cerebral Palsy. Oleh kerana mereka terdiri daripada yang petah bercakap hingga ke yang hanya boleh menggannguk,yang boleh ke universiti atau yang tidak dapat membaca lansung dan yang terlantar di katil sehingga yang dapat mendaki gunung,maka JKM biasanya mengeluarkan kad yang berbeza untuk mereka.
Kerana media arus perdana asyik bercerita ttg politik,ttg ekonomi dan ttg gossip para artis, maka tiadalah pendedahan untuk golongan ini, kecuali bagi mereka yang mempunyai kawan2, anak2 atau saudara mara terdekat yang mengerti.
T/kasih.
tak apa. Tuhan ada.
coretan ini mengingatkan saya tentang apa yang bakal dilalui oleh adik saya sendiri nanti. Dia juga tidak sempurna walaupun zahirnya nampak ok. Setakat ini ibubapa saya tidak membenarkan dia berjalan seorang diri.
Adakah kami bersalah membataskan pergerakan dan pergaulan dia?? Entah.... saya tidak tahu jawapannya. Yang pasti, saya dan ahli keluarga yang lain inginkan yang terbaik untuk dia.
OKU moral sangat susah hendak dikesan ketidakupayaannya.
Me,Nangis ok,tak update blog tak ok hehe..
Aishah,
Insyaallah, Tuhan akan mempermudahkan kehidupannya.
Lina, Tuhan tidak jadikan sesuatu tanpa sebab(untuk mereka yang mau merenung dan berfikir)
Zambri,
Sungguh! Kadang kala kita terpulau hanya kerana kita menongkah arus.
Moga-moga kita tidak tergolongan.Ameen!
Azie,ya betul sedikit empati pun cukuplah.
Nizam,
Paradox..ya!Kejam sekali!
Shimi,begitulah nampaknya.
Mugi,
Soalan kamu sudah dijawab dengan panjang lebar :)
Nik,
Kadang-kala mereka kelihatan lucu juga. Awas,jangan terlebih gurau. Mereka sensitif juga.:)
Amal,
Sedih..telankan sahaja Amal.
Aloy,
Betul,ia merampas apa sahaja,sekalipun kau berjaga-jaga.
Joe,
Mudah-mudahan
ps- lama kamu menghilang. Atau kamu membaca diam2.
Aie,
Aku cuba,sedaya ada agar tidak rebah dik. Cuma sesekali,aku perlukan tangan anak-anak muda yang segagah kamu :)
Tehais,
Sama-samalah kita menginsafi kelemahan diri :)
Budak Hijau,
Itulah hasilnya,bila keuntungan duniawi sahaja yang dipakai guna.
Encik Rudy,
T/kasih untuk entri 'Cerebral Palsy' kerana kecuali kami,tidak ramai orang yang mahu tulis ttg dunia kami.
Kak Lah,
Ya,sungguh!
Tasik,
Aku faham kenapa kamu takut,KL Central pun kamu belum sampai hahaha! Moh kita deting lagi ye.
Zaid,
Mudah-mudahan Tuhan membalas kebaikan hatimu.
Aku OKU,
Kadang kala terasa lelah dengan persekitaran.
Encik Ubi,
Setuju dengan kamu!
ab,
aku tahu,tapi aku sangat sakit dan lelah.
Mweller,
Salam kenal. T/kasih kerana meninggalkan sepatah dua kata di sini.
T/kasih untuk yang membaca diam2 juga.