Langkau ke kandungan utama

Sebuah cerita ketidakprihatinan.


Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan)

Satu.

Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa.

“Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari pemandu teksi. May mendengar, namun dia tiada kekuatan untuk melawan. Dia punya masalah pertuturan. Pagi itu, May mohon Tuhan berikannya kesabaran. Jika pagi itu,dia tiada kekuatan, mungkin dia menangis meraung macam orang gila dan pemandu teksi itu akan terbujur menjadi mayat.

Dua.

Jimmy, apabila menaiki kenderaan memang tidak boleh bersendirian. Nanti pasti, dia dimaki pemandu bas/teksi kerana tidak membayar tambang atau membayar tambang yang tidak mencukupi. Walau dia menunjukkan kad yang berwarna oren/merah cetakan JKM, ianya tidak memadai. Dia tetap dimaki dan dimarahi. Jimmy, seperti May. Mereka tidak perlukan kerusi roda. Tidak perlu bertongkat, tapi perlukan sedikit kefahaman dan keprihatinan. Kelihatan punya tangan kaki yang sempurna. Cuma kadang kala, Jimmy tertidur dalam bas dan berjalan terhoyong-hayang kesan ubat-ubatan epilepsy yang diambilnya. Kadang kala dia dimaki, kerana disangka orang mabuk. Tidak nampak sebarang kekurangan, kecuali jika masyarakat benar-benar prihatin tentang mereka.

Untuk May dan Jimmy kota metro Kuala Lumpur ini telah banyak memberi ruang kepada mereka untuk berdikari. Dan, kota metro ini juga; pada waktu yang sama telah merampas sesuatu dari mereka. Dalam diam-diam dan di dalam kesenyapan, kota ini telah merampas sesuatu dari insan-insan kerdil seperti mereka.

Mungkin dari saya dan kalian juga.

Ulasan

Najmuddin Yusoff berkata…
Salam kak. Catatan yang menghunus kalbu. Moga saya dijauhkan daripada termasuk dalam golongan 'perampas' itu. Sedar mahupun tidak.
azie berkata…
nauzubillah minta dijauhkan dari saya jadi golongan yang tidak prihatin seperti itu.

sedih hati saya baca catatan ni. saya tahu yang diperlukan oleh golongan seperti di atas adalah empati, bukan simpati
ubilepih berkata…
watak yg dihadirkan untuk menguji amalan hati manusia...sama ada manusia itu ingat tuhan atau tidak.
Amalina berkata…
sedih... hmmm...
Nizam.Ariff berkata…
Kita yang bina kota metro itu dengan meruntuhkan saki-baki sifat kemanusian dan belas ehsan.

Lagi tinggi kota metro kita bina, lebih banyak kita musnahkan sifat keinsanan.

Itu paradox.
SHIMI berkata…
apa yang ada dokota ini sebenar dengan tidak mesra dengan May dan Jimmy sebenarnya

walaupun secara bertulis di dada akhbar dan kata2 menteri mengata bahawa kita telah menyediakan prasarana dan minda kelas pertama
mugiwara berkata…
dlm golongan ni, ada yg baik ada juga yg kurang etika.
nama pun manusia.

saya manusia. saya juga tak lengkap. saya akui.

erm...orang epilepsi tu dpt kad oren/merah? kenapa?
Kenanga Biru berkata…
aku bersetuju dengan kamu. kota metro bisa merampas semuanya kalau kita tidak berjaga-jaga. kadang-kala secara terangan dan kadang-kala secara senyap dan sentap.
zaidharis berkata…
setiap orang,
ada kekurangannya.

yang kurang upaya,
aku pernah menolongnya,
namun,
tak tertahan untuk melepaskannya,
bimbang,
mereka dianiaya.

lalu,
aku salahkan diriku.
tasekM berkata…
ada kala. aku yg konon2nya sempurna ini juga takutkan kota, kak.

haih~



.
Aloy Paradoks berkata…
benar tu water lily,,, mereka nampak aneh.. tapi mereka juga kelakar jika diajak bersembang... mereka adalah kurniaan,,,
rudy bluehikari berkata…
Dunia sangat tidak adil kepada insan seperti J dan M. Aku empati. Dan kelulusan untuk mendapatkan laluan khas bagi insan seperti J dan m, akhirnya didapati selepas ada orang yang sudi menerangkan apa dan mengapa. Selalunya gagal shj permohonan spt itu.

Moga J dan M, sptmana tulisan aku bertajuk CP yang lalu menjadikan manusia di luar sana memahami keadaan kita. Jgn risau J dan M, Allah itu adil. Maha. Di sana kelak J dan M akan duduk di atas drpd manusia spt kami yang kononnya sempurna tetapi, tidak di hatinya.

Tabahkan hati sang waterlily.
BudAk hijAu berkata…
ramai sangt org 2 mcm 2 skrg!
AKUOKU berkata…
biarkan mereka dalam kerugian. buat baik dibalas baik buat jahat jangan sekali.
a.b geldofg berkata…
tiada yg kejam...itulah pjalanan hidup
Unknown berkata…
salam

Inilah kali pertama menjenguk ke sini.

Sebenarnya orang yang sebegini mereka tidak sedar yang mereka sendiri alami kecacatan. Mereka menghidapi kecacatan otak. Otak yang tidak punya naluri kemanusiaan!

Mohon Allah jauhkan penyakit itu menjangkiti kita kerana penyakit ini akan mengundang kemurkaan Allah.
ckLah @xiiinam berkata…
Demikianlah...
budi luhur warga kota ku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
menghakis sopan santun....


kemanusiaan semakin mandul....
AieSha berkata…
moga akak kuat. ;)
tehais berkata…
Kesiannya..
Entry ni buat saya insaf ;)
Lily Abdullah berkata…
Kepada teman-teman blogger yang membaca entri dan memberi respon saya ucapkan ribuan terima kasih.

Untuk makluman May dan Jimmy adalah contoh pengidap Cerebral Palsy. Oleh kerana mereka terdiri daripada yang petah bercakap hingga ke yang hanya boleh menggannguk,yang boleh ke universiti atau yang tidak dapat membaca lansung dan yang terlantar di katil sehingga yang dapat mendaki gunung,maka JKM biasanya mengeluarkan kad yang berbeza untuk mereka.

Kerana media arus perdana asyik bercerita ttg politik,ttg ekonomi dan ttg gossip para artis, maka tiadalah pendedahan untuk golongan ini, kecuali bagi mereka yang mempunyai kawan2, anak2 atau saudara mara terdekat yang mengerti.

T/kasih.
boe~ berkata…
lily... aku bukan oku. tapi aku juga rasa terasing dari budak2 ofis aku ni. mereka tak suka geng dgn aku. mgkin aku tak dpt ikut rentak mereka. mgkin aku tak pandai buat lawak mcm mereka. mgkn aku tak tgk drama indon di tv mcm mereka. mgkin aku tak hensom mcm mereka. walau apa pun... sebenarnya keadaan ini membuatkan aku menjadi lebih cekal dan sabar. Insya Allah. Semoga Allah melindungi kita. Biarkan saja org seperti itu hanyut dgn keangkuhan mereka. semoga suatu hari mereka sedar siapa yg memberi kelebihan kepada mereka.
hegira berkata…
T_T.

tak apa. Tuhan ada.
WL,
coretan ini mengingatkan saya tentang apa yang bakal dilalui oleh adik saya sendiri nanti. Dia juga tidak sempurna walaupun zahirnya nampak ok. Setakat ini ibubapa saya tidak membenarkan dia berjalan seorang diri.

Adakah kami bersalah membataskan pergerakan dan pergaulan dia?? Entah.... saya tidak tahu jawapannya. Yang pasti, saya dan ahli keluarga yang lain inginkan yang terbaik untuk dia.
Tanpa Nama berkata…
nak menangis.. me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih..
Pemandu bas/teksi yang sebegitu sifatnya pun dikira OKU juga. OKU moral, rasa kemanusiaan dan rasional akalnya.
Lily Abdullah berkata…
Purp,
OKU moral sangat susah hendak dikesan ketidakupayaannya.

Me,Nangis ok,tak update blog tak ok hehe..

Aishah,
Insyaallah, Tuhan akan mempermudahkan kehidupannya.

Lina, Tuhan tidak jadikan sesuatu tanpa sebab(untuk mereka yang mau merenung dan berfikir)

Zambri,
Sungguh! Kadang kala kita terpulau hanya kerana kita menongkah arus.
Lily Abdullah berkata…
Encik Mudim,
Moga-moga kita tidak tergolongan.Ameen!

Azie,ya betul sedikit empati pun cukuplah.

Nizam,
Paradox..ya!Kejam sekali!

Shimi,begitulah nampaknya.

Mugi,
Soalan kamu sudah dijawab dengan panjang lebar :)

Nik,
Kadang-kala mereka kelihatan lucu juga. Awas,jangan terlebih gurau. Mereka sensitif juga.:)

Amal,
Sedih..telankan sahaja Amal.

Aloy,
Betul,ia merampas apa sahaja,sekalipun kau berjaga-jaga.

Joe,
Mudah-mudahan
ps- lama kamu menghilang. Atau kamu membaca diam2.

Aie,
Aku cuba,sedaya ada agar tidak rebah dik. Cuma sesekali,aku perlukan tangan anak-anak muda yang segagah kamu :)

Tehais,
Sama-samalah kita menginsafi kelemahan diri :)

Budak Hijau,
Itulah hasilnya,bila keuntungan duniawi sahaja yang dipakai guna.

Encik Rudy,
T/kasih untuk entri 'Cerebral Palsy' kerana kecuali kami,tidak ramai orang yang mahu tulis ttg dunia kami.

Kak Lah,
Ya,sungguh!

Tasik,
Aku faham kenapa kamu takut,KL Central pun kamu belum sampai hahaha! Moh kita deting lagi ye.


Zaid,
Mudah-mudahan Tuhan membalas kebaikan hatimu.

Aku OKU,
Kadang kala terasa lelah dengan persekitaran.

Encik Ubi,
Setuju dengan kamu!

ab,
aku tahu,tapi aku sangat sakit dan lelah.

Mweller,
Salam kenal. T/kasih kerana meninggalkan sepatah dua kata di sini.

T/kasih untuk yang membaca diam2 juga.
pelangi berkata…
Kak,boleh tak saya kongsi link cerita akak melalui fb atau melalui blog saya. cerita saya mungkin tak sama dengam mereka.tapi saya manusia kurang keupayaaan fizikal yang punya perasaan yang sama seperti mereka.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...