Langkau ke kandungan utama

Orang seni memang....

Disclaimer: Tulisan ini untuk Encik Abdullah Jones.

“Orang seni memang gila atau gila-gila atau betul-betul gila.” Ucap seorang teman pada saya secara bergurau. “Kau pun sama.” Dia tiba-tiba menujah kepala saya.

Ohhh! Dah lebih ni”. Bila masa aku mengaku aku orang seni. Aku cuma peminat dan pemuja seni” Saya berhujah. Hujah bela diri yang tidak berapa menjadi.

Teman saya itu lalu pergi sesudah meminum secawan Nescafe. Sesudah hujan teduh. Dia juga penagih caffeine. Kata-katanya masih melekat dalam kepala. Terpahat melekat bagai digam dengan gam cap gajah.

Saya renung diri saya. Saya jarang keluar rumah kecuali atas urusan penting. Saya jarang bertandang ke rumah jiran kecuali ada kematian, sakit pening dan kenduri kendara. Sejak dari dahulu, dari kampung memang begitulah saya.

Pendek cerita, saya tidak pandai bersosial. Berpindah ke pinggir kota ini, menjadikan saya semakin pemencil diri. Dunia saya hanya internet dan blog. Kadang-kala, saya bercakap dengan kucing dan pokok ros saya. Kadang-kadang saya tonton tv.

Setiap kali saya cuba keluar, saya akan mencipta seribu juta alasan supaya kaki saya tidak melangkah keluar.

Tadi, saya membaca entri Encik Abdullah Jones di sini dan di sini. Dan, saya syak Encik Jones salah seorang yang teman saya maksudkan itu. Saya tidak tahu sejak bila saya mula membaca blog Abdullah Jones. Tulisan dia, tidak berlapik kias. Directly to the point. Bahasa dia, kadang-kala (selalulah) mempunyai carutan tahap tinggi. Tapi kerana sayangkan dia, saya membaca juga. Walau saya terasa, sebab termakan cili atau sengaja makan cili. Lagi pula suka puisi-puisi dia.

Ps: Encik Jones, bolehkah tulisan ini dihantar ke blog encik?. Tapi, saya tidak mahu hantar, walau encik carutkan saya. Jadi, silalah ambil mana-mana tulisan saya yang encik rasa sesuai disiarkan di blog encik termasuk yang ini. Saya sayang encik hahahah! Kerana encik pernah beberapa kali datang dan meninggalkan senyuman manis untuk saya. Dan encik pernah berkata “Kamu yang aneh!”

Ha!ha!


“Orang seni memang gila atau gila-gila atau betul-betul gila” Ucap seorang teman pada saya secara bergurau. Petang tadi, ketika hujan turun dan dia juga penagih caffeine seperti saya.

Ulasan

hegira berkata…
hehe.

saya pon selalu ditanya begitu. takpe kak. duduk rumah kalau aman dan bahagia, tak apa pun.
- j o h a r i - berkata…
sy juga sering saja menghabiskan masa di rumah..
terutama di hujung bulan, tatkala dompet terselit jua sehelai dua not berwarna biru muda
Nizam.Ariff berkata…
Duduk rumah jimat duit...sekarang ni, cakap pun guna duit. tulis pun kena bayar...haih.
Amin Ahmad berkata…
YB Johari Abdul pernah cakap "orang masuk politik ni semua gila"...

jadi bolehkah aku kata orang masuk politik = orang seni?

seni segala kemungkinan, hehe
Pa'chik berkata…
dolah tu suka mencarut... dolah satu lagi suka dolakdalik.... hahaha....
NoraHash berkata…
sALAM wL,
SEmOGa SiHAt SeLALu DaN cErAH mINDa.
kad0k. berkata…
saya sudah lama tidak duduk dirumah pada hujung minggu..terasa penatttttttttttt...haihhh
tasekM berkata…
org seni mmg nk kena sewel2 sikit. hehehehe...

tapi aku sewel yg tak berseni ye. ha ha.


.
DramaQueen berkata…
kak.. benar la kak.. org seni ni gila-gila.. contoh nya saya.. hahaha.. sy mmg suka gila2 dengan kata2.. dgn cerita.. hakikatnya hati ..tak siapa tahu kan kak?

sy suka akak nyer sentence ni..
"Pendek cerita, saya tidak pandai bersosial. Berpindah ke pinggir kota ini, menjadikan saya semakin pemencil diri. Dunia saya hanya internet dan blog. Kadang-kala, saya bercakap dengan kucing dan pokok ros saya. Kadang-kadang saya tonton tv."

kita sama la kak.. cuma sy mmg org kota.. tapi, dunia sy luas dlm internet dan blog.. cuma dunia realiti sy kecik je..

dan nak menjemput akak ke blog sy..
http://gigglingblog.blogspot.com

blog lama dah tutup. atas kecelakaan yg tak tentu. ada manusia gila menyerang ku lagik kak..sedih hidup ku.. hu hu hu ..

sbb itu sy gila berkarya.. cuma teda kesempatan untuk menghantarnya ke meja editor dek takut ditolak ke tongsampah..

salam.. rindu sama kak lili..
moga kak lili sihat selalu. amin.
mugiwara berkata…
dulu pun saya memerap dlm rumah sampai org sindir saya 'kalah anak dara'
tp dh jmpe geng berjalan2, mmg tak lekat kt umah...

kalau org kata 'kalah anak dara' pd sy lg, mmg dorg xtau sy ni sudah mula suka merayap.

haha.
Cikgooden berkata…
blur pun dikatakan seni kak..he he he..

jumpak di maskara!
K.H berkata…
Ok, kalau itu pilihan objektif (a), (b) atau (c), saya pilih (c). Orang seni memang betul-betul gila.

Kalau tanya kenapa, saya boleh kata sebab saya bukan orang seni, ataupun sebab soalan objektif senang ditikam.

Malangnya soalan objektif tiada ruang untuk penjelasan lanjut. Jadi saya pilih (c) tanpa penjelasan.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam