Langkau ke kandungan utama

Cuma Lima? Tidak mencukupi sebab aku ada banyak lagi(mungkin beratus haha!).

Kencan Fantasi Bunga Cinta Lestari (Waduh salah !Si Water lily)

Jika kamu kurang arif maksud ‘kencan’ sila rujuk mana-mana kamus dewan. Atau selalu-selalulah menonton sinetron dari sebarang(yang siap sarikata Bahasa Malaysia/Melayu) di kaca-kaca tv Malaysia atau saluran 121 Astro Aruna (saluran yang paling aku benci)

Atau kamu boleh merujuk kepada bibik-bibik kamu. Dan mungkin juga bisa saja kamu rujuk anak-anak yang dididik oleh bibik-bibik kamu ha! ha!

Oke, sekarang berbalik kepada persoalan pokok, menjawab tag dari Tok R yang (disayangi). Jangan disalah arti ya!. Aku sayang semua makhluk termasuk yang berada di angkasa lepas tau!

Tok R, I just put 5 little cute pictures here. And I hope you can understand me babe!(with some words/sentences to describe it..Muah!)

Saya mau kencan dalam musim-musim begini




Bersama mamat ini

Dalam keadaan begini (tunjuk kaki aja korang dah faham kan..kan..kan)

Jika dikelilingi bunga-bunga ini lebih romantic gitu ahaks!



Sambil menyanyikan lagu di bawah(sila lihat kilip video)

Sesudah itu, oh! sungguh kecewa setelah berfantasi bukan-bukan.


Lima pengomen pertama akan ditag. Ada berani ha!ha!

Ps: Rasanya aku tak pass tag ni. Tok sila bagi markah!


Ulasan

Tok Rimau berkata…
1000 markah untuk kamu. Banyak banget tu. ha ha ha. Horatio tu yg tak tahan. Belikan buah hati u kaca mata hitam cam dia.
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

kencan? hmm... mau juga kencan tapi tak berteman... hehehe

romantik kakak ku ini.... :)

p/s: tolong jgn tag ya... malas nak tulis entri... tak tau bila akan berkencan... :p
Nizam.Ariff berkata…
Mula-mula baca, tutup balik tanpa komen. Takut. Tapi, demi akak, aku beranikan diri....

Tapi tak sebanyak 5...banyak sangat tu...
ckLah @xiiinam berkata…
Jap..jap..jap
satu..
dua...
tiga...
errrr...dapat nombor empat ke ni?




Err..tag Waterlily tahun lepas (yg 15 soalan) tu pun belum jawab...la...la....la...que seraaa...sera...what ever will be...will be...)
Pyanhabib berkata…
gua yang kelima!
Yana Ismail berkata…
huhu..yana suka horatio..huhu..sempoi, macho..ekeke..tk pernah plak terfkir mahu kencn dgn dia..huhu..alaahai. jauh nya nak digapai. fahrin ahmad apatah lg..huhu sob sob..kuciwa yana..;P
tasekM berkata…
alaaaaaa kakkkkk... no. 7 la. ni yg bengang nih! aku pun kencan gak. hahahaha...


.
AieSha berkata…
nasib baik no. 8. tak payah la nak berkencan! hahah.
Lily Abdullah berkata…
Kepada Tasek dan Aie.

1. komentar Tok R tidak dikira sebab dia datang cuma nak bagi markah.1000..wooo banyak sangat Tok, 900 kasi kat orang lain pulak.
Makluman: Buang duit ja beli kat darling saya; dia lansung tak nampak macam Haratio Caine pun haha..
2. Adik Botak tak nak jawab.
3.Cikgu yang disumpah oleh kau tu,ada banyak lagi hutang dia hahaha!
4. Bro Pyan - aku tak yakin dia layan tag hahaha.
5. Liyana comel tu dah buat tag ni
6. Nizam dah jawab 2 versi lagi hahaha!

So, dengan ini jemaah juri mengistiharkan ko dan Aie kena buat hahaha :D
AieSha berkata…
ala kak. nak kena berkencan gak la ni eh? beri masa semalaman, mau ambil feel dgn mimpi2 indah. heh.
Amiene Rev berkata…
Nasib baik saya pengomen kesebelas (barangkali).
Iza'Izz berkata…
Akak...sukeee arrrr......
bila berfantasi tue...ajak ler iza sekali yer...nak ikut ke angkasa...hehehehe
Yana Ismail berkata…
huhu..yup!yana dh jawab..huhu kak,kalau mimpi horatio mlm ni,say hi ek..hihi
kad0k. berkata…
nasib baik bukan pengomen kelima..selamattttttt...hahhaha
reverie berkata…
Sekarang ini musim tagging lah ye? heh heh. Kamu romantik. =)
Lily Abdullah berkata…
Rev,
Sekadar suka-suka..fantasi siapalah yang tidak gemar.:)

Kadok.
Selamatlah kamu hahaha!

ps: Lain kali,ada tag lagi akak akan letak nama kamu .

Mimpi apa Yana, semalam dah tengok si H dalam tv hahaha!
'
Iza,
Moh kita pergi naik roket hahaha. Dah buka semula blog tu ya?

Aimein,
Kamu yang ke 3 hahaha.:D kena jawab hehe..

T/kasih.
Tanpa Nama berkata…
kencan tu apa?
Lily Abdullah berkata…
Mirah,
kencan - janjitemu@temujanji (dating) hahahaha!

Mau jawab ini tag?:D

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam