Langkau ke kandungan utama

Luahan hati makcik-makcik mungkin! :p

Jika kalian membaca repekan yang sangat merapu ini, jangan simpan dalam hati. Aku sekadar mau berkongsi meredakan keresahan emosi.

Bau pagi sesudah hujan malam tadi amat menyegarkan. Hari minggu mahupun hari bekerja bagi penghuni kawasan pinggir Bandaraya Kuala Lumpur tidak banyak berbeza.

Aku sunyi dan rasa sungguh tersendiri!

Kadang kala, ingatan terhadap pekan kecil bernama Nishiawaji di pinggir Bandaraya Osaka menjelma kembali dalam kenangan.

Aku sunyi dan rasa sungguh tersendiri! Perasaan yang tidak pernah berlebih kurang. Rasa terasing di bumi sendiri.

Semakin hari aku rasa semakin sama situasinya. Jiran tetangga pulang bekerja sekadar menyapa kemudian menutup pintu. Sungguh! Aku tidak bermaksud menyalahi sesiapa. Aku memahami kepayahan dan keletihan itu. Ditambah lagi oleh kerenah bukan-bukan oleh pasangan dan anak-anak yang kadang waktu mencabar kesabaran,

Tututan material memaksa kita berkerja. Ini Kuala Lumpur. Kalau duduk-duduk sahaja, tiada siapa sudi meminjamkan beras sekepul dua seperti zaman anak-anak dahulu.

Belum pernah tidak cukup makan, namun tuntutan-tuntutan selainnya ada waktu sungguh menyesak dada. Misalnya, kalau kau kehabisan kredit telefon bimbit, di saat-saat cemas dan keseorangan; kau tidak boleh masukkan syiling ke dalamnya sebagai bahan ganti.


Aku perempuan yang pernah berkerja ,memegang wang dan berbelanja semahu hati (bukan bermaksud bermewah atau membazir) merasa suatu kehilangan secara drastik.

Aku sunyi dan rasa sungguh tersendiri!

Jika kalian membaca repekan yang sangat merapu ini, jangan simpan dalam hati. Aku sekadar mau berkongsi meredakan keresahan emosi.



17/3/2009
10.15am

Ulasan

Nafastari berkata…
Aku tuliskan ini sebagai tanda aku simpati dan sungguh aku berdoa agar sesutu yang lebih baik akan berlaku ke atas dirimu. Kadang-kadang aku terasa seperti ingin berjumpa kamu dan berbual-bual supaya kamu tidak terasa sunyi lagi untuk beberapa ketika. Tapi aku jauh.
Kapten Luffy berkata…
skang ko dah jadik suri rumah ek... :)
Artozy berkata…
kalau terdaya aku angkatkan kesedihan dan kesepian kamu itu, nescaya akan aku lontarkan ke dalam lohong gunung berapi!

tapi aku juga sedang mati dalam sunyi.
Kadang-kadang manusia perlu berkongsi rasa agar tidak menjadi racun dalam hati.

Semoga sunyi dan resah emosi mu berlalu pergi..
tasekM berkata…
kadang2 dalam keriuhan pun aku sunyi. haih~


.
Nizam.Ariff berkata…
Terbalik.

kadang-kadang, aku bosan dengan keriuhan dan kesibukan yang tak pernah sunyi-sunyi datang. Pada masa ini, aku amat rindukan sunyi dan rasa tersendiri....
AieSha berkata…
akak, jom hilangkan sunyi di laman budaya, s.alam malam esok. ;)
farazdaq berkata…
Kak Lily;

Hmmm..aku memang sedang sunyi dan rasa sendiri bila aku seorang yg masih berjaga di lebuh raya utara selatan..sedangkan orang sebelah dan belakang tido dengan nyenyaknye..chettt..
Cikgooden berkata…
aku pun sunyi juga sejak dua tiga bulan nih..he he he!



dah siapka assignment?..selamat berjuang kak!
Kerp (Ph.D) berkata…
akak,

saya juga kesunyian, lebih2 lagi pada waktu malam jauh. kalau tidak berkerja, menonton telivisen hingga ke awal pagi. yang penting, kesunyian diwaktu begitu menenteramkan jiwa.
A t i Q a h berkata…
Kak, boleh pakai khidmat credit advance di talian *118#. Ehehehe.


PS: Masa akak sms sy tadi, sy tgh dibuai mimpi. Err..saje je miss call sebenarnya. Sebab risau. :P
Pa'chik berkata…
boleh la pinjam barang dua ringgit telcos... kikiki...
boe~ berkata…
sepi itu indah
addyaholix berkata…
salam kak lily.

ya saya juga berdepan yang sama. tapi saya selalu anggap sepi itu bukan sesuatu yang saya perlu anggap negatif. saya jadikan itu terapi untuk saya terus kehadapan. walau saya terus sendiri tapi saya tetap tahu saya masih punya Dia.

tapi itu hidup kak. mungkin ini antara fasa yang perlu kita hadapi dalam hidup. tapi moga kita ketemu apa yang kita mahu satu hari nanti. jangan bosan untuk terus usaha. jangan berhenti untuk terus mencuba!

salam dari saya, addy!
mugiwara berkata…
sudah lama tidak tinggalkan komentar.

ya. keadaan berubah setiap masa. tentang hidup. ia sangat rumit. kompleks. semua yang saya rasa saya tahu sebenarnya tak satu pun saya tahu.

bercakap tentang sunyi, kadang kadang saya perlukannya. kadang kadang saya bencikannya.

Tuhan saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
kad0k. berkata…
saya juga pernah ada perasaan itu kak...
Kay berkata…
my dear WL,
hope you had a wonderful birthday!!
ibundo berkata…
salam.
adakalanya kita perlu merasa sunyi dan bersendiri. Cuma jangan biarkan sunyi itu bermaharajalela.
Unknown berkata…
tuangkan kreativitasmu dalam "sayembara puisi" diselenggarakan oleh FIB UI,,kirim puisimu maks.5 buah ke markassasra@yahoo.co.id,,tema bebas,,bebas biaya pendaftaran..sayembara ditutup tanggal 8 april..jangan lupa sertakan identitas diri
Kadang-kadang. Saya rindukan keserabutan KL. Huhuhu.
13may berkata…
kadang kadang sunyi itu sepi...

sebab tu jadi sunyi sepi...

ketawa la akak...kerana ketawa penawar duka :D
Yana Ismail berkata…
yana pun dah sunyi;(
iYda Juhar berkata…
sungguh buntu bile merasakan begitu.
setiap hari bertanya pada diri sendiri; bilakah akan berakhir sunyi ini?

:(

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam