Langkau ke kandungan utama

Kadang waktu,terasa mahu berhenti


Kadang kala, saya terasa kecil dan segan. Menulis tanpa disiplin dan ilmu-ilmu tertentu. Hasilnya, kadang kala macam sampah. Melihat teman-teman mengikuti bengkel itu dan ini, terdetik di dalam hati sedikit rasa cemburu. Cemburu yang mulia; ingin sama-sama berilmu seperti mereka. Sedang saya, terlalu ingin; tetapi tidak berkemampuan. Bengkel-bengkel penulisan, jarang ketemu yang percuma. Harga, mencecah ratus-ratusan (mungkin ribu-riban) dan saya sudah tiada sumber pendapatan.

Mungkin daripada terus-terusan menghasilkan sampah, saya patut berhenti untuk seketika.

Saya yang menulis, tetapi tidak tahu mana satu yang saya suka, atau mana satu yang bermakna.

Sungguh!

Saya menulis dari sekeping hati, berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya. Manusia yang tidak pernah lekang dari kelemahan dan kealpaan. Tiada disiplin atau ilmu-ilmu tertentu.

Terima kasih, jika kalian berjaya menikmatinya.

Ulasan

Kenanga Biru berkata…
menulis yang terus dari hati adalah lebih sensasi. teruskan menulis. take your time.

kalau tak silap, DBP ada anjurkan kursus penulisan dengan kadar yang agak minimal.
ckLah @xiiinam berkata…
Dik...
blog mu yang satu lagi itu....amat tinggi disiplinnya.....aku suka..
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan le cakap gitu....akak jadi malu malu alah....mengenangkan blog akak yang penuh entri sewel dan hampessss itu...hu...hu...hu...
tasekM berkata…
tulisan kamu sungguh bagus ok... aku sgt suka. sungguh haih...

kak, sabtu ni kita beronggeng di pesta buku bulih...?

:)
mugiwara berkata…
tulis dari hati yang tulus, tiada apa yang boleh disamakan dengan sampah.
yang penting keihklasan. bukan?

kak tasik, saya pergi hari ahad. sabtu kerja full-day~
Mak Su berkata…
alamak... saya ni lagu mana plaks. alah... kita buat bodoh jer ler. ek. :)
tasekM berkata…
mengada2 dak mugi nih... nk pergi hari apa ni kak?

:)
mugiwara berkata…
sy ngan cik kapitalis g 19hb...
yay!
tak sabar2 nye~
Pa'chik berkata…
taip je hapa pun... kikiki... :P
Nizam.Ariff berkata…
Jangan paksa diri... tulisan memang karya hati, kalau bukan karya hati, tangan enggak bisa menulis...
SHIMI berkata…
kak lily,
untuk menulis sesuatu dari hati tidak perlu ribu riban kursusnya.

segala berpokok pangkal di hati. selagi ada pembacanya kakak tetap seorang penulis yang baik

buruk baik, berkualiti tidak bukan kita yang menentukannya. biar pembaca merasai kenikmatan dari pembacaan stiap patah2 perkataan yang lahir dari hati

kak, go..go..go
Amin Ahmad berkata…
tak perlu kacau jiwamu.

tulis saja. jangan dibuat2. lama2 kamu akan dapat sentuhannya.

lagipun, yg penting kamu menulis utk diri sendiri - yg lain2 itu hanya bonus :)
A t i Q a h berkata…
nanti di book fair, mesti ada jual karya nan indah dr faisal tehrani. uhh. sedih tak dpt gi book fair. :(
Layla Haq berkata…
Kak Lily, mahukah ikut saya jika ada kursus penulisan yang bukan sebulan gaji kita?

Sebenarnya menulis dari hati itu lebih terkesan. Tak perlu kursus sana sini untuk mendisiplinkan penulisan. Tetapi jika ada peluang, apa salahnya mempercantikkan lagi gaya penulisan kita apatah lagi jika kakak mahu serius menulis.
@tune® berkata…
manusia tetap manusia..
mereka bukan Tuhan mahupon binatang..
ade perkara boleh dilakukan ade perkara tidak..
itu sudah tertulis
Rahimin Idris berkata…
owh, tulis je. penyair sahrunizam talib pernah cakap dengan saya, menulis tanpa teori lagi senang. ilmu tu boleh cari. pengalaman pun ilmu juga.

saya pun tak pernah berbengkel dan tak ada ilmu juga. masalah sebenar saya rasa mental block kot hehe
ubilepih berkata…
Sis tulisan saya lagi lah hancurnya...nampak sangat memang saya tak belajar tinggi...merapu tak tentu hala je...ha..ha..anyway terima kasih kerna sudi follow blog saya..he..he
oranglidi berkata…
http://cakapwa.blogspot.com/

Ada brani?
addyaholix berkata…
jangan berhenti menulis kak. tulisan yang kamu anggap sampah itu, pada yang lain mungkin itu inspirasi. tulisan yang pada pandangan kamu biasa-biasa itu, mungkin punya pengertian yang sangat besar pada yang membaca. menulis itu tiada batas kak.

kadang tulisan yang biasa, mudah dan tak berdisiplin itu lebih punya ilmunya dari yang penuh dan sarat isinya. bagusnya tulisan bukan terletak pada cara kamu menulis. mungkin juga ya. tapi saya menilai tulisan dari ilmu yang mampu saya sedut.

menulis itu dari hati kak. bukan cuma fikir dan tulis. itu kosong. dan tulisan kamu tak kosong. ada jiwa. sungguh!

jangan berhenti kak. terus berkarya!
aliya berkata…
Salam sis. I’d like to award you with a ‘I Love Your Blog’ award. Please accept it at Musings of a Mualaf. Thank you
rudy bluehikari berkata…
terus. teruskan menulis. lihat shj saya ini yang tidak pernha mengikuti mana2 bengkel. tulis shj semahu mungkin. yg dtg dr hati lebih muluk dr yg dipaksa2
AKUOKU berkata…
yang penting jadi diri sendiri.. jangan hipokrit. org nak cakap apa lantak pi. suka hati kita blog kita. tak suka jangan baca. he he he raikan hidup ini buat apa yg kita suka jangan sekali-kali menuakan diri. be happy.
sUe berkata…
sangat setuju dengan komen2 di atas.teruskan menulis kak Lily.masih ada yang mahu membaca tulisanmu.tulislah dari hati.keluarkan semuanya.muntahkan segalanya.kadang2 tulisan juga boleh jadi satu terapi.tak perlu ilmu penulisan segala.apa yang dilihat,didengar,dan dirasa, itu lah ilmu paling berharga.

keep on writing kak lily! =)
Amalina berkata…
Salam,
Amal juga sokong!! Akak tidak berhenti. tulisan akak sgt informative dan tinggi juga bahsenya bagi amal yg kureng sikit bab bahasa dan karya ni. Maka bila baca, selalu tk berani nk komen. Terus2 kongsi cerita kak ye. Wassalam.
MARSLI N.O berkata…
Sdr Pemilik Blog: Kalau tidak silap aku pernah menanggap sebuah tulisanmu di blog ini.

Pokoknya kaumahu dahulu genre yang mana. Cerpen? Novel atau sajak?

Kalau begitu fokus salah satu dan kalau kau bisa semua, teruskan sahaja.

Ini kukira bukan soal berilmu atau tidak. Kalau kaumaksudkan ilmu itu mesti sebut jargon dan istilah, memanglah.

Tetapi kan kaumenulis karya kreatif, yang dari hati.

Jadi, menulislah terus dan kenapa tidak kaucuba kirim ke Tunas Cipta.

Kukira pasti ada temanmu yang sudi beritahu kalau mahu kirim karya ke Tunas Cipta, perlu berapa halaman
A4 Quarto dalam single spasi. 4? 5?

Marsli N.O

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam