Langkau ke kandungan utama

Tutup (masih dalam pertimbangan):P

Pada suatu hari yang aku terasa benar-benar ingin menutup blog, menghentikan segala tulisan dan repekan karut-marut di sini, Ya..tiba-tiba aku rasa menulis merepek lagi merapu macam menelanjangkan hidup sendiri (serius beb!),tapi aku ada tag yang perlu dijawab ha! ha!
(Satu alasan yang cukup baik bukan?)

Tag daripada Cik Amirah.

1. Anda rasa anda hot?
~ Tidak, sangat ‘cool’ sebab sudah seminggu saya sakit(hati) haha!


2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?
~ Aku suka melihat orang meredah hujan. Tanpa berpayung lebih cantik.

4. Bila kali terakhir makan pizza?
~ Gaji terakhir, sejak aku berhenti kerja.

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
~ Lagu dari blog terang, Manusia Bodoh- Ada Band.

6. Apakah yang sedang anda lakukan selain daripada selesaikan tag ini ?
~ Minum kafien tiga dalam satu. Sumber inspirasi tu haha!

7. Tag lagi enam orang
~ Oh!tidak, supaya aku tidak perlu menjawab soalan seterusnya.(soalan lapan hingga dua belas) ha! ha! Mahu dengar alasan kenapa aku selalu langgar peraturan; kerana aku bukan baik dan bukan maksum. Keduanya,kerana aku tidak tahu apa yang perlu aku perkatakan tentang mereka.

Seruis! Aku cuma kenal sebahagian dari kalian dan kalian juga kenal cuma sebahagian dari aku.

Ulasan

StingRay berkata…
betulkah kopi dan hujan tak dapat dipisahkan?


=p
=p
Tanpa Nama berkata…
baikknyerr akak lily tewwww..
Nizam.Ariff berkata…
Nasib baik. So, tak yah jawab tag... hehehhe
Aloy Paradoks berkata…
tapi gambar tu mmg smart beb,,,art...gua suke,,pandai lu pilih gambar yg bagus.
ckLah @xiiinam berkata…
aku dah kena dah tag ni...dan dah jawab tahun lepas...



Jom berhenti blog!!!



muehehe....

Waterlily;
Kerana blog mu lahir blog ku tawww....
tasekM berkata…
nizam, jgn berasa sgt selamat. aku yg akan tag kamu. ha ha.

kak, walau pun kamu tak mahu kenal aku, aku ttp mahu kenali kamu... :)

.
mugiwara berkata…
melankolik....

sekali sekala, tak mengapa.
selalu selalu, bikin jiwa runtuh juga.

menelanjangkan dunia sendiri?
saya pernah fikir begitu. tapi sekarang saya biarkan saja perasaan itu berlalu.


[wink]
hegira berkata…
haha.

sama lah kita ya??
SHIMI berkata…
kekadang kita tidak tahu, tulisan2 itu, catatan2 itu mungkin menjadi inspirasi kepada insan lain.

Jadi dorongan dan pedoman kepada mereka. Hidup kita sentiasa ada maknanya pada yang lain.

Walaupun kita idak merasainya. Bagi orang lain..ya
kirana berkata…
Jangan la behentikan blog mu, water lily. Jangan laaa........ (merayu2 ala2 citer 'ala kasim').
Rajuna berkata…
dah berenti keje?
Kay berkata…
WL,
i just want to say i read all the very wonderful posts you create, and they are becoming a part of my day! you have a special something that has the ability to reach peoples hearts and make them feel so good!its something wonderful, keep it up!

always think positive and put our positive thinking in action will give us a positive life.
life is short, no point for us to live negatively (a waste of time/life). we must live positively and happily hehehe...
happy blogging forever!
(^_~) take very gud care yer!
kad0k. berkata…
ada pepatah/kata2 inggeris..pepatah ke apa saya tak sure..tapi lebih kurang camni.." i like walking in the rain coz nobody will see me crying"..saya suka kata2 itu..cuma kadang2 salah sangat susah mentafsirkan nye..kamu bagaimana? :)
ubilepih berkata…
sis wa suka aroma selepas hujan petang..especialy kalau kat kampung..ha..ha
addyaholix berkata…
saya cuma kenal sebahagian dari akak dan akak juga kenal cuma sebahagian dari saya.

tapi sungguh saya selalu harap dapat kenal akak sepenuhnya.
Lan Bingka berkata…
saya seorang yg malas jawab tag..hehe
Pa'chik berkata…
aku hari-hari tutup blog... kikiki...
Tanpa Nama berkata…
terima kasih kak water lily. Dan saya mohon dengan sangat agar jangang berhenti menulis, biarkan ia seperti bernafas, cuma kan berhenti bila nafas jua berhenti. Tak banyak penulis blog yang boleh menulis dengan kata-kata yang indah, kata-kata yang yang membuatkan kita sedar betapa indahnya bahasa itu.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...