Kadang kala, saya terasa kecil dan segan. Menulis tanpa disiplin dan ilmu-ilmu tertentu. Hasilnya, kadang kala macam sampah. Melihat teman-teman mengikuti bengkel itu dan ini, terdetik di dalam hati sedikit rasa cemburu. Cemburu yang mulia; ingin sama-sama berilmu seperti mereka. Sedang saya, terlalu ingin; tetapi tidak berkemampuan. Bengkel-bengkel penulisan, jarang ketemu yang percuma. Harga, mencecah ratus-ratusan (mungkin ribu-riban) dan saya sudah tiada sumber pendapatan.
Mungkin daripada terus-terusan menghasilkan sampah, saya patut berhenti untuk seketika.
Saya yang menulis, tetapi tidak tahu mana satu yang saya suka, atau mana satu yang bermakna.
Sungguh!
Saya menulis dari sekeping hati, berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya. Manusia yang tidak pernah lekang dari kelemahan dan kealpaan. Tiada disiplin atau ilmu-ilmu tertentu.
Terima kasih, jika kalian berjaya menikmatinya.
Mungkin daripada terus-terusan menghasilkan sampah, saya patut berhenti untuk seketika.
Saya yang menulis, tetapi tidak tahu mana satu yang saya suka, atau mana satu yang bermakna.
Sungguh!
Saya menulis dari sekeping hati, berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya. Manusia yang tidak pernah lekang dari kelemahan dan kealpaan. Tiada disiplin atau ilmu-ilmu tertentu.
Terima kasih, jika kalian berjaya menikmatinya.
Ulasan
kalau tak silap, DBP ada anjurkan kursus penulisan dengan kadar yang agak minimal.
blog mu yang satu lagi itu....amat tinggi disiplinnya.....aku suka..
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan le cakap gitu....akak jadi malu malu alah....mengenangkan blog akak yang penuh entri sewel dan hampessss itu...hu...hu...hu...
kak, sabtu ni kita beronggeng di pesta buku bulih...?
:)
yang penting keihklasan. bukan?
kak tasik, saya pergi hari ahad. sabtu kerja full-day~
:)
yay!
tak sabar2 nye~
untuk menulis sesuatu dari hati tidak perlu ribu riban kursusnya.
segala berpokok pangkal di hati. selagi ada pembacanya kakak tetap seorang penulis yang baik
buruk baik, berkualiti tidak bukan kita yang menentukannya. biar pembaca merasai kenikmatan dari pembacaan stiap patah2 perkataan yang lahir dari hati
kak, go..go..go
tulis saja. jangan dibuat2. lama2 kamu akan dapat sentuhannya.
lagipun, yg penting kamu menulis utk diri sendiri - yg lain2 itu hanya bonus :)
Sebenarnya menulis dari hati itu lebih terkesan. Tak perlu kursus sana sini untuk mendisiplinkan penulisan. Tetapi jika ada peluang, apa salahnya mempercantikkan lagi gaya penulisan kita apatah lagi jika kakak mahu serius menulis.
mereka bukan Tuhan mahupon binatang..
ade perkara boleh dilakukan ade perkara tidak..
itu sudah tertulis
saya pun tak pernah berbengkel dan tak ada ilmu juga. masalah sebenar saya rasa mental block kot hehe
Ada brani?
kadang tulisan yang biasa, mudah dan tak berdisiplin itu lebih punya ilmunya dari yang penuh dan sarat isinya. bagusnya tulisan bukan terletak pada cara kamu menulis. mungkin juga ya. tapi saya menilai tulisan dari ilmu yang mampu saya sedut.
menulis itu dari hati kak. bukan cuma fikir dan tulis. itu kosong. dan tulisan kamu tak kosong. ada jiwa. sungguh!
jangan berhenti kak. terus berkarya!
keep on writing kak lily! =)
Amal juga sokong!! Akak tidak berhenti. tulisan akak sgt informative dan tinggi juga bahsenya bagi amal yg kureng sikit bab bahasa dan karya ni. Maka bila baca, selalu tk berani nk komen. Terus2 kongsi cerita kak ye. Wassalam.
Pokoknya kaumahu dahulu genre yang mana. Cerpen? Novel atau sajak?
Kalau begitu fokus salah satu dan kalau kau bisa semua, teruskan sahaja.
Ini kukira bukan soal berilmu atau tidak. Kalau kaumaksudkan ilmu itu mesti sebut jargon dan istilah, memanglah.
Tetapi kan kaumenulis karya kreatif, yang dari hati.
Jadi, menulislah terus dan kenapa tidak kaucuba kirim ke Tunas Cipta.
Kukira pasti ada temanmu yang sudi beritahu kalau mahu kirim karya ke Tunas Cipta, perlu berapa halaman
A4 Quarto dalam single spasi. 4? 5?
Marsli N.O